Tuesday, 26 May 2009

acai berry pills


saya rasa status di ym ini memberi kesan kepada contact. itu bagi saya. kalau ada yang tak best macam kata-kata kesat, serius saya akan terus cakap saya tak suka. bukan saya nak menyibuk. tapi secara analogi, kalau anda tak suka tengok orang buang sampah merata-rata. anda tegur orang tu suruh buang kat tempat sepatutnya. kan? sama lah juga sekarang ini. saya tak suka. lagi-lagi kalau orang lain baca. sama juga. kalau boleh. jadikanlah diri kita ini sebagai penyebar ion-ion yang positif dan membahagiakan orang lain. sekurang-kurangnya sesuatu yang orang lain boleh fikirkan.

mak saya pun dah guna ym ini. best juga.

ada yang suka foward ayat-ayat AQ banyak-banyak. terima kasih. ada juga yang memang kaki chatting. ada yang on tapi malas nak layan. ada yang memang on waktu tertentu. ada yang invisible sepanjang masa. tak mahu diketahui availability. ahha, saya baru tahu, kita boleh tengok contact kita itu invi ke tak melalui satu laman web. taip saja id orang tersebut. dan klik. lepas itu dia tunjuk lah invisible atau apa. scary kan? gila stalker.

tapikan saya suka lihat status-status contact yang kadang-kadang memberi kesan dan menyentuh hati. ada yang meletakkan, hadith dan ayat AQ. ada yang meletak tapikan satu lah. saya selalu terkesan dengan beberapa status seperti

sifat tak seindah nama..muhasabah

will you marry you?

kalau memang untuk ummat, jangan di anggap sebagai beban

sebenarnya banyak lagi...

baru saya sedar yang status seperti ini nampak kecil, tapi memberi impak kepada sesetengah orang. saya teringat kata seseorang, walau apa pun yang kita lakukan, biarlah ianya memberi kebaikan kepada sesiapa saja di sekeliling kita. oleh itu, gunakan ia sebaiknya. saya pun, kadang-kadang tulis status yang merepek.

taknak beli acai berry pills


sekarang, spam yang entah apa-apa semakin berleluasa. mula-mula dapat ingatkan si penghantar tu perli. ada ke, promote pill kurus. terasa tau! tapi yang bagi tu sister-sister yang saya berkenalan di konsis dulu ada kawan sekolah dulu juga. dah la isi mesej sama. jue ann pun pernah hantar. tapi dah berhenti. katanya kena tukar password. bimbang juga. entah-entah saya pun sedang mempromosi pill ini tanpa saya sedari. kalau anda merupakan contact saya, saya ada terhantar. sila beritahu secepat mungkin. ASAP! sepantas kilat. segan wei. hari ini saja saya dah dapat 6 mesej percuma mempromosi pil ini. sorrylah. saya mula-mula tak tahu itu spam. tak patutlah buat status camtu.

terjumpa ini dari blog seseorang



boleh pula mereka ini buat lagu. eh, sila berbalik kepada topik asal.

apa pun dunia maya ini sangat-sangat scary sebenarnya. bayangkan. kadang-kadang tu kita tak kenal pun orang tu tapi kita main chat je dengan dia. cuba bayangkan kalau dalam dunia yang nyata, berani ke nak ramah macam itu. ayah pernah cakap, kita tak boleh percaya 100% orang yang kita kenal melalui jaringan komunikasi ini. serius. betullah. saya mula berjinak-jinak dengan dunia ini mula tingkatan dua. guna mirc. dan macam-macam. dahsyat kan. pelbagai ragam orang boleh jumpa. lagi-lagi kalau kamu ini seorang yang jujur dan suka berterus terang. cerita tentang lagi panjang. cukuplah satu point saja. tentang blog lain kali. lagi banyak personality dan behaviour boleh kita tafsir. serius. itupun kalau anda pemerhati yang komited.

kalau orang itu membayangkan dia ini seorang yang baik. saya pun tak tahulah. saya yang prejudis atau apa. bagi saya orang baik tidak akan mengakui dirinya baik. mungkin ini pengalaman. orang yang belajar syariah di negara islam tak semestinya dia benar-benar faham apa yang dia pelajari. maaf kalau saya melampau. tapi saya sedih. saya yang tidak arif tentang ilmu syariah dan agama. namun saya tahu makna fitnah di antara lelaki dan wanita. ikhtilat di alam maya. saya kecewa sebab, orang sebegini sepatutnya menjadi contoh dan role model. tapi saya menjadi prejudis. memanglah saya tak tunjuk terang-terang. tapi saya akan delete terus orang yang bagi saya boleh menyebabkan saya rasa terganggu dan tidak memberi kebaikan pun kalau bersahabat. saya harap saya tak berperasaan begini kepada semua orang. sebab bukan semua. astaghfirullah..astaghfirullah..astaghfirullah..

kesimpulannya. jangan percaya 100% walaupun ada orang yang boleh dipercaya. tapi jangan percaya sepenuhnyalah senang cerita. saya sebenarnya taknaklah cerita pengalaman-pengalaman yang tak best yang pernah saya lalui melalui internet. tapi nak share yang manis. saya berkenalan dengan kakak-kakak dari pelbagai pelosok dunia melalui seorang sahabat menggunakan ym juga. ia memberi impak besar dalam hidup saya. sebenarnya, kembali kepada Allah sebaik-baik perancang. terima kasih ya Allah.

yang paling-paling saya ingat nasihat tentang marah dan fitrah hati perlu diisi. lagi satu, tentang hati.

saya pun tak pasti. adakah saya akan terus hanyut dengan kehidupan lama sekiranya saya tak berfikir. apa pun terima kasih. sekarang saya layan je. tapi berhati-hati. BERHATI-HATI SANGAT-SANGAT. maksudnya tak bermakna kita ini terlalu tertutup. cuma berpada-pada. kalau tak berapa nak penting dan macam nak membuang masa dan berbau seperti berniat yang tidak berapa nak best. pandai-pandailah handle k? teringat konsep seorang 3%.

saya suka lihat ragam orang sebab ianya buat saya berfikir dan belajar. belajar melalui pengalaman orang lain. how to handle things. perkara yang tak perlu nak di hebahkan. tak payah lah cerita. nanti anda akan termalu sendiri.

nasihat saya, jagalah hati baik-baik. walau di mana pun kita berada. kalau suka berkawan. carilah sahabat yang boleh membawa kita kepada kebaikan.

apakah matlamat kita ber ym? cuba senaraikan matlamat yang jelas dan mempunyai satu pencapaian yang boleh memberikan pulangan yang baik. bukan meniaga. cari yang lain. kita fikir sama-sama.



[maaflah banyak video. tapi kata-kata dari video ini sungguh menyentuh. serius. tak rugi tengok insyaALLAH]

Allahua'lam

alamak..sorry tertulis panjang gila!!!

-entri bercakap dengan diri sendiri-

p/s: liyana nampaknya banyak bermain dari bekerja.

p/s2: suka kata-kata ibu mus dalam laskar pelangi: "aku yakin kita akan dapat 10 murid hari ini!" confident sungguh. tengok cerita ini, hari pertama sekolah dah nak nangis.

p/s3: janganlah sifat mazmumah saya di sini boleh mempengaruhi kehidupan orang lain.

p/s4: sangat susah bila kita berjauhan dengan sahabat seperjuangan. buat kita sering terhanyut sementara. internet saja buat rasa dekat. ya Allah, janganlah biarkan iman ini di bolak balik sangat kerap. takut nanti terleka sampai tak boleh nak tenangkan balik. tetapkanlah.. tarbiyah dzatiyah liyana..berdikari..

6 komen disini:

Balqis Riza said...

nice la post ni..
setuju psl status ym~
n bg pengajaran kt aku gak~
hik3...

Balqis said...

Salam Liyana,

Akak berfikiran yang sama. Kadang2 juga letak status ym ikut suka hati dan mood semasa. Lebih suka invisible dari ada. Aman dan sentosa. Online bila perlu dan rasa mahu sampaikan sesuatu. kalau tidak ada apa-apa mahu dikongsi - invisible. Itu akaklah. Anyway, benar - ramai orang menyamar guna ym. Siap boleh bertukar-tukar jantina lagi...

Acai berry pills - dlm sehari adalah 10 msg seumpamanya akak dpt. Satu sahaj supaya kita pun x turut terhantar. jangan balas msg itu - msg acai berry pills itu. Tapikan - apa motifnya? Entah-entah pil penipu... isk.

Jumpa ramai kenalan baru juga di ym. Baik-baik dan banyak berkongsi ilmu. Alhamdulillah.

Bersyukur jumpa orang seperti kamu di ym (eh, blog dulukan?) sebagai sahabat maya. Moga perkenalan ini berpanjangan, InsyaAllah...

Tak mahu beli acai berry pills juga!!!

Liyana said...

Balqis ♥ Riza: huhu. sekecil-kecil perkara pun bagi kesan en.

Liyana said...

BalQis: kak balqis,

patutlah kak balqis selalu invisible..ahha, tentang orang menyamar ini kan. banyak cara. mungkin seronok agaknya. mainkan orang di ym. dah setahun lebih kenal pun belum tentu kita betul2 kenal baik budinya. ah, sungguh menyedihkan.

acai berry pills. yang ajaibnya. sejak saya buat status itu, saya dah tak dapat satu pun! hebat. entahlah seronok sangat si pencipta pil. tapi pil ini memang wujud.

alhamduillah. saya ada satu dua yang merosakan susu sebelanga. yang lain okay je sebenarnya.

saya juga bersyukur sangat2 berjumpa orang seperti kak balqis!! ^^ semoga persahabatan ini berpanjangan! ameen

tak payah guna pil, exersice saja..

mieza said...

aku suggest acai berry pills utk ko. "I loss 7kg blablabla"

yana rindu wohh kt ko. aku bizila skrng. dh nk final exam :(

Liyana said...

mieza: 7 kg je ke? aku xmolah..lemak kat perut lebih 7 kg rsenye..

aku pun wei..tp mcm tak sedar diri je..waaa ak takotlah! he he...tu la ko. aku suro balik tyme aku balik ni ko xmo. dah la cuti ko sebulan en? jum ah meniaga. buat direct selling acai berry..