[ini entri mengomel. tak memberi manfaat. hargai masa anda]
saya tidur di atas shuttle dari jakarta. turun dari shuttle, terus ke gerai kecil brownies. teringat kata-kata eika di facebook. teringin pulak.
saya pun pilih la. dengan cerewet. nak yang itu, macam ini. jenuh penjaga kedai nak layan. lepas tu saya minta die potongkan. banyak songeh. terfikir pula nanti macam mana nak makan kalau tidak dipotong siap-siap. lalu ketika nak bayar, saya beri 50 ribu. tiba-tiba orang tu kembalikan 20 ribu saja. saya terkejutlah. dah la masih mamai sebab baru bangun tidur.
ehh, berapa harganya?
30 ribu
hah?! [suara terkejut dan sedikit tinggi] mana boleh 30 ribu! mahalnya. sebelum ini saya beli tak sampai 30 ribu.
iya, harganya udah naik dari kilang
apa? takde, saya tak pedulik. melampau naik sampai 5 ribu! saya tak nak beli macam ni. ambil balik. saya tak nak beli mahal sangat macam ni. [sebenarnya dah lupa harga sebelum ini. main cakap je he he. tapi yang pasti, tak sampai 30 ribu.]
tapi neng, memang harganya udah naik
tadek2 saya selalu beli kat sini. mana pak yang selalu jual kat sini? [macam tak percaya saya cakap macam ni]
lepas tu abang yang jaga tu terus beredar cari pak cik pemilik gerai tu. saya terfikir sebentar. kenapa saya macam ini. macam tak percaya pula saya mengamuk kat abang tu. terlupa mak pesan jangan cari gaduh dengan sesiapa di sini. bahaya. dah la dah pukul 8 malam. saya pula seorang. kalau abang tu bawa geng motor ke apa ke. naya juga.
pakcik tu pun datang.
pak, saya selalu ke sini. tapi harganya tidak semahal ini
iya teh. harganya udah naik di sana. ga papa lah 28 ribu aja ya.
dalam hati sebenarnya masih lagi terasa mahal. tapi terfikir, tak pasal saya bergaduh kat sini. pak cik ni bawa konco-konco ke. ha ha [tau takut]
huh. iya la. tapi janganlah melampau sangat harga di naikkan sampai 30 ribu. kartika sari pun tak mahal macam ni...mekasih! [sambil ambil duit baki]
saya pun terus beredar laju-laju. pergi solat kat stesen shuttle. ingat nak solat isyak bila sampai rumah saja. tapi mengenangkan perangai pelik saya tiba-tiba muncul, solat terus je la sementara nak tunggu teksi datang ambil saya dari situ. kalau dulu saya marah, saya akan sapu sampah atau buat air teh. sekarang dah tukar.
apa ini liyana. kenapa kamu ini seperti mengamuk. siapa suruh tak tanya harga dulu. patutlah kawan-kawan serumah kata kamu garang kalau baru bangun tidur. apa? ingat saya ini pelancong yang tak tahu harga brownies ka? walaupun saya tak pandai bahasa orang sini, jangan nak ambil kesempatan k. saya tak suka. mungkin ayah dah didik supaya hargai setiap sen. allergic sikit walaupun kalau ikutkan mahal berapa sen sahaja.
teringat dulu di matriks. pernah juga perkara macam ini terjadi. malam itu, saya baru lepas pergi talk kat dewan besar. dalam pukul 1030 malam macam tu, kawan saya call nak kirim burger sebab sangat lapar. kesian pula.
bang, burger satu mayonies lebih eh
abang tu pandang dan angguk la
saya tungggu, tunggu
lepas tu satu satu...tapi dia asyik bagi kat orang lain saja. saya mula-mula bersangka baiklah. mana tahu mereka tu dah order awal lagi ke kan.
tiba-tiba seorang datang order, lepas tu dia dapat dulu. saya dah pelik. saya pun ingatkan order saya balik kat abang tu. tengok sekeliling, saya seorang perempuan. saya dah tak selesa. jam dah pukul 11 lebih. abang tu sedar. tapi dia still layan budak lelaki juga. saya dah nak naik angin. terasa macam dia ni perlekehkan order saya saja.
saya terasa macam nak mengamuk pula. kalau tak beli. lapar pula kawan saya tu.
datang seorang lagi order
bang, burger enam!
whatte.... saya tension dengar. enam?! kemarahan dah tahap maksima. tiada kompromi. sabar hilang.
saya ketuk kotak kaca gerai abang tu sambil kata
bang! burger satu! dari tadi saya order tak dapat-dapat sampai sekarang. ape ni?! saya order dulu apesal orang lain dapat dulu?
biarlah saya di pandang sinis. anggap saja darurat. tiada lemah lembut tapi tegas. dah nak tengah malam ape cerita saya masih di kantin. dah la saya sorang. jalan nak naik asrama tu dah la agak seram, sunyi, menakutkan. terasa nak pecahkan je gerai tu. waktu tidur saya jam 11. jangan lah terganggu biological clock saya.
abang tu pun gelabah la bagi burger saya. mungkin bimbang saya pecahkan gerai dia agaknya. kejap je pula tu siap. ha boleh pula. tau takut. belah la. jangan underestimate order perempuan k. saya tak suka. pantang saya kalau orang pandang enteng pasal perempuan.
apa yang saya nak cakap kat sini. di mana saja ada saja pengambil kesempatan dengan orang yang nampak lemah. cuba lah berlaku adil. apa ini. gunakan apa yang dah di gariskan. kalau macam ini selalu, tiada lagi perempuan lemah lembut. mesti semua jadi garang untuk elak dari di buli. jangan ingat tikus kecil tak boleh gigit orang!
saya rasa, marah itu lebih menunjuk kelemahan berbanding kelebihan. bagaimana anda uruskan marah?
p/s: ditulis pada 17 mac 2009
tok saya jaga mak saya. hebat. best lah dapat mertua macam tok saya.
dental appointment dibatalkan. maka boleh study lebih, bukan buat quiz di facebook.
4 komen disini:
dental app. batal.
buat kuiz smpi penuh home fesbuk aku dgn notification ko.
aku sejak dtg sini da kurang marah di khalayak ramai.
mmg marah tu mendedahkan kelemahan kita.
aku harap aku semkain matang!
malam ni g sake !!!!!!
huhu~ dia mcm musim, mula-mula post link video suma
lepas tu buat kuiz nnti ak tataw ape
haha teringat kau mengamuk dekat seseorang di chiwalk ari tu. aku pun seram.
itu musim liyana seorg. suatu ketika dahulu, dalam satu hari, maunye 10 video dia link di facebook. sekarang ini, quiz pula.
semua tulisan dalam entry ni sudah ku dengar live. pesanan buat liyana : jgn gelabah. (teringat doc susi tanya meaning gelabah)
nurul amalina: anda buat cerita. xsmpai 10 sehari. mungkin 3 maximum. saya pun segan juga fb mencapapkan saya saja di home nanti.
quiz itu seperti menarik pula. layan je la dah ade kuiz. lgpun soalan tak byk mana.
haah. dah bgitau live.
bukan gelabah tp penggeli. haha
Post a Comment