Sunday 3 May 2009

demi mulut-mulut kecil itu


wokeh. ini pengalaman sangat malu
pada satu malam, pergi ke malam muslimah night [Malam hurul Ain - MAHA]. sampai itu dapat doorgift. lepas itu, bila program dinner ini bermula. diminta sesiapa yang ada tanda bintang kat kotak kecil doorgift itu. ingatkan cabutan bertuah ke apa. rupanya, tak pasal jadi peserta muslimah next top model. hah??? aaaa~~~~~

okey, serius, saya lagi rela menyanyi walaupun suara tak sedap dari catwalk depan tuh. $%^&*&^%$#$%^& malu wei serius malu. banyak kali ingatkan diri, jangan prejudis dengan diri sendiri. layan je la. layan~jalan je macam mana pun. lepas itu, kena keluar jawab soalan bertulis. saring 5 peserta je. soalan bapak susah. tarikh tan sri najib jadi PM? indonesia merdeka tahun berapa? PERTAMINA stand for? siapa menteri kesihatan Malaysia sekarang? Barrack Obama president ke berapa US? parlimen Malaysia terletak di mana? muka surat belakang soalan macam, basic agama. macam hukum belajar dan baca AQ dengan tajwid, kerajaan umayyah berpusat di mana? perempuan yang haram kahwin secara kekal? ada la lagi. tak ingat. tapi yang pasti orang yang general knowledge hampagas seperti saya ini. hehe faham-faham je la..hentam kromo. memang dah agak tak dapat punya la.

tapi yang tak sangka, dapat top 5. aiyo~ kawan2 semeja pun terkejut..haha kamu orang ini..nama saya disebut last. maybe markah sipi je agaknya. pastu soalan kena jawab atas stage. "wajarkah wanita menjadi pemimpin bagi satu tampuk pemerintahan?" ahha! kalau tulis kat sini senang la nak goreng. ni nak cakap depan orang. hentam kromo lagi. aaaa~~~~ boleh rasa jantung nak pecah [jawab dengan nada dan ayat skema]

lepas itu, tak sangkanya dapat pulak top 3. layan~ kali ini ada vote dari hadirat dan juri profesional cewah. soalan "pada pendapat anda, adakah program seperti MAHA ini mendekatkan diri dengan ALLAH" kiki~ hentam lagi.

maybe ini last buat benda-benda macam ini. sangat tak duga. seriusly, saya nak nyanyi. biar sumbang. dari buat pose depan camera lepas itu ada orang judge. masa judge tengah bagi ulasan, terasa macam kena marah dengan mak. huu~ dah la setiap kali pusingan itu kena jalan. aaa~ apakah ini semua?~~~~

untuk menghilangkan rasa malu untuk malam ini. izinkan saya menyampaikan sebuah lagu yang dah lama saya nak nyanyi iaitu lagu yesterday nyanyian band kegemaran ayah saya iaitu the beatles. oh ya, jangan lupa record ya.

"three four!" start! "yerterday...all my troubles seems so far away...now it looks as though they're here to stay..oh, i believe in yesterday.."

setop2..okay2..go back and practice. sekian.

titina menang pertandingan lilit tudung. masa 15 minit je. lepas itu donut menang untuk pertandingan fotografi. gambar kami ambil masa holiday sama2 kat pangandaran hari itu. hebat! tak sangka gamba pakcik itu dapat no 1. kalau pakcik itu tau mesti dia happy. caption si donut letak itu yang tak boleh belah "demi mulut-mulut kecil itu, aku korbankan setiap langkahku" bunyi macam jiwang.


rujuk sini klik

uish. bukan senang ini nak snap ini. pak cik ni kayuh kemain laju. tapi memang retro la pakcik itu.

terima kasih kepada semua penyokong. malam muslimah ini, ambilla apa yang baik itu. niat itu penting. untuk eratkan antara muslimah. belajar dan perhati dengan muslimah yang baik. cara pemakaian dan berfesyen berlandaskan islam. tapi kalau event yang islamic pun, kalau orang tak ambil ibrah yang baik. berfoya-foya saja. tak sampai juga matlmatnya. yang penting hati. okay. sebenarnya, tak terfikir pun nak datang malam ini sebab tiada baju. malas. banyak kerja. tapi sebab ada orang kata nak merajuk kalau tak pergi. ambil je la baju zaman jahiliyah tapi tetas bagi longgar. wuwu~ hadiah birthday next year nak minta kepada kawan-kawan belikan saya satu jubah anggun okay. :p

cik teah dapat busana terbaik. jangan main, jubah dia tu jubah jordan. uish2..siapalah orang jordan yang bagi itu.

terima kasih jueann banyak membantu sebelum kami semua pergi ke majlis ini. kawan2 semeja, nad, amal, titina semua2 la. dengan adik2 junior yang havock ha ha.

banyak 'lepas tu' dengan 'tapi' kan? okay bye. malu wei.

p/s: sebenarnya ada senarai kerja kena buat iaitu:
  • buang gigi 17, 16, 21, 22, 23 pada model untuk buat gigi palsu [prostodonthic]
  • design and surveyor - lab [kena tulis tangan]
  • report and presentation untuk salivary gland [half way siap!]
  • study! exam untuk DSP3 jumaat ini!
p/s2: namun begitu sepanjang hujung minggu ini saya telah
  • membuat report kaw2 punya -khamis dan jumaat
  • pegi seminar 2 hari: seminar comparative religion -jumaat dan sabtu [best nih]
  • pergi MAHA -sabtu
  • ahad patutnya ada pertandingan sukan-rahsia [misteri tak?] tapi tunda sem depan. fuh selamat.
p/s3: esok dah janji dengan jueann dan nizawa [dpt cabutan bertuah] nak pergi pasar pukul 6 pagi. okay kena tidur dah. nite. assalamualaikum.

10 komen disini:

dolat said...

oh.sangat pantas kau menulis
panjang lak tu.
btw.
bukan gamba ni sayang,
gambar sebenar ade di fotosgedik.
gamba yang berwarna.
x mahu anta gamba edited.
sekian.
tahniah dapat no 3 muslimah nest top model
sape nama menteri kesihatan sekarang?

Balqis Riza said...

wah tahniah!!
apsl nk malu plak??
bgga la..
hahah...
seyes tahniah..hihi

Liyana said...

donutcokelat: saje nak luah perasaan cepat2. xmo masuk dalam mimpi..aku saje letak gmbar yang dah edit ni sebab size kecik xlama sgt nak upload. dah kul 2 pagi..malas nak tunggu lama2..

ha ha dah search datuk liow tiong lai..mekasih la donut atas sokongan ko. mase die sebut top 5 tu yg ak igt, nad smpai nak tersembur kot makanan die..xsangke an..kiki~

ahha tahniah sebab gmba pakcik tu menang ehee

Liyana said...

BaLQis: wuwu..mende2 camni is not my cup of coffee bak kate orang puteh..

aku serius nak dtg pun malas..kena paksa..ttbe je, nak jalan biasa pun tak betul, nk jalan depan org atas karpet merah pekebendenye.. aku tak biasa a..even suma pompuan pun..wuwu..

Balqis said...

Kih, kih, kih...

best2.... tahniah dapat top 3. Seyes soklan tu semua memang susah (nampak sgtlah lemah general knowledge nih, hehe)

bestlah MAHA ni, huhu....

awalnya pergi pasar... pasar buka pukul berapa?

Liyana said...

hehe kak BalQis

terima kasih. nasib je tu.^^
agak lah, mase mula2 dapat tu rasa macam tak buleh jawab satu soalan pun..tapi entah la..tak sangka juga.

nanti buatlah MAHA kat ukraine juga ;)

pukul 12 tgh malam org dah pasang khemah. pasar pagi ahad, kat sini pukul 6 tu dah cerah. saja pergi awal sebab sejuk sikit.

Anonymous said...

salam yana...
me bce kes pelik yg cik donut cokelat post..u pn ad link kn sama in one of ur entries...
nyata, hidup ini pelbagai ragamnya...
saya doakan kejayaan anda
kebahagiaan anda...
keselamatan anda...
smoga ALLAH sntiasa mmpermudhkn urusan anda dan para sahabat..amin

As said...

suka baca kisah ni :)

moga dimudahkan segala urusan

puding caramel said...

anonymus: muna,wsalam..
terima kasih berjuta2 lemon..sangat2..ameen..doa dititip buat kamu juga sahabat..

puding caramel said...

as: terima kasih :)