Tuesday, 24 March 2009

serigala dengan buah anggur


ayah kata dah boleh call emak. saya pun call lah. sebelum itu. saya kumpul kudrat untuk mengawal emosi.

suaranya lemah dari biasa. terubat rindu. saya tanya lah, siapa yang ada dengannya. katanya dia seorang saja.

mak fikir macam cerita serigala dengan buah anggur


serigala ngan buah anggur? yana dah lupa lah cerita tu.


yana tak tahu ke? cerita pasal serigala yang nak makan buah anggur. lepas tu dia lompat nak ambil buah anggur tu. tapi tak dapat. lompat-lompat tak dapat juga. lepas tu serigala tu fikir, tak pe lah..mesti anggur tu masam dan tak sedap.

saya tewas. isk~ ternangis pula. comel betul cerita ini.

kita pun macam tu la. fikir lah positif. kalau orang datang teman pun baik tak datang pun takpe. boleh berehat.

yana nak nangislah. cerita ni macam sedih. maknanya serigala tak kisah dapat ke tak dapat anggur. positifnya serigala ni.


janganla camtu. fikir la takkan kita nak orang tolong kita selalu. kita kenalah kuat. tolong diri sendiri. think positive.

nak balikla..ada cuti sekejap nanti.


tak payahla. balik cuti dua bulan nanti. tiket dah book yang tu.


cerita serigala ini terasa macam cerita sedih pula. serigala dan buah anggur. tinggi betul motivasi dalam dirinya. wa sedihnya cerita serigala ini!!!

masih bergantung dengan peralatan di hospital. tak boleh balik rumah lagi. kasihan ibuku. diceritakan kepayahannya dan gangguan alat-alat yang melekat pada badannya yang menyukarkan untuk melakukan aktiviti biasa. sampai tercabut-cabut catheter. hati ini melonjak-lonjak mahu menjaganya. mak saya tabah dan kuat. nak jadi macam dia.

tak mahu nangis dah. dah malu dengan blog ni. asyik nangis saja. seganlah! hilang ke'macho'an dan ke'brutal'an. saya rasa, nasib baik saya bukan jenis bermurung berhari-hari sampai tak boleh bercakap dengan orang sekeliling, pengaruhi emosi orang sekeliling pula nanti. nak call setiap hari supaya mak tak sunyi.

jangan nangis liyana! tahan. tahan. tahan.

pegi belajar.

p/s: cerita ni tak sedih tapi saya yang over :p
tok yang sebelah kedah pun datang rumah. concern la tok saya. :p
tok saya memang cool lah. XD

9 komen disini:

duha said...

besnye cite serigale ngn anggur tuh..tak pnah dga lagi..duha igt serigale nak ngamuk sbb tak dpt anggur..rupenye die husnuzon je..ehehhe..bgus2..

same2lah kite jd serigale yg sntiase berpikiran positif :)

p/s: Allah bersama sangkaan para hambaNya

dolat said...

:)
baguslah kamu selalu ceria je.
tp pagi2 dah hyper bile thari je dah nantuk lalu tdo dalam kelas. kikikih~

-mak kamu dah sihat!-

Liyana said...

duha: cerita itu ada dalam buku himpunan kisah-kisah binatang. emak saya belikan semasa kecil. haha menarik juga. baru teringat buku itu.

donutcokelat: hyper pagi? haah kan..hahaha tak tahan sampai tgh hari. kunun bgn kul 230 pg study general surgery. last2 tido klas psychology. xtahan lah! tp saya bersembunyi blakang harpreet kan?

*sy jarang tido dlm klas tau! tp smlm mmg xtahan sgt*

p/s: bawak sudoku pi lecture pasni.
-doakan mak saya cepat sembuh sepenuhnya!-

Anonymous said...

salam yna...!
sy x tau lau kamu smpat mengupdate blog n bce my comment...tpi me still nk leave one...

juz praying 4 ur good living...
there's gotte be more to live...
saya doakan kamu, serta emak...
Allah bersama mreka yg sabar...

pulang padaNYA...
hayati makna cintaNYA dlm stiap kejadian yg menimpa...

saya sayang kamu

Ekin said...

yan..sdehnye..
ak juga mendoakn emak kmu..=)
b strong k!!

Liyana said...

anonymus: wsalam..hehe sgt berterima kasih ngan kamu. bizi2 pun snggah juga kat sini..terima kasih

ehh..saya sayang kamu juga!

cikin: alhamdulillah. ak ok je ni.. mak aku pun harapnya.aku call die tiap ari. huhu~ mekasih ikin

muniri said...

yana mak ko sakit ape??
be strong k!!!
iA mak ko sihat selalu..

mysterious_musafir said...

salam liyana...tabah ye? jom kte cube jadi mcm serigala tu...tp konfius..kalo ikutkan dalam cerita serigala tu ada dua kesimpulan, xpe r...kite bersangka baik...

Liyana said...

muniri: mak aku operate. huhu~ insyaALLAH..doa selali

mysterious_musafir: kite ambil la yg baik nya. ape lg satu kesimpulannya ye? xnmpk lagi...