Sunday, 12 April 2009

pentas dunia



hari ini saya melihat dunia seperti pentas teater. pelbagai ragam manusia. pelbagai karakter. saya bukan melihat diri saya sebagai watak dalam adegan semua ini. tapi hanya sebagai pemerhati.

macam drama atau teater pentas. semua seperti punya karekter tersendiri. saya senang menjadi pemerhati berbanding turut serta dalam drama ini. sebab? dengan memerhati, saya dapat melihat dengan perspektif yang lebih jauh. kalau kita berada dalam drama. kita tidak nampak di mana silap. dimana cela, di mana aib yang kita lakukan. "terasa macam aku betul" tapi yang memerhati akan nampak betapa keanak-anakannya kita ini.

macam dalam muqaddimah fi zilal tulisan syed qutb. manusia yang punya rasa ingin memiliki segala di dunia ini ibarat jiwa kanak-kanak.

ada yang punya 'besar kepala' sendiri. hanya diri ini yang betul. melepaskan kemarahan, di mana saja yang tidak betul. memboikot sesiapa yang tidak sekepala.

terasa macam tak matang. tapi saya kena cepat-cepat ingat juga, kadang-kadang saya juga boleh bertindak tidak matang tanpa di sedari.

yang suka memerli sinis juga. menulis di status di mana semua orang boleh membacanya. siapa yang makan cili pasti akan terasa pedasnya. tapi kalau orang itu memang imune dengan pedas. tak peduli lantak. apakah?

ada yang suka buat bising. tapi dalam sudut hatinya. bersedih. sengaja menarik perhatian dan berlagak gembira yang melampau. mengubat hati yang sepi. saya nampak itu. sebab saya kan pemerhati.

ada yang hanya berdiam di gua sendiri. tak peduli di sekeliling. buat apa? "asalkan aku bahagia dengan hidupku."

ada yang sangat berbangga apa yang dimiliki. ada yang berendah diri sampai tiada siapa yang tahu apa yang dimiliki.

ada juga yang suka menghebahkan kehebatan diri. ada yang pemurah berkongsi tentang keluarga. ada yang senang menjadi seorang perahsia.

ada yang hanya memikirkan kegembiraan dan keseronokan. selagi hayat di kandung badan. buat lah apa saja selagi boleh. nikmati kehidupan ini selagi belum sampai waktu akhir hidup!

ada yang tidak boleh hidup tanpa teman. tidak boleh bersendiri.

ada yang mengutuk kaw2 atas kesilapan dan keaiban orang lain. berkata tentang betapa berdosanya seseorang itu atas apa yang dilakukan dengan kata-kata kasar. terlupa yang Allah memegang hati setiap manusia. terlupa yang hati si pemilik lidah yang mengutuk juga Allah boleh ubah. manusia. suka menghukum. tapi terlupa melihat diri.

saya rasa scene ini agak manis apabila orang yang wataknya seorang yang hanyut tiba-tiba berubah ke arah baik dan mula belajar. saya terharu dan tersentuh.

jadi, awasi lidah sebelum ia menghiris. benarlah satu peribahasa melayu. terlajak perahu boleh di undur. tapi kalau terlajak kata? bukan mudah untuk membetulkan keadaan yang dah di kacau bilaukan oleh lidah.

bila lihat ini. saya nampak yang kita menghukum seseorang, tapi adakah kita membawanya kembali ke pangkal jalan. sekadar mengumpat dan mengeji. apakah kita dan orang yang di hina itu dapat? kosong. sakit hati di tambah dosa.

bercakap memang senang, bagaimana dengan tindakannya? dengan memerhati, mudah untuk menghukum. ingatlah layakkah kita ini sebagai penghukum?

orang yang tidak taqwa
menyuruh orang lain untuk bertaqwa
sama halnya dengan tabib
yang mengubati orang lain
sedang dirinya sedang sakit

-abu mu'adz Ar-Razi-

seronok juga. saya selalu terfikir. kalau ada pemerhati macam saya sedang buat ini tengok saya buat perkara-perkara yang entah apa-apa, sama juga. pasti orang itu tergelak dengan ragam kebudak-budakan saya. kadang-kadang saya hilang punca. adakah tindakan saya ini betul, salah? keliru. saya ambil langkah menjadi pemerhati. sekiranya saya bertindak begini atau begitu, saya boleh nampak. di mana silap atau betul.

macam yang saya kata sebelum ini. "aku menulis, dengan melihat hidup". melihat-belajar. perjalanan masih jauh. banyak lagi saya perlu belajar untuk menjadi lebih matang. kita tidak tahu senggang masa yang tinggal.

i prefer a short life with width to a narrow one with length" -ibnu sina-


manusia memang banyak ragamnya. kalau di tulis satu buku setebal buku physiology tortora pun tak habis.

dan yang pasti saya perlu ingat, sebagai pemerhati, saya juga sedang di perhatikan. DIA memerhatikan saya.

p/s: tulis pada 10 april. baru publish

p/s2: hello..hari ini ada match! saya sangat gementar. harapnya tangan OK. semalam dah tuam. datanglah sorak!~ [nervous-rasa mcam nak termuntah]

p/s3:breakfast roti dan tuna. jueann bagi. aaaa~~ nervous lagi.

p/s4:dah kecilkan hati abang sebab cakap dia suka buat mak marah. sorry. :(

25 komen disini:

流浪汉 瑜伽 Yoga Tramp said...

nice blog n background, how to make it huh?
hai friens u r welcome to my blog,thk

BaLQis said...

aku sgt suke post yg ni..
deep...=)

~*puding caramel*~ said...

BaLQis : he he..thanks. balqis, be tough!!!

BaLQis said...

haha..u mean psl my crush tu ke??
dont worry..sikit je ni~ hahaha

btw, aku di golongan, menggunakan ayat utk meluahkan hati n utk sindir org~
org yg aku sindir tu kdg2 terasa..tp dorg tak buat pape utk berubah..huhu
apakahhh~

~*puding caramel*~ said...

ha ha..tu maknanya dia sudah immune dengan rasa pedas.

yang crush itu kan..tahu..ko memang tough~~~

BaLQis said...

haha..tough kerana, org kate, 1st cut is the deepest~huhu
anda faham??

btw, entry atas tu psl apa??
apsl cannot komen??
bile nye ko kwn ngn makcik cikuda??
aku tak pahammm..haha

~*puding caramel*~ said...

ha ha..got it. 1st cut is the deepest..so, d next cut is not as painful as the first one. betul ke eh?

ko jgn main. dulu kan aku tinggal kat cikuda. hebat wo makck tu main volley. pastu ade skali tu ak nk pi green castle pastu ade anjing pastu aku da la anti anjing pastu dia la yg halau anjing tu. ha ha~

tak boleh komen sebab tu ckp ngan diri sendiri. kenangan yang agak memalukan aku rasa.

BaLQis said...

ya betol!! 100% utk liyanaa!! hahaha
so, aku takde la frust sgt2..wpon ade la frust skit..
mybe sbb aku ni jrg n ssh nk suke org tbe2 tersuke tbe2 kecewa, so gile la sket..hehehe

fuyooo..hebat makcik tu!! hahahaha

ko mng tak td??
alaa lek la..
klh mng adat la~
memalukan???
amk as pengajaran la~

afiq aka gitar heroes said...

two thumbs up for this post,aku rase kite boleh pilih kalau nak jadi pemerhati atau jadi watak dalam drama tersebut...tp kadang2 secara tak langsung kite bole termasuk kedalam,tulaaa die manusia....tp aku setuju laaa sgt2 dgn post yg ni,lebih baik jadi pemerhati ditepi =)dari watak utama

dibby bus-bus said...

salam yana..
bgus mnjadi pemerhati..
byk kite bley blaja dgn org di luar..utk muhasabah diri..
bkn sje memerhati manusia..tp kita di galakkan memerhati alam ciptaan Allah yg tiada cacat cela ini..
smoga kasih dan cinta pada-Nya mkin kuat..

ko mmg pndi mnulis la yana..huhu
mmg klu tulis dr hati tros msuk ke hati..
smoga mnjdi iktibar kpd yg mmbace..

BalQis said...

macam dalam muqaddimah fi zilal tulisan syed qutb. manusia yang punya rasa ingin memiliki segala di dunia ini ibarat jiwa kanak-kanak.

Yer, betul!!!

Saya suka entri ini, selalu rasa nak tulis camni, tapi takder kekuatan, hehe...

match apa? badminton eh?

Anyway, good luck n all the best!

nurul amalina said...

hi liyana. tingkatkan daya usaha untuk jadi pemerhati terbaik! :p

~*puding caramel*~ said...

balqis: kalah kaw2 nye kalah..aaaa~~~ teringat baalik frust gak.. tapi mak aku kate, kalau belatih 4 thn boleh a nk sedih. tp klu belatih stakat bape lama je xyah a sedih..huaaa~~~~ he he~

~*puding caramel*~ said...

afiq aka gitar heroes: thanks. ada baik ada buruk. aku rasa, kalau kita takde dalam scene tu, kita takkan rasa pengalaman. ^^

~*puding caramel*~ said...

dibby bus-bus: betul dib, selain manusia. kita juga boleh memerhati dan menghayati alam ciptaanNya ini. macam surah demi matahari~~ hee~

terima kasih dib. :) harapnya menulis dari hati sampai ke hati..

~*puding caramel*~ said...

kak balqis: terima kasih. kadang-kadang saya terfikir, terlampau berani menulis kadang-kadang boleh menimbulkan salah faham. risau juga sebenarnya. he he ^^ tapi yang ini ok kot kan?

match volleyball! :)

thanks ^^

~*puding caramel*~ said...

nurul amalina: hi amalina. terima kasih atas sokongan anda. andalah inspirasi saya :p

jueann^^ said...

location: bilik saye
time: x ingat exactly time..
agenda: kamu bckp mgenai pentas dunia ini^^

yana..
sume antre kite adelah pmerhati dan mgkn mjadi pelakon d pentas itu sndri
manusia..mmg x lepas dr mlakukn khilaf kan..
rse kalo bole putar balek mse mmg x nk ah wat mnde2 yg memalukn or yg salah..
pastu bile rse gembira,
kdg2 smpai tlupa n tleka..
mnde yg same berulang setiap ari..
script dialog scene sume nk ampir same..
mmg pentas btol la dunia nih..
dh tuh je nk ckp..nnti smbg ag..
dinner jom~

cik ann polite kn?

~*puding caramel*~ said...

jueann: he he..masa itu dah tulis post ini dah tapi belum publish.

he he betul2~ sebab itu kadang-kadang kita trylah cari perkara luar biasa. he he..

jumlah makan. apsal ketuk pintu senyap je. dah tidur ke?

joegrimjow said...

nak komen entry atas
hehe

-pk yg positif je

donutcokelat said...

aku pon selalu berlakon jadi yang suka berlagak2 happy tu.

~*puding caramel*~ said...

joegrimjow: entri itu tidak boleh komen. he he

~*puding caramel*~ said...

donutcokelat: sesetengah manusia selesa begitu. mungkin tidak mahu terzahir lemah. ^^ donkelat, happy kan dirimu!!!!

hansuke said...

salam.

rasanya. jadi pemerhati lagi baik. sb kita akan belajar banyak benda dan dapat membantu kita tuk perbaiki diri dan berhati-hati pada masa akan datang.

kerenah manusia pelbagai. nak caci pon Tuhan punya kerja. kita hanya mampu melihat dan menilai yg baik atau buruk. siapa kita tuk menghukum mereka-mereka yang lalai. doa diiringi setiap kebaikan. tuk kita lebih dekati Tuhan pencipta segala alam

~*puding caramel*~ said...

wsalam. mula2 rasa macam bila pemerhati, macam boleh buat kita jadi judgmental kepada orang lain.

baru perasan, Tuhan punya kerja.