Monday 18 May 2009

tag dari balqis riza


ini tag dari balqis riza. tag tu apa? (rujuk: free dictionary). saya tak pasti apa. ini tag kedua lepas shaera dan fatin surayya bagi tag yang sama. layan sajalah ya.


okay. let the 'tag' begin.

1. adakah anda rasa anda hot?

hot and spicy. sambal pakcik sake sekarang semakin pedas. mungkin ini taktik untuk membuatkan kami order air lebih dan tak minta sambal lebih lagi. eh, tadeklah. ye, tahu. tak menjawab soalan.



2.upload gambar kegemaran anda
3. kenapa anda suka gambar ini
sebenarnya banyak gambar kegemaran yang lain. tapi ini salah satu. lepas itu gambar ini bersaiz kecil. tak lah lama sangat nak upload. oh, kenapa? sebab model gigi ini cantik. mempunyai normal occlusion. tiada sebarang masalah pula. perfect. tak ada overjet, openbite, tidak crowding. senang bekerja dengan model gigi ini untuk membuat acrylic segala. pemiliknya adalah lab partner saya.


4.bila kali terakhir makan pizza

tak ingat tarikh, tapi makan di Avenue A di ciwalk. mungkin bulan lepas agaknya. jarang makan pizza sebab saya makan rotinya saja.
tak muak ke topping dia. muak kan? kan?

5.lagu terakhir anda dengar

belaian ibu.. tsk~


6.apa anda sedang buat selain buat tag ini

saya fokus kepada satu kerja sekarang ini iaitu buat tag ini

7.selain nama anda, apa nama lain yang anda suka orang panggil anda
saya suka aisyah dan humaira. tapi tiada orang pernah panggil nama itu.
arwah mokwo(nenek sebelah kelantan) panggil saya amanina. saya suka jugalah nama itu. sebab mokwo panggil.

8. tag 5 orang

balqis riza.
donut cokelat
abang
nodame
amalyn

9. siapa nombor 1??
ketua ajk biro sukan untuk acara merentas desa. dah buat kan. beliau ini mulanya nampak seperti garang. tapi sebenarnya ada comel dan lawak. tak sangka. boleh berkongsi rasa dan cerita dengan beliau.

10. siapa pula nombor 2?
kawan satu kelas. kawan pelbagai. partner nasi padang. ah, kami banyak melakukan aktiviti bersama. pandai mengambil gambar. imaginasi juga tinggi.

11. orang nombor 3 ada hubungan dengan siapa?

hubungan kekeluargaan dengan saya. tak ada blog. tak baca blog. mungkin tak buat juga tag ini.

12. bagaimana pula dengan nombor 4??
ini kawan sekelas. atau mungkin watak anime dan cerita jepun nodame cantabile. jarang yang teramat sangat paling membuka dan menulis blog. kebarangkalian untuk membuat tag ini mungkin 1/576. jap soalan dia apa. bagaimana itu related dengan soalan no 11 ke apa ini?


13. katakan sesuatu tentang nombor 5
beliau seperti anak kecil korea. seorang saja yang sangat berani merayu sambil membuat gaya comel kepada lecturer untuk mendapatkan tanda tangan ketika lab setelah dua kali di rijek. [sumber: lab partner]




p/s: balqis, dah bayar tag kamu.terima kasih.

***

dapat ini dari seorang kakak

"Iman kepada takdir bukan bererti tidur dan tunggulah takdirmu, tetapi bangun dan temukan takdirmu"-khalid muhammad khalid

"Tidak ada istirahat bagi seorang mukmin sebelum ia bertemu Allah"

deep bukan? bangun liyana! okey, mari bekerja. peperiksaan juga semakin hampir. lab prosthodontic ada kertas soalan teori. apa?!

rasanya tak terlambat lagi nak ucap selamat hari guru kepada emak dan semua guru-guru di serata dunia. best sangat dapat hadiah hari guru kan? boleh nyanyi lagu "kami guru malaysia" juga. seronoknya jadi cikgu.

10 komen disini:

S0A and Cactus said...

nak tag jugak!!

:p

jwpn aisyah/humaira (kami nk start panggil gune name nih) sume tak kne je..baik wat soalan sndiri..hahaah..

ktrg belum pernah makan sambal pakcik sake..nanti boleh try..

bersedialah pak cik sake! kami dah tau taktik suruh beli air banyak! aaaaaaaaaaa~ seraaaaaaanngg!!!

ok, bye kak aisyah/humaira~

alalalalalla

p/s:bile kali terakhir anda makan steamboat?? ahahahha

Liyana said...

S0A and cactus: nak ke? buat lah. he he..oh, steamboat.. kali terakhir makan steamboat? ha ha semalam!!! di ciwalk dengan beberapa orang yang tak pernah pergi ciwalk walaupun dan setahun duduk di sini! mereka ini mungkin ulat buku yang tak keluar rumah [tergelak kecil sambil letakkan tangan di mulut]

apapun sangat best bersama mereka2 ini..elok sangat lah lepas daurah makan2 pula. lagi2 ada orang belanja ^^

tahniah.kamu dua orang orang pertama panggil dengan nama itu.kiki~ terasa segan pula.

oh pakcik sake. kalau lah beliau baca belog ini. mau kena sue.

bye adik s0A dan cactus

p/s: cactus, cactus yang baru dapat tu hidup lagi tak? jage elok2!! eheh

Balqis Riza said...

humaira?? hehe..cm nama adik aku~

nurul amalina said...

wah saya di tag. amalyn tu mmg suka ya buat gaya comel. bajet cute la. hmph. lalala~

Liyana said...

BaLQis: cantik nama adik ko.

Liyana said...

nurul amalina: ahah..kutuk diri sendiri.

cactus biru said...

kak aisyah/humaira.haha
cactus sihat walafiat laa..
jgn risau, elok lagi.
dijaga dgn exclusive nya! hehe
tq tau~
shuke2..(heee,gedik!)

p/s: mmg best mkn2 steamboat sama2 mereka2 sume2 ni..=)

Liyana said...

cactus biru: hasuma,panggil je lah nama sebenar. dah segan la pulak. alhamdulillah sihat. jaga dengan baik. jangan jadi cam cactus lepas2.

no prob. thanks utk teha dan duha.

p/s: best sangat2... ^^

Balqis said...

Hahaha, adeh!

Assalamualaikum...

Seronoklah baca entri2 kamu Liyana. Ringan kepala.

entri atas tak boleh komen, jadi saya kacau entri ini...

hehe....

Liyana said...

hehe..kak BalQis

waalaikumussalam.

saje je..bagi misteri. [erk~] saya pun suka tulisan kak balqis! banyak informasi. lagi-lagi pasal buku. ^^