Hamawi Ya Mis Mis - Gambus
lagu kat atas ini lagu yang ayah nyanyi tu. masih nak tergelak. jauh betul lagu ini merantau.
assalamualaikum wbt
hari ini saya tiada kelas. semalam jam 12 buat surprise untuk birthday nor. saya tidur dulu. sebab balik dari diskusi tentang proposal penat sangat. nazi kejut untuk pergi rumah nor tengah malam semalam.
hari ini ambil hamper dah siap. hujan pula. pergi dengan amal dan nor. kasihan birthday girl itu. hujan pula. kamu bermandi hujan lah petang itu. terima kasih nor!! [mata berkaca - terharu]
saya cuba dengar lagu lama-lama. lagu kegemaran ketika sekolah rendah, sekolah menengah, kolej. buat saya teringat suasana, memori dan perasaan yang sama macam dulu. bunyi pun boleh trigger emosi memori lalu. saya suka dengar lagu saya dengar dulu sebab saya suka ingat perasaan dulu. entah kenapa.
kadang-kadang saya bayangkan saya tidak bersekolah asrama ketika tingkatan satu, mungkin saya akan lebih rapat dengan adik-adik, lebih reliable, cepat matang, rapat dengan ibu bapa lebih daripada sekarang.
kadang-kadang saya terfikir. waktu itu bukan umur yang sesuai untuk saya berjauhan dari keluarga. mak pernah cakap yang saya lebih manja dari adik-adik. dan saya rasa, saya membesar dan berfikir banyak belajar dari kawan-kawan berbanding keluarga. saya terfikir, kalau saya tak ke sana, pasti saya lebih aktif, lebih matang, lebih kuat, lebih bertanggungjawab.
secara jujurnya ada perkara-perkara yang saya lakukan di sana yang saya tak berapa suka. saya selalu terfikir kalau saya boleh pergi ke masa lampau. saya mahu ubah semua. tapi semua itu tak mungkin. bukankah saya patut menganggap ini satu nikmat. pengalaman itu satu nikmat bagi mereka yang bersyukur.
Allah telah aturkan hidup saya begini. hadapinya. hayati. bersyukur. berfikir. semua ini ada sebab. kalau tidak, saya pasti tak berfikir. tak belajar. silap mengajar. untuk lebih kuat. beringat untuk hadapi perkara yang lebih besar.
sekarang saya perlu reset semua. berbalik kepada diri. belajar. adapt dengan apa yang telah ditentukan.
ahh..kenapa perlu fikirkan ini semua. berhenti sekarang.
ternampak status : berapa ramai antara kita semua...umpama bunga ingin kembang segar...namun tak jadi...
*straight face*
p/s: terharu sangat. dapat juga makan ice cream. letak status teringin makan aiskrim. tiba-tiba ada orang bagi. kalau saya letak teringin nasi briyani rasanya boleh dapat tak?
p/s 2: esok kena gerak 630 pagi untuk program biro.
p/s 3: saya rasa tak best emo semalam. maaf. mungkin sebab bari bangun tidur. mood swing sikit. buat saya berjalan sampai ke gerbang sukawening, terserempak dengan anjing, tengah malam sejuk. ini mungkin biasa saja. tapi mood tak berapa baik, saya rasa nak mengamuk. maaf kawan. [ingat: marah lebih tunjuk kelemahan berbanding kelebihan]
p/s 4: buat kuiz di facebook yang kadang-kadang buat saya tergelak. oh ya nanti saya cerita macam mana bunyi juga merupakan cara untuk mengingat.
p/s 5: saya tak boleh teruskan penulisan sebegini. sangat-sangat songsang dari tujuan sebenar saya. maaf.
0 komen disini:
Post a Comment