Monday 20 April 2009

adakah ini satu kegilaan?


salam dan hi!
saya masuk pertandingan menulis blog
saya pun tak tahu kenapa
ada dua kategori. blog kreatif dan best article.
bila saya fikir kembali, setiap apa kita lakukan perlu ada tujuan bukan?
saya cuba ingat kembali tujuan saya menulis
saya pernah tulis di post ini: klik

aku menulis untuk aku
aku menulis untuk kamu
aku menulis untuk kita
aku menulis untuk siapa saja

kata pujangga malam
persetankan kepada siapa
hanya engkau tahu dirimu

aku menulis
dengan melihat hidup
itu mendidik

aku menulis
dengan mendengar manusia
itu mengajar

aku menulis
dengan apa yang aku rasa?

sang qalbu mendengar, melihat, merasa
lahir coretan
terkadang penuh khilaf

aku menulis
untuk apa?
menuding kamu, kamu mahupun kamu?
melumur lumpur pada dia, kamu, mereka?
akhirnya terpalit di muka sendiri
terhiris jantung yang sakit
perit

luas akal mentafsir
langgas hati terguris

kerana aku menulis
bukan untuk seorang kamu

tapi juga untuk diriku

tamat.


penulisan yang penuh cacamarba. pasti ada cela. ada saja contengan sana sini. adakala wujud kosong yang perlu berisi. bimbang menjadi seperti buntal kembung, perut buncit di dalam kosong. cocokkah untuk dipertandingkan? terimbas kata seorang penulis, satu hasil penulisan adalah tanda ketamadunan penulisnya.

tapi jangan bimbang nukilanmu dipersampahkan. kamu mahu hasil tangan kamu dihargai. hargai hasil orang lain. kata orang putih:

treat people the way you want to be treated.

paling-paling pun, kamu ada kamu. kamu ada untuk hargai dirimu. titik. dan ya, bebas untuk akal menduga, di mana saja hati boleh terguris. yang pasti. kamu tidak menuju kepada sesiapa.

oh, terlupa. "aku menulis bukan untuk seorang kamu, tapi juga untuk diriku."

p/s: pertandingan ini perlu vote. entahla. kalau blog ini blog rahsia seperti blog tulisan periuk hijau. tidak pasti di mana hala tujunya kerana ia tidak selucu donutcokelat. kawan-kawan, siapa saja, dan di mana saja kamu berada. kalau kamu rasakan saya ini seorang jaguh. vote di sini okay?

klik gambar di atas. di sidebar webpage itu ada tempat vote. oh ya, nama saya liyana. hi! selamat berkenalan.

p/s2: siapa saja boleh vote tau! tarikh akhir vote 28 april 2009.

p/s3: tak sangka pula ada sistem vote2 ini. tak boleh kah biarkan saja?

p/s4: tugasan tugasan tugasan!!!

-keyboard off-

25 komen disini:

dolat said...

haha..
apekah?
lucu ke periukhijau tu.
tah pape.
dah la blog die blog rahsia.
tapi xrahsia sngt pon.
hahaha
kutuk donut cokelat kaw2
kalau blog liyana selalu buat aku insaf.
kadang2 xnak post komen sebab liyana pernah cakap " aku mahu pembaca mendapat manfaat dari bacaan"
kadang2 aku hanya merapu dan tiada manfaat untuk pembaca

*aku xmasuk pertandingan*

lonely ant said...

saya dah undi kamu la....yana....i dah bagi support kpd kamu dah...gambateh....k.....

Balqis said...

Tolong2, saya tak tahu nak vote camna... dah buka pun laman nya... tak jumpa nama kamu pun?

Anonymous said...

undian telah diberi, semoga berjaya
,kpd rakan2 liyana yg lain,berikan dia sokongan dan akhir skali smoga bjaya liyana

SangMentari said...

Wah, masuk pertandingan blogging. Saya sudah ke situ. Semoga berjaya, pudingcaramel.

dolat said...

ding...
ilysm..
lalala~
aku pon xsiap report lagi.
semalam aku dah sebarkan link~
hahahaha~
abes la ko.
femes nnt

Liyana said...

donutcokelat: terima kasih donut. kau tahu, aku suka baca belog kau sebab ianya penuh imaginasi yang terlampau. terutamanya post tentang renang.

kalau kau masuk confirm aku sokong. act aku dah malu. macam promosi diri pula. serious.

Liyana said...

lonely ant: thanks. tak sangka. :) :)

Liyana said...

BalQis: kak balqis,
ramai yang cakap tak boleh nak vote. try la lagi. kalau tak boleh juga. tak ada rezeki lah saya nak dapat vote kak balqis,

ohh ya, intai2 lah blog lain juga ya. ^^

Liyana said...

anonymus: whoever you are. terima kasih!!! ^^

Liyana said...

sang mentari: terima kasih. sudah pernah masuk pertandingan? wah saya dapat menduga, pasti blog anda yang penuh tulisan ilmiah itu menang kan?

p/s: kagum dengan kosa kata penulisan kamu.

Liyana said...

donutcokelat: donkelat, ilysmt!!

serius aku terasa macam promosi diri sekarang. malu weh!!!

Unknown said...

salam...wah ada jugak ke mcm tu..peliknya...

nurul amalina said...

hi ding caram. awak masuk pertandingan blog ke? hebat la awak. semoga awak menang ya. hehehe.

Liyana said...

anak pendang sekeluarga: wsalam selamat datang ke blog ini!

25% di ambil dari undian. nanti. apa yang pelik?

Liyana said...

nurul amalina: terima kasih. awaklah sumber inspirasi saya. ameen ^^

sebenarnya saya agak malu.

Anonymous said...

kepada ketua kelas..
ini dari setiausaha anda..
jgn cept mengalah nyer...
hehehe..
gambaroouu!!!
ni time ngntuk nih..
da tdo pun ngntuk lg..
xtau system ap yg skru die longgar nih..
hahaha..
afundi yana..!!

daun kering said...

owh.
liyana tu puding caramel.
hahaha~
semoga berjaya ketua kelas.
setiausaha tu guru besar ke sebenanrye?
die menyamar eh?

dolat said...

gambarou adalah ayat seseorang!
yeah.
perenang tu kan...

kolektor-photo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
budak-sunda said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Cisco-elearning said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Liyana said...

anonymus: thanks setiausaha.. saya sebgai ketua kelas akan lebih berusaha..oh nanti kita ada kelas khamis ini ya...bawa AQ.!

Liyana said...

daun kering: ramai yang tak tahu identiti saya.. haha..liyana itu bukan nama sebenar.. ^^

Liyana said...

donut cokelat: yer..perenang ini. jangan main..xsangka beliauu lawat blog saya yang usang ini