Tuesday, 3 March 2009

kuali itu warna kelabu berkilat. ada nampak?

hari ini..

aku, amoxicillin sama nystatin. dah bersiap pakai baju kurung berjalan dengan segak bergaya menuju ke pagar rumah mahu ke kuliah.

tiba-tiba satu jeritan keras dari seorang gadis yang bernama diba memanggil kami. terkejut badak juga di situ.

"wehh balik! tadek kelas!"


what the.. kata dalam hati

kata diluar hati:

"pak agus ooo pak agus....~"


sambil berjalan dengan riang gembira serta lemah longlai kembali ke rumah. sebenarnya, panggilan untuk pak agus ini bukan real. saje bagi cukup syarat kerana fatin fana suruh tanyakan tentang kuali rumah yang hilang. hakikatnya aku malas mahu berdialog dengan pak agus. kelas pula tiada. membazir baju saja. mimpi buruk lagi. mimpi tentang pervert pula kali ini. sudah la aku tidak tidur semalam. rasa sebu di perut buat aku rasa loya pula.

"iya..."


wah sahutan yang sangat-sangat tak aku harapkan. erk..terpaksa aku tanya juga walau aku segan gile. ape kes tanya pasal kuali. jatuh standard saja.

"pak..ada nampak kuali kami tak?"


"kuali? apa itu?"


otak ligat mencari perkataan kuali dalam bahasa orang sini. kosong. bahasa indonesia dapat C. tak dapat~

"kuali yang orang buat masak-masak."


sambil menghayun-hayun kecil tangan gaya orang masak nasi goreng adabi dalam tv.

"ohh ga ada. ga pernah lihat. ga pernah ke dapur sana."


"owh okay. gapapa kalau gitu"


terus ke belakang mahu bertanya kepada pakcik buat kolam ikan pak kemas yang belum siap.

"pak, ada nampak kuali kami ga?"

mereka buat muka kosong. mungkin tidak faham apa itu kuali. aku explain kembali dengan gaya seperti yang aku buat pada pak agus tadi.

"ohh..tiada siapa yang pernah guna barang di dapur itu kecuali pak agus"


okay. mistery solved. kuali dah hilang. malas nak fikir. takkan nak buat poster barang hilang pula.

sekian

10 komen disini:

dolat said...

aku dah sampai gerbang time ni. :(

duchess11 is DiBaH said...

kambing la pak A itu...
tipu gile xpaham 'kuali' tuh ape?

aku sgt geram...
aku berada di tempat kejadian dan bertemu bual dgn pak2 yg berada di kolam itu...

apekah naseb kami tanpa kuali?

Liyana said...

amoxicillin lambat. pastu dia bangga sebab dia lambat kami belum jauh lagi..

Anonymous said...

x aci..ktorg dh sampai kat gerbang unpad masa tue..,,bru tw kliah cancel.Ini x adil..huhuuu..Marilah kita sama2 kte sedekah kan al-fatihah kat kuali yg hilang tu. Moga2 dicucuri rahmat..hahaaa

Liyana said...

kuali hi tech tu..beli kat paun..hot stuff tu..aku berebut nk pi bli itu hari. haish..terpaksa la cari baru..sekang kami guna periuk dan non stick pan diba saja. haihss

nurul amalina said...

wahl. alia dah mula bersuara. ahhaha.

x aci! tuka name amozicillin ngan nystatin je. diba x tuka pun. ape ni. ga adil! saya contact peguam saya!

Anonymous said...

haha..anggap sajalah kuali itu sudah memang rezeki orang. Bila lagi mahu bersedekah...

p/s pasti kuali itu terlalu istimewa sehingga menjadi rebutan orang...

Liyana said...

nur amalina: tak tuka nama diba sebab kalau tuka suma org dah tau itu dia. die jerit td satu sukawening boleh dgr kot.

sangMentari: haih..benar. saya pun rasa begitu. dah tak panjang jodoh kami dengan kuali itu.

istimewa buat kami. banyak suka duka kami harungi bersama dgn kuali itu. [dari baru belajar masak hingga kini]

nurul amalina said...

eh siapa nur amalina tu liyana?
(bertanya dgn sinis)

Liyana said...

yela2 salah eja.. NURUL AMALINA