Sunday, 5 April 2009
dimana cinta?
*bila lidah lafaz bahagia tapi jiwa bilang sengsara*
payah aku raih semula rasa manis itu
adakah dia tersinggung?
aduh, bukan mudah untuk aku pujuk
bukan senang untuk aku sentuh
kasihnya bukan calang
nikmat manisnya sekali
julung kali dikecap
harga bukan sesen
nilai bukan lelong
ah, kau tak mungkin faham!
ini antara aku dan dia
janganlah dia benci
aku yang tak beradab
aku rayu kemaafan
aku damba keampunan
aku pohon janganlah
kerana mazmumah
binasa iman
hancur ibadah
musnah pegangan
masih adakah lagi
senggang cinta itu
buat abdi
yang cela ini
-sihinayangdahagasayang-
di sumbat dalam
aku bukan aku,
my writing
2 komen disini:
ape ni ape ni??
puisi cinta kah??
balqis: haah
puisi cinta agung
Post a Comment