Sunday, 29 March 2009

...



assalamualaikum wbt.

hati memang sangat-sangat memberi kesan kepada kehidupan. betul ni.

...ketahuilah bahawa di dalam jasad manusia terdapat segumpal daging. jika ia baik, maka baik pula seluruh jasadnya, dan jika ia rusak, maka rosak pula seluruh jasadnya. ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati...

saya terfikir. itulah hati. betapa besar kesannya dalam diri. nasihat untuk diri sendiri. jangan sekali-kali benarkan hati ini disentuh oleh apa pun. yang boleh merosakkan.

kadang-kadang saya kalah dengan diri sendiri.

"beri hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik, hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaiknya"


ayat dari seorang sahabat.

hidup ini bukanlah seperti kisah ceritera yang penuh angan-angan. bukanlah seperti kisah pari-pari yang hanya punya pengakhiran bahagia. hidup ini adalah tanggungjawab. punya cabang dan jalan berduri. ia bukan untuk pemikiran, pemahaman, cita-cita kanak-kanak. hidup ini perlu bermatlamat. perlu perancangan. perlu pemikir dewasa. tapi bukan bermakna terlampau tertutup.

hati ini bukan milik sesiapa kecuali satu. jangan biarkan ia curang.

hanya masa yang boleh menentukan semua. perlu berusaha gigih lagi. tegas dengan diri sendiri. jangan terlampau manja.

jaga hati kamu baik-baik okay. dah2. pergi belajar sekarang. jangan main-main dah. jangan fikir lagi dah.

p/s 1: tadi naik motor dengan diba. sejuk. [cari kedai fotostat semua dah tutup-malam sangat agaknya] teringat masa kecil. hadiah nombor satu round naik motor satu kampung kat junjung.

p/s 2: kenapalah tugasan biro pada musim periksa. saya tak biasa dengan tugasan menekan ni. baru nak berkenalan. saya akan cuba bersabar dan tenang mengahadapi semua.

p/s 3: sedang menahan diri membaca buku "jalan cinta para pejuang" tulisan Salim A. Fillah sebab kena belajar. T_T

p/s 4: tadi main uno card masa earth hour. teringat masa sekolah dulu.

p/s 5: mak saya boring. saya call setiap hari. harap dia tak boring lagi.

p/s 6: kenapa banyak sangat p/s?

tadi dapat mesej yang sangat menyentuh dari seorang yang istimewa. jauh, namun dekat di hati. walau tak pernah berjumpa. harap sangat kita akan dipertemukan suatu hari nanti. kasih sayang itu titi. kasih sayang pengikat hati.

tulis: 29 minit

2 komen disini:

nur_amalina said...
This comment has been removed by the author.
nur_amalina said...

salam.. yana sahabat ku...
ini soal besar pasal hati kite ni same2 la kite jage insyaAllah