Wednesday, 22 April 2009
goyah
kepercayaan
kesanjungan
kehormatan
jangan sekali digoyah
bukan mudah menahan rasa
bukan mudah silap di gilap
bukan mudah khilaf di maaf
kerana manusia bukan sempurna
namun ia bukan dalih
kerana kau manusia
maka salah itu benar
jangan
langit berkelikir, bumi bertemberang,
salah-salah fikir menjadi hamba orang
jangan
bila hati sudah letah
bila percaya sudah ranah
dan bila sanjung turut rebah
baru sesal tidak bertempat
sakit menimpa sesal terlambat
p/s: assignment siap! harap-harap cikgu berpuas hati. lab partner, good job! semoga Allah permudahkan segalanya.
p/s2: rindu sahabat2 di sana [klik]
p/s3: tak faham? sometimes, something is better left untold.
di sumbat dalam
aku bukan aku,
my writing,
racau hati
6 komen disini:
Suka ayat ini,
kerana kau manusia
maka salah itu benarTidak tahu tafsirannya yang mana;
kerana sbg manusia, salah itu memang sifat fitrahnya
ATAU
kerana manusia sering menganggap yang salah itu memang benar.
Ah, puisi! Hanya yang menulis sahaja yang tahu!
kak BalQis: maksudnya, kerana manusia dianggap tidak sempurna, maka silap itu akan sentiasa menjadi betul
senang untuk orang membuat silap kerana ketidaksempurnaan itu menjadi alasan.
thanks for dropping by ^^
Salam,
Saya seperti mengenali saja bunyi rangkap ini..
"langit berkelikir, bumi bertemberang,
salah-salah fikir menjadi hamba orang"
Bukankah lagu kumpulan Jawaher?
akhi farid rashidi: waalikumussalam,
oh, saya tidak pernah mendengar lagu itu sebetulnya.
rangkap itu sebenarnya satu peribahasa melayu. ^^
Suka sajak ini. Cantik irama gabungan nadanya.
sangmentari: terima kasih ^^
Post a Comment