Wednesday 1 April 2009

masa itu emas


salam!

hari ini saya bangun jam 4. terbaca blog ustaz zaharuddin. saja. mencari bahan bacaan selepas santapan rohani sebelum mulakan belajar. satu cebisan ayat yang ditulis

Setiap pemilik blog sememangnya bebas untuk memuatkan apa jua coretan dan gambar yang mereka sukai, namun mereka juga WAJIB bertanggungjawab untuk meemastikan entrynya tidak menggalakan pembzairan waktu dan masa diri sendiri dan pembaca tanpa mesej jelas. Selain itu, WAJIB pula dijaga dari sebarang komen buruk dan negatif terhadap Islam.


maknanya di sini saya mempunya tanggungjawab yang besar untuk sesiapa yang tersesat di sini. teringat shahadatul haq. tulisan al-ustaz abul a’la al-maududiy. tanggungjawab bagi sesiapa yang telah bersaksikan atas kebenaran dan faham apakah yang telah di ikrarkan setiap hari.

tadi saya pergi kelas, exam balik. belajar. esok pergi kelas lagi. macam cycle setiap hari. hmm iya lah. hari ini macam tiada apa yang menarik saya lakukan. ahha, tadi saya pergi makan di kedai makan soto. best la juga. terjumpa seorang makcik pengamen. saya kasihan betul tengok dia. kadang-kadang terfikir juga. di sini tiada rumah orang-orang tua kah? di mana anak-anak mak cik ini? teringat tok saya yang dah tua. pernah sekali. saya tak bawa duit. ada sekeping 100 rupiah saja. saya bagi je la sekeping tu. tapi mak cik ni macam sangat gembira. berkali-kali berterima kasih sambil tersenyum cakap alhamdulillah segala. walhal kalau diikutkan 100 rupiah macam tiada nilai bila di convert kepada duit ringgit. adoiyai!~ tersentuh. ini lah hikmah berada disini. supaya sentiasa beringat dan bersyukur dengan apa yang ada.

bila saya fikirkan kembali, aktiviti harian saya setiap hari adalah biasa. fikir-fikir balik, adakah ini yang kita mahukan? aktiviti yang biasa, cita-cita dan matlamat yang biasa, akhirnya bertemu mati yang biasa seperti manusia biasa lalui. adakah ini tujuan kita dihidupkan? hidup, jalan-jalan di atas bumi. kemudian nyawa di tarik.

pernah tengok video pasal robot? tak jumpa dah di youtube. tapi ambillah ini sebagai renungan bersama.



saya terjumpa satu blog tulisan kanak-kanak yang saya rasa malu pula. sebab dia boleh tulis sesuatu yang bermanfaat, tentang islam dan sebagainya. kalau saya hanya tulis tentang kehidupan harian saya yang biasa-biasa yang tidak memberi manfaat kepada orang sekeliling. memang segan la. klik a muslimprincess

comel.

tapi okay je saya nak tulis untuk diri sendiri untuk improve memory. tapi macam mana ya nak buat supaya penulisan ini tidak membuang masa orang lain. [kenapa banyak sangat tapi ni]

okay lah. saya mahu buat kerja lain pula.

p/s: internet sekarang ini seperti siput. mungkin siput lagi laju

p/s2 : tak suka dengan orang yang ada ethic tapi tiada moral

p/s 3: status ym yang agak memalukan. status juga memberi peranan dalam memberi contoh [saya rasa]

p/s 4: mimpi pasal ikan paus dan surah pasal nabi nuh. entah kenapa dalam mimpi tu saya takut sebab gelap. [terpengaruh baca blog yang cerita pasal ini -mungkin sebab baca sebelum tidur]

p/s 5: tanak betulkan sebarang kesilapan ejaan. rasanya dah guna banyak masa untuk entri ini.

tulis: 42 minit.

akhir tulis dengan senyuman :)

4 komen disini:

jueann^^ said...

yana obses~

tp knape dgn sipot..

[sdg mdgr lgu2 slow yg dputarkn dr laptop yana]

adekh tuk mhilgkn stress? =p

ann yg polite

Liyana said...

siput itu comel..^^

lagu slow hilang stress..maybe la kot..

cik ann..pi tido la..~~~

jueaNN^^ said...

wes,
1 st tyme ko pggil ak cik ann
heheh~

ann yg polite

Liyana said...

saje layan~

kang kata aku reveal identiti sebenar pulak... ^^