Saturday 11 April 2009

..


ini adalah entri biasa-biasa.

sekarang ini saya baru saja pulang. apa pun, saya nak laporkan. pagi tadi saya pergi latihan bola tampar. dan ini merupakan sukan yang paling saya suka sejak sekolah rendah. sukan yang paling jauh saya pergi. tapi di sekolah menengah tiada sukan ini. agak mengecewakan.

lepas itu saya terus bersiap untuk ke merentas desa. saya melakukan banyak kesilapan. saya harap balqis tak marah saya. saya di tugaskan untuk menanda nama peserta yang sampai ke garisan penamat dan peserta harus sertakan kertas kecil berwarna. tapi ada seorang peserta sudah sampai tapi tidak melaporkan diri kepada saya dan tidak menunjukkan kertas berwarnanya. kata kawan-kawannya beliau terus pergi solat asar selepas berlari. hebat bukan. tapi saya serahkan keputusan kepada ketua kami. tengoklah nanti macam mana.

lepas itu saya ke jatos untuk membeli barang makanan untuk masak. dan terus pulang. penat juga sebenarnya. saya terus hubungi emak saya. dan mak kata, "tiada siapa pun wish anniversary mak dan ayah tahun ini"

ya Allah, liyana lupa!! setiap tahun saya pasti akan wish. tapi tahun ini saya pun tak tahu kenapa. saya noted birthday eika 10 april. [HAPPY BIRTHDAY EIKA!!] anniversary pada 9 april. aduh, tahun ini saya lupa. mak saya tak kisah tapi dia kata, dia juga pelik saya selalunya ingat. padahal setiap hari saya call. hm, mungkin 9 april itu saya tidak call agaknya. saya lupa.

sebenarnya saya tak berapa berpuas hati dengan permainan saya kali ini. mungkin sudah berkarat. tangan juga sudah bengkak. malam ini rasanya kena tuam dengan kain air panas. tapi tak kisahlah sikit saja. yang penting perlu polish lagi permainan. dan saya sangat teruja. ya Allah, tolonglah surutkan bengkak tangan ini. saya mahu main.

saya juga sudah hitam sebab berlatih sampai tengah hari. berenang pun tak burn begini. ha ha. tak pelah. nampak tough sikit [eh, ye ke?] malam ini mahu jumpa buah hati selepas waktu isyak. juga, saya perlu stay up malam ini untuk siapkan proposal untuk dental health promotion di sekolah rendah nanti. coffee please!

okay. itu saja. saya sebenarnya sangat-sangat penat. tapi satu kata-kata mengetuk saya;

saat aku lelah menulis dan membaca
di atas buku-buku ku letakkan kepala
dan saat pipiku menyentuh sampulnya
hatiku tersengat
kewajipanku masih berjebah
bagaimana mungkin aku berstirehat?

-imam An Nawawi-

-keyboard off -solat-

[entri takboleh komen]