Thursday, 2 April 2009

hamper


kenapa saya masuk kelas bahasa sunda? sebab di bandung ini kebanyakannya orang berbahasa sunda. tahu? bahasa ini sangat sukar di fahami. dia ala-ala bahasa thailand+bahasa filipina. saya rasalah. mula-mula amal tiba-tiba saja kata sudah masukkan nama. saya takmo join sebab dia macam kelas tuisyen berbayar. haih~ tapi layan~ je la amal tu.

tahun klinikal saya nanti saya akan berjumpa pesakit yang berbahasa sunda. itu jangka masa panjang. masa terdekat ini saya perlu ke sekolah rendah berjumpa kanak-kanak di sana dan memberi pendekatan tentang penjagaan gigi, terangkan tentang karies dan sebagainya. kan kanak-kanak senang rosak giginya. kenapa ya?

tadi balik dari kelas, saya ke jatos. saya perlu uruskan hadiah untuk program biro minggu ini. mula-mula saya tanya jaga [satpam] dekat kaunter pertanyaan tentang hamper. ada tak perkhidmatan pembungkus dan segala. tapi satu pun jaga tu tak faham apa saya kata. langkah mudah katanya tiada. saya tak puas hati. dengan amal, kami cari orang yang nampak seperti manager di situ. saya pun berputar-putar ayat nak cakap pasal hamper berapa nilai untuk hamper semua. tiba-tiba dia kata, saya boleh berbahasa inggeris dengannya. nampak sangat dia tak faham saya cakap bahasa melayu

aaaaaaargh~~~~~~ amal kata saya bukan cakap bahasa indonesia standard tapi saya cakap macam cakap biasa. masalahnya saya rasa saya dah speaking habis bahasa sini. ciskek! orang tu pun panggil bincang kat office dia la sebab saya kena explain banyak dan beberapa hamper dan deposit semua.

sebenarnya dah malu. my english is not very good but i can understand a bit. hah~ orang tu cakap la. penat je reka ayat nak explain pasal hamper. somehow nasib baik amal ada. malu sebab beriya-iya cakap bahasa melayu pun orang tak faham.

balik tu saya pun buat kerja-kerja biasa. buat tugasan kakak usrah bagi sementara jueann balik kelas bahasa sunda.[jueann kelas dia lain sebab dia medic. jadual kami berbeza.] dah janji nak masak sama. bau asam pedas tu macam bau asam pedas style emak etty masak masa darjah enam dulu sebab dia macam asam pedas tapi ada bau kari sikit. [memory bau]. jueann puasa. lepas tu terus pergi diskusi untuk proposal projek kami untuk ke sekolah rendah itu. banyak juga benda kena buat. tak kesah lah. macam menarik. tapi risau juga. bimbang kanak-kanak itu tak faham saya cakap lah. [saya dah berlatih cakap bahasa ini dengan mak cik jual nasi kuning :)]

tadi dalam perjalanan balik, beli ais untuk jueann buka posa lepas tu ada orang buat kenduri. warna langsir-langsir khemah warna hijau [cuba uji memori dengan warna]. lagu yang dia dendangkan lagu arab yang ayah pernah nyanyikan masa saya kecil dulu [memori dengan bunyi] "hamawi ya hamawi ya mis mis" -taktahubetulketak- tapi nak tergelak dengar sebab macam kebetulan pula. lagu itu lagu yang lama dulu saya dengar.

malam ini perlu ke rumah kamyaw untuk diskusi lagi. hohoho~ saya baru perasan yang memori saya suka ingat benda lama. tapi, saya suka lupa apa saya nak cakap selepas beberapa saat dipintas oleh sesiapa. atau pergi dapur lepas tu lupa nak ambil apa. camtu la. hmm hmm.. harap boleh improve. kena usaha lebih! buku itu kata dalam masa 7 hari dapat melejitkan daya ingatan otak. apa? melejitkan? tak dapat cari sebab dah cek dalam kamus DBP online takde pun.

abdi ngahatur nuhun keun ka anjeunna..apa maksudnya?



Perry Como - Catch a Falling Star.mp3 -

p/s: tak boleh set masa sebab dah azan tadi setop menulis.

p/s 2: tak siap kerja kakak usrah bagi lagi.

4 komen disini:

jueann^^ said...

cik yan
thx..thx sgt2..


ann yg polite

Balqis Riza said...

yana yunk..
mau nama teman2 kamu yg bakal nolong sewaktu merentas desa ya..hehehe
*aku speaking indonesia nii*..hehehe

Liyana said...

jueann: sama-sama. ;)

Liyana said...

balqia: dah amik nama dah..huhu~