Tuesday 31 March 2009

angin


pagi ini saya bangun. sakit perut mungkin kerana masuk angin. saya sapu minyak telon. amal bising sebab bau minyak telon. tapi saya tak peduli sebab saya suka bau minyak telon macam bau baby. lepas itu saya ber facebooking. dan saya dengar i tune dan terdengar lagu ini.


Allaha Kul Olamadim - Abdurrahman Önül

saya tak faham dan cuba google translationnya tapi tak jumpa. saya suka pula dengar music intro dia. tapi itulah, music ini semacam subjective. tak faham tapi boleh suka. tapi saya rasa baik cari maksudnya. sebenanrnya kan bunyi pun memberi kesan kepada ion air dalam badan kita. jadi, pastikan kita dengar perkara-perkara yang baik. cewah~

hari ini saya belajar dengan amal. lepas itu kami membuat perbincangan dengan rakan yang lain di sake sambil makan dan minum teh tarik. hujan pula. sebelum itu saya melakukan aktiviti-aktiviti biasa sebagai seorang pelajar.

tadi sebelum itu saya call emak saya. katanya dia sedang duduk berehat di atas kerusi di bilik. dia tidak dibenarkan turun ke tingkat bawah. saya lega kerana ramai yang datang menjaga emak. kali ini mak banyak memberi nasihat. saya rasa agak terharu. entah kenapa. nasihatnya agak kedewasaan bagi saya. tentang ibu bapa dan anak. katanya

nanti yana sudah punya anak, didiklah dengan nilai-nilai murni supaya ingat kepada pengorbanan ibu bapa. di hospital, banyak mak perhatikan ibu-ibu yang sakit bari lepas bersalin, berusaha nak susukan anaknya......[banyak lagi]

yana boleh fikir sendiri. sudah 21 tahun dah ada kunci kebebasan [betulkah?!]


saya pun memintas. saya rasa banyak lagi saya perlu belajar. banyak lagi nasihat dari emak yang saya perlu dengar. tiba-tiba saya risau pula. pelik betul bunyi pesanannya. lain. tapi taak mengapalah. mungkin bila emak banyak berada di bilik. buat dia banyak berfikir. selama ini yang saya lihat. emak asyik bekerja dan tidak duduk diam. ada saja yang di buatnya.

sekarang saya baru balik berdiskusi. saya rasa kurang sihat. tapi mungkin ini simtom periksa yang mengada-ngada.

saya tak tulis semua yang saya buat hari ini. 10 muka surat dari buku encik scott hagwood yang saya baca semalam katanya. tak semua yang kita boleh ingat. yang saya tulis ini mungkin yang otak saya fikir penting untuk diingat. atau bagi saya tak perlu saya tulis semua. boleh guna kata kunci seperti warna, bunyi, suasana, bau, perasaan dan sebagainya. tapi saya pun tak pasti saya guna kata kunci apa untuk ingat ini semua. lebih kepada perasaan mungkin.

p/s : bangun pagi tengok ym dah emo. tambah emo dengan pelbagai perkara lain pula. permulaan hari yang tak berapa baik tambah dengan sakit perut. isk~

p/s 2: esok periksa pukul 11 pagi sampai 12 tengah hari saja.

p/s 3: pen terjatuh dari tingkap. clumsy. cemerkap. tbolah.

p/s 4: saya tak mahu betulkan sebarang kesilapan ejaan ataupun ayat sebab saya nak cepat.

p/s 5: esok birthday hatim. tak tahulah ingat ke tak esok. happy birthday hatim ^^

tulis: 37 minit.

10 komen disini:

nurul amalina said...

37 minit? lama nye tulis. :p

Liyana said...

sebab ada orang tu kacau suruh bukak pintu lah, dengar die cakap lah ape la..dah la orang set masa nak cepat tulis. isk~

jueann^^ said...

korg..slaen kat rumah,
kat sni pon ley btekak ea?
haih2..ahaha=)

[ann yg polite]

SangMentari said...

Huh, sayunya lagu ni..

Liyana said...

jueann : amal cari gado dulu... [childish]

Liyana said...

sang mentari: best kan? tapi lagi best kalau tahu maksud. boleh hayati.. ^^

Anonymous said...

da wish hatim besday?

Liyana said...

dah2! kat ym ^^ ni sape

hatim AR said...

yana!!!!banggenye ade kawan seperti kamu haha.aku doakan mak ko sihat walafiat dan kembali aktif seperti dahulukala malah lebih lincah dari anak dara 18tahun =)

Liyana said...

hatim: ah, hatim. overlah ko ni..no problem.. harap kamu lebih matang dr sebelum2 ini.