Thursday, 19 March 2009

serunding kasih


17 mac 2009
serunding yang emak buat. terfikirkan emak. semalam call hasif. katanya mak tak nak duduk seorang di wad. ayah pula masih di kuching. outstation. emak sudah di wad.

serunding air tangan emak berbaur dengan rasa kasih. aduh, fikiran terganggu lagi.

ya Allah, lindungilah ibuku. permudahkanlah.


saya sangat bimbang.

***
habis operation jam 3 petang. sekarang sedang rehat. mak kata sakit sangat. pak lang pun datang. mak long pun baru sampai.


mesej dari ayah. mengalir air mata. ya Allah, sekiranya saya boleh menggantikan rasa sakit ibuku. saya sanggup. ringankanlah kesakitannya.

semalam sebelum operation. sempat saya bermesejan. jam 8 pembedahan katanya. mesejnya semua comel.

mak la orang paling tiada pelawat. tadi cikna dan maksu datang. tapi mak tak sakit pun. sebenarnya telefon mak jatuh dalam tandas ni guna maksu punya. tak pandai guna lagi...


pagi tadi, saya mesej sesudah subuh. katanya tidak boleh tidur. doktor bagi ubat yang menggesanya ke toilet. kasihan ibuku. hati ini melonjak-lonjak mahu pulang. mahu bercakap dengannya. mahu menemaninya. mahu semua. mesej saja kerana saya bimbang mengganggunya.

ya Allah, ringankanlah sakit cintaku itu.

permudahkanlah sakit kasihku itu

lekaskanlah sayang saya itu sembuh sepenuhnya

saya terima banyak komen membina dari post ini [klik]. terima kasih. benar. tiada kata sebagai balasan. saya kosong. namun, hakikatnya, saya hargainya. sangat.

ayah kata, mak seorang yang kuat dan tahan sakit. tapi kali ini memang nampak kesakitan yang ditanggung. biarkanlah dia tidur dan berehat. adik-adik semua pergi tengok mak tadi. terseksa rasa bila di kejauhan macam ini. aduhai...

Allah sedang menguji saya dengan harta yang paling saya sayang


Stars Five - Satu Cinta.mp3 -

10 komen disini:

Ekin said...

kuatkan semangat cik yana!!
n all da best exm besok kan??=)

Anonymous said...

be tough dear

luv,eeqa:))

nurul amalina said...

liyana. bertabahlah. (x tau nk comment ape.)

lukpi said...

owh..
hopefully sumeny slmt
robbuna ma'ak

prkra smcm inilh yg dtkutkn sgt2 bila bjauhn..xdpt brsma dgn insn trsyg d saat sgt2 dperlukn..be strong yana!!

duha said...

be tough!
kuatkan semangat!

she'll be fine insyaAllah :)
berdoalah snts pada Allah yg Maha Pengasih n Maha Penyayang :)

Dia Maha mengetahui segalanya termasuk isi hati kita..

lots of love~

dibby bus-bus said...

ini satu ujian..
berbahagialah kerana Si Pencipta sdg melihat anda..
byk kan berdoa..
itu senjata mereka yg beriman..

Anonymous said...

ala bnde bse je 2.

Anonymous said...

ala bnde bse je 2.

Anonymous said...

anonymous..
nih bkn mnde bese tuk seseorg
patotnye doakn yg tbaek buat ummi rakan kite..x gitu? =)
yana..kuatkn semangat!


cikcekodok

ju ibrahim said...

allah xuji hambanye tnpe sbb...
ade hikmah yg kita xdpt nk agk ape die..
tabahkn hati..
mmg sayu bila berbicara soal mak bpk ni...
cukup sayu...
ak berkte spy ko tabah mmg sng...
tp utk ko melaksanakn mmg payah..
ak taw...
tp igt!!
ko ade kwn2 yg supportive...
walaupn ak jauh,tp blog ni menyatukan kita..
twos meluahkan...
ak dr jauh menyokong...