Wednesday, 22 April 2009

tenggelam



salam

sekarang bermood pilu. tadi hujan turun dengan lebatnya seiring dengan emosi saya sekarang.
manusia mudah tersentuh apabila berada dalam kondisi yang tidak cukup dari biasa, dikelilingi suasana yang manusia lain punya segala. melainkan dia sentiasa bersyukur di saat dia memiliki

semalam saya mengadu bandung begitu panas terik. hari ini Allah turunkah hujan mencurah. bukti Allah itu maha mendengar. sila bersyukur.

sila abaikan mood saya.


pernahkah anda rasakan, anda rabun dan ingin berenang di waktu malam? dan, kerabunan membataskan penglihatan. biarpun ada goggle. saya pernah rasainya. entah kenapa. saya rasa sangat takut ketika melihat ke dasar. gelap. kelam. seperti satu dunia yang sangat lain. air separas 2 meter mudah di takluki. semalam perasaan seram pula menyelubungi.

dan, bila-bila saja takut itu boleh menimbulkan panik. panik, tiada lagi kawalan diri. saya boleh lemas, tenggelam atau apa saja. ini buat saya terfikir di antara dua. dalam dunia ini kita boleh berada di dalam keadaan tenggelam ataupun menyelam.

di lautan nikmat, dua makhluk berpisah,
yang satu tenggelam, yang satu menyelam,
kau tahu apa bezanya?

***
..mereka mempunya hati tapi tidak digunakan untuk memahami,
mereka mempunya mata tetapi tidak digunakan untuk melihat,
dan mereka mempunya telinga, tapi tidak digunakan untuk mendengar.
mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. mereka itulah orang-orang yang lalai. [7:179]


bezanya di antara yang menyelam dan yang tenggelam. di mana yang menyelam itu boleh dikatakan sedar dan yang tenggelam itu boleh dikatakan lalai. dalam lautan ramai di dunia ini, di manakah saya. di kalangan yang tenggelam atau menyelam? dan yang pasti yang tenggelam itu bila-bila masa saja boleh di hanyutkan. hilang dalam ramai.

kesedaran membuatkan manusia sentiasa belajar mempersiapkan diri dalam lautan ramai ini. kesedaran membuat mata kita sentiasa terbuka dengan hakikat sebenar kehidupan.

tapi adakah saya jalani hidup ini dengan penuh sedar? seringkali telinga dikalahkan oleh mata, seringkali kita mengikut trend dan mode yang kita lihat berbanding dari ayat-ayat Ilahi yang kita dengar. ketidaksedaran. bersyukurlah jika kita berada dalam keadaan sedar.

eh, janganlah serius sangat.

kejadian aneh hari ini. baca di sini klik


p/s: bilik pun sudah macam setor koop. buku dan kertas di meja dan lantai. [dapat bayangkan tak?] meja belajar kecil sudah patah kakinya. mungkin kerana tidak mampu menampung buku-buku yang seberat manusia kurus. [eheh]

p/s2: tak boleh update selalu. masa sekarang semakin laju berlari. semakin saya kejar, semakin laju ia berlari. kalau lah masa boleh tunggu saya sekejap.

p/s3: segan sangat dengan post di bawah. macam mempromosi pula. sebabnya mula-mula saya tengok vote saya kosong. tu yang tiba-tiba promosi. dan vote ini 25% dari keputusan. lain, keputusan juri.

p/s4: tugasan! tugasan!

-keyboard off-

4 komen disini:

dolat said...

maafkan aku kerana membiarkan kamu sunyi di kolam renang aritu.
aku xjahit seluar lagi.
aku xtahan sejuk.
aku xsiap kerja.

Balqis Riza said...

ko g berenang ktne ek??

Liyana said...

donutcokelat: ha ha tak mengapa...aku tengok yang lain seperti kanak2 riang sudah cukup..

tapi serius seram time nak pergi yang 2meter. setiausaha kelas pun takut

Liyana said...

BaLQis: huhu...kne gtau personally..sebab nanti identiti ter reveal....