Thursday 14 May 2009

1515


gila semangat sungguh. baru balik dan masih berbaju kurung.

saya dah berjaya habiskan buku 1515 tulisan faisal tehrani. habiskan secara marathon sebelum lecturer orthodontic masuk tadi. uish buku ini dikira macam best. saya bawa kemana saja. baca di atas bas atau di mana saja. heh. tapi buku ini bagi saya agak berat untuk difahami secara santai sebab ia mempunya latar masa dan tempat yang berbeza-beza. nama watak juga ada yang sama. jadi saya sedikit keliru.

ada unsur sinis dan teguran tentang orang melayu zaman pemerintahan melaka dan kini.

di akhir cerita. di kisahkan bagaimana nyemah mulya [watak utama] meninggal. serupa macam kisah hadith ghulam yang diceritakan dalam surah buruj. kisah seorang ghulam. (rujuk: klik)

cerita ini ada yang macam betul dan ada yang macam lain. saya hampir percaya kepada sejarah yang di fiksyenkan dalam tulisan ini. iyalah. sebab, tentang bagaimana alfonso de alburquerque dengan askarnya menyerang melaka yang ketika itu rakyatnya hanya sibuk dengan hiburan. siap ada tulis sikit ayat-ayat suratnya. ada lagi buku rujukan sejarah kat nota kaki kecil ditulis di bahagian bawah muka surat.

hati saya menjadi panas bila baca part yang bagaimana askar portugis menyiksa dan menindas rakyat melaka. gadis-gadis dicabul kehormatan. ahhah, ini tak ada dalam buku teks sejarah. dan yang paling penting, tujuan utama mereka adalah untuk menyebarkan agama katolik di sana. selama ini belajar sejarah ingatkan motif utama adalah kekayaan, kehormatan dan akhir baru agama. (Gold, Glory, God -sejarah sekolah menengah eheh)

okay saya dah hampir percaya lagi. ini yang susah bila orang yang cepat percaya baca buku sebegini. mudah terpengaruh.

tapi yang agak saya tak berapa nak percaya. nyemah ini boleh berjalan di atas air, terbang-terbang ketika berlawan dan beliau boleh mengarahkan jin untuk membantunya. okay. ini tak percaya.

kesimpulannya. ia fiksyen. tapi disebabkan saya nak dekat percaya, saya search, adakah nyemah ini benar-benar wujud? oh, saya tak dapat jawapannya. mungkin ya. mungkin tidak. sesetengah source kata, beliau telah dihilangkan dari sejarah. tapi entahlah. source internet. boleh percaya 100% kah? banyak part yang selari dengan sejarah yang dipelajari di sekolah dulu. nina chattu yang membelot dan segala.

okay2 ini fiksyen lah!!! ya ALLAH....haih..

lama betul nak habis buku ini. curi-curi masa nak baca, tapi dah habis yay! ini pertama kali baca buku tulisan faisal tehrani. saya suka part yang macam sinis macam dikatakan kedatangan albuquerque yang memusnahkan kegemilangan melaka sama seperti kedatangan cucu genghis khan, iaitu hulagu khan yang menjatuhkan kegemilangan abassiyah. Lisbon tanah air albuquerque ketika itu sangat kebelakang di bandingkan melaka.

yang tak sangkanya, alfonso ini kan, jam bandul kepunyaan sultan melaka pun tak tahu apa benda. aduh, kasihan. sedih mengenangkan melaka dikalahkan dengan bangsa yang agak terkebelakang. tapi ada matlamat. iaitu menjatuhkan umat nabi muhammad [apa?!]. berapi saja.

(tak tahu betul ke diorang ini betul2 tak kenal teknologi ke tak. ini kan buku cerita. dalam buku teks sejarah tak tulis pun pasal ini)


tapi, bila rakyatnya dan sultan dah sibuk dengan keduniaan dan tidak ambil tahu dengan perkara utama, melaka semakin lemah

kata de sequeira, meski Melaka itu sebuah negeri yang kuat dan kaya, tetapi mereka bangsa melayu, bangsa paling alpa di dunia. mereka juga tidak mengingat sesuatu dengan lama. maka antara tahun 1509 sehingga 1511 tentu sahaja mereka tidak membuat apa-apa persediaan memandangkan orang melaka itu gemar amat menggelek buntut menari joget ronggeng, melentik jari-jemari berinang berzapin, berpantun berdondang sayang tergedik-gedik tanpa mempedulikan hal-hal lain di dunia ini. kerana itulah mereka bodoh dan tidak akan dapat menewaskan portugis.
[m.s 59-60]

sinis bukan?

kesimpulannya sejarah mengajar kita supaya ambil pengajaran. belajar dari sejarah. hayati sejarah. jangan biarkan sejarah lampau berulang. seperti tamadun abassiyah dijatuhkan monggol yang tidak tahu membaca.

di mana silapnya?

p/s: pinjam buku ini dari izza nizawa. balik kelas terus bukak laptop dan menaip ha ha. semangat! lagi 4 buku menyusul. tak sabar!

p/s2: penat betul hari ini. ada lab, lecture, lecture, lecture. uish kena siapkan report hari ini juga! esok daurah yay! rindu kalian

p/s3: bye. nak buat kerja lain. wah, entri ini di tulis dalam masa sejam. hebat! kalau ada kesilapan ejaan, faham-faham sajalah ya.

18 komen disini:

ibnu yazid said...

nantikan buku 2020..hehe

Balqis said...

Liyana!!!

Salam,

Bestkan buku ni? Akak pun sama macam kamu, memang seprauh percaya, tambah2 nota kaki cakap prof nyemah mulya meninggal sebab rumah terbakar, kan? lepas tu, sejarawan tu pun namanya realkan? Ya, Tuhan! Faisal tehrani memang hebat. ramai yg memprsoalakna tentang kebenaran kisah ini, tapi tahu apa dia kata? Carilah sendiri, dia tak mahu beritahu. Part paling best, konon2 nyemah mulya ke sepanyol tawan sepanyolkan? Dan malah ada perkampungan melayu di sana, huhu...

Pasal yang dia berjalan atas air dan terbang2 tu, mungkin nyemah mulya ini termasuk dalam golongan karamah, yakni yang mendapat pertolongan ALlah, hampir kepada tahap wali2 jugalah... begitu. Dia kan anak guru Quran kan? Banyak ilmu yang dipelajari dari ayahnya...

Apa pun, buku ni memang best!!! superb! lepas saya baca, memang saya pun cari juga nyemah mulya kat internet ni, tapi mmg takdelah kan... huhu...

congratz sebab berjaya habiskan. memang berat buku ni, huhu... antara realiti dan fantasi, yang mana betul dan tidak, memang kena fikir dan beza2 kan sendiri, huhu...

NiZaWa^^ said...

hebat yana!^^
huhu~
ak pon lom abis bce buku nie..^^

p/s:ak kian dihambat waktu..huhu~caiyok2!!!(buat ak n kamu)
hehe..'kamu' ^^

Liyana said...

ibnu yazid: ha ha tunggu dan lihat :)

Liyana said...

BalQis: Kak Balqis!!!!

he he memang saya juga banyak part dah macam ragu dengan sejarah yang kita belajar. pasti penulis membuat kajian betul2 deep untuk tulis buku ini. ha ha same, cari nyemah ini wujud atau tak..dalam ini ada cerita macam mana ketika kelahiran nyemah dah ada tanda2 yang dia ini seorang yang penting. jarang wanita di jadikan hero dalam cerita. tapi buku ini perempuan ini karamah dan bijak. saya cuma doubt pasal dia deal dengan jin semua itu tapi Allah saja yang tahu.

yang di spanyol itu, ahha saya suka juga part itu yang ada istana dan perkampungan yang dah diislamkan. hebat.

antara realiti dan fantasi. argh tensyen juga sebab tak boleh tahu kebenarannya. ini pertama kali baca tulisan beliau. jadi saya masih cuba adapt dengan cara beliau menulis dan garap. nak ikut flow dia. somehow untuk buku pertama, saya rasa banyak teguran yang cuba di sampai kan dan dicuba menguji minda pembaca. huhu

xboleh baca dengan santai..berat juga. tapi berkesan... he he :)
tunggu buku kedua beliau. sebab turn pinjam buku itu tak sampai lagi. yang tajuk "nama beta sultan alauddin"..[pinjam je]

cant wait ^^

Liyana said...

Nizawa ^^: ha ha sebagai pelajar perubatan yang sivic dan agak nerd. kamu tak keluar bilik dan belajar case yang 32 itu memanglah tak sempat. uish sibbaik aku tak ambil medic. tak tahu sempat ke tak membaca buku2 macam ini. tapi best juga sebab baca curi2 masa..before tido la atas damri lah..ha ha tapi lama juga nak habiskan..apa pun thanks to u..eh, nnti dah sampai turn aku buku lagi satu gtau ehh..

cik ada said...

wahhh...betape ku skt ati membc kate2 so de sequeira....tp ble pk cm ade benarnye....melayu yg semakin meLAYUUUUU...

Liyana said...

cik ada: betul tu. tapi apakah solusinya.. melihat dan mendengar saja pun sama seperti semua. untuk ubah tanggapan itu. bermulalah dari individu.cewah.

Anonymous said...

study lagi penting! boleh la baca ketika santai. tq.

Liyana said...

anonymous: baik mak. ^^ yana akan baca ketika santai sahaja tanpa menganggu pelajaran..insyaAllah.. wuwu~

pencinta bahasa said...

salam taaruf dan salam ukhuwwah..
saya sentiasa mengikuti karya Faisal Tehrani..buku 1515 ni memang best..baca masa umur 14 tahun..Alhamdulillah dapat memahaminya dengan baik cuma tak sempat nak habiskan sebab buku tu dipinjam..

dolat said...

aku sempat baca beberapa muka surat masa dalam damri.
huhuhu~
berat
aku rindu kamu.
td br nak ajak makan nasi padang.
lupa kamu g daurah

Liyana said...

pencinta bahasa: salam takruf dan salam ukhuwa.
ahha. sudah baca sejak 14 tahun? wah. kagum. saya baru mahu berjinak2 dengan tulisan beliau. apa pun buku ini banyak memberi inspirasi.

Liyana said...

donutcokelat: hehe yang masa kita tukar bahan bacaan itu kan? aku baca matsurat ko bace buku yang aku bace. hehe..oklah kut. aku tunjuk part2 ayat2 die yg best kan.
weh rindu pulak nasi padang. aku dah balik! jum pegi makan. esok la yang pasti lalalala~ argh lab esok. tak tahu sempat ke x. alih2 singgah makan kat sake pula

dolat said...

sake juga best!!!!!
aku suka pakcik comel pakai topi macam baby pastu kene puji comel buat muka tersipu2 malu.
hahahahha

Liyana said...

aku nak tehtarik ngan roti bakar pisang coklat keju!!! yeah

haha buleh tanya mana dia beli topi tu..cool a kirenye

duha said...

fiksyen ke? saya dah pun percaya dan masih percaya sampai baca blog ni jd ragu2..

mungkin betul?

sejarah yg ditulis mana pernah menyolong islam..

ada, tapi jarang..kan???

erm..ntah..mencari juga..siapa dan wujudkan nyemah mulya tu..

Liyana said...

duha: kata penulis, carilah sendiri. apa pun. berhati-hati juga ketika membaca satu karya. jangan cepat percaya. cuba hayati apa yang ingin di sampai kan penulis.

kewujudan nyemah mulya, hanya Allah yang tahu kewujudannya.