Tuesday, 7 April 2009

denting


salam!

di malaysia ada pesta buku antarabangsa kat PWTC. ayah selalu bawa kami adik beradik setiap tahun. pernah sekali kami terserempak eika dan famili kat sana. nak pergi tahun ini! entahlah, keinginan pada buku. mungkin sesetengah orang keinginan pada baju, kasut, kereta. tapi, saya pada buku. tak kisahlah ikat perut sebab nak beli buku. wuwu~

teringat dulu, ayah suka belikan saya buku yang agak skema. dapat nombor satu, ayah belikan banyak buku. teringat yang paling macam best masa darjah satu, dapat banyak sangat novel pendek. cerita-cerita penyiasatan macam enid blyton, siri salmah tu biasa. tapi yang bagi saya macam bagi kesan ialah novel tentang athur si ikan paus dan kisah unta berbonggol satu. walaupun kisah binatang, novel itu menyayat hati. cerita pasal kisah hidup unta, dan paus. ada filosofi yang boleh di renung sebagai manusia. dulu saya tak dibenarkan baca komik. kalau nak, pinjam kat sekolah.

satu lagi buku yang banyak kali saya baca ialah julia. tulisan Tuan Haji Ab Hassan Morad. saya dapat dari ayah semasa darjah enam tak silap. sampai helaian tercabut-cabut. tapi saya balut elok-elok buku itu. sayang sangat. ayah kata buku yang dapat anugerah macam ini lah buku berkualiti. sekarang buku itu dah jadi drama siri lakonan wardina safiyah.

nak dijadikan cerita. novel itu jadi novel untuk SPM tapi bukan kawasan saya. saya kena belajar novel konserto terakhir dengan novel bukit kepung. ah, novel sejarah. jealous juga bagi yang belajar novel julia itu.

waktu SPM, saya jawab untuk novel konserto terakhir dan novel julia. titik. saya tahu ini risiko. tapi tak peduli. tak pernah pun bedah novel julia tu. saya jawab ikut hati dan saya mendalami ceritanya [cewah]. alhamdulillah, keputusan untuk kertas itu tiada cela. sebenarnya dah risau sangat. saya bagi tahu emak awal-awal.

hari ini, baca buku ringan tajuk jalan cinta para pejuang tulisan salim a. fillah. dah lama tahan, sebab nanti tak boleh berhenti. salim a. fillah ini juga yang tulis buku 'agar bidadari cemburu padamu'. buku yang ini saya dah hantar balik malaysia.

satu bab yang menarik perhatian saya dalam buku ini ialah lelaki warna warni. tak habis baca lagi. nak buat kerja lain pula. saya dah janji nak tulis pasal ini. tapi nanti. lusa cuti sampai ahad. yay! tapi tak cuti betul sebab ada kerja. apa lagi kalau bukan tugas biro itu. tak mengapa. akan cuba selit sedikit masa menulis.

kalau cakap tak cukup masa. terasa macam kufur nikmat pula. saya selalu fikir yang Allah kurniakan kita 24 jam sehari. pasti cukup. kalau terasa macam tak cukup sangat. mesti ada silap di mana-mana kita urus masa. saya teringat ayah kata masa saya cerita, saya tak suka plan saya tak macam saya harap. tak sempurna. dua kata darinya, "be creative" sekreatif mana kita uruskan masa. manusia memang tak sempurna. tapi manusia punya akal untuk merancang, Allah yang akan tentukan. bijak menyusun waktu. huh, saya pun selalu silap di mana-mana dalam pengurusan waktu. terutamanya waktu santai. selalu terleka. [sepatutnya tiada erti santai bagi yang faham. tsk~]

kak suhana masuk wad sebab masalah telinga. bila saya tanya dia jawab, "saja, sebab nak claim insuran. hehe" saya gelakkan dia sebab bayangkan dia dah tak seimbang. dia layan saja. rindu pula pada keluarga. semua punya karakteristik pelik. haih~

emak pula sudah tak boleh baca sebab tak nampak. mungkin tekanan darah rendah. saya kata pada mak, mungkin sebab sudah lama tak berjogging agaknya. duduk dalam bilik saja. mak kata best juga dapat layanan istimewa sekarang ini. ayah concern walaupun sibuk macam biasa.

p/s: kuiz di facebook semakin menjadi-jadi. tergelak seorang. layan je lah soalan sengal itu.

p/s2: tak sempat nak betulkan kesilapan ejaan atau atau ayat. maaf. [ah, terasa ayat kat atas macam karangan berpandu sekolah rendah pula]

p/s3: malam ini kena serius. pulun lagi. okaylah dah maghrib. bye.

*selamat bergembira pemilik hati sekelian!*

tulis: 30 minit.

4 komen disini:

BaLQis said...

pesta buku~
bestnyeeee
aku suke...
haha
humm..
sedeyh~

~*puding caramel*~ said...

balqis: jumlah balik....waaa~

BalQis said...

Salam...

Saya pun suka buku ini dan baca berkali-kali. Abu Hassan Morad antara penulis buku Islami yang saya suka. Kamu tentu pernah baca Cinta Madinah, kan? Yang ini pun best juga!!

Dalam Julia, saya suka puisi-puisi yang diselitkan, especially yang diberi oleh kawan-kawannya dari Australia... sgt menyentuh hati.

Anyway, saya dah pun link kan blog kamu!!

~*puding caramel*~ said...

cinta madinah, buku ini dah dijadikan drama bersiri juga kan?

ahha..puisi dalam tu memang best. dengan quote dari mak julia. ape pun cerita ini memang best!!!