Sunday 10 May 2009

tahniah. kamu berjaya.



hari itu, pergi pasar baru. singgah untuk solat. P dan rakan-rakan pergi jalan-jalan ke islamic book fair [bahagianya. walaupun sementara je sebab balik kerja bertimbun]

nak balik. tunggu lif. tiba-tiba satu suara

encik-tak-kenal-siapa: lif itu rosak.

P: ehh, yeke. terima kasih [sambil bergerak ke lif sebelah lagi satu]

encik-tak-kenal-siapa: kamu ini orang Monaco[bukan negara sebenar] ya.

P: hmm..ya

encik-tak-kenal-siapa: ha..ape cerita ngan refelisia [bukan nama sebenar]

P: erk. ?! cerita apa. tak tahu pun pasal ini [sambil senyum dalam hati berapi. dah tau dah, mesti nak cari gaduh ni]

encik-tak-kenal-siapa: takkan tak tahu kisah ini. kes yang refelisia kena pukul masuk berita takkan tak tengok. tak bace paper? [dah start tinggi suara. muka serius]

kawan sebelah dia macam senyum. cakap dia nak gurau saja.

P: oh, kami student sini. tak tau plak pasal ini. jarang tengok tv.

encik-tak-kenal-siapa: oh, tau tak kisah ini buleh buatkan dua negara gaduh tau. nak ke perang? dah la Monaco kecik je. kalau kena serang, kejap je..

P: hmm..[apsal nak cari gado ke pakcik nih. -senyum-]

lif terbuka P dan rakan-rakan masuk sambil izin pamit kepada encik-tak-kenal-siapa itu dengan dalam hati berapi. malas nak layan.

satu je nak cakap kat sini. sebab satu individu, perlu ke nak perang dua negara. okay. dimaafkan sebab anda sangat patriotisme

kalau nak marah sangat, pergilah ke kedutaan ke. tulis petisyen ke. yang cakap dengan student pasal nak perang-perang ini kan, apalah faedahnya. setakat nak marah dan jerkah student yang-baca-paper-tapi-buat-tak-faham-sebab-malas-nak-layan, apalah yang encik-tak-kenal-siapa dapat? nak tunjuk tere eh? nasib baik mak pesan jangan cari pasal. kalau tak...
[cewah, kat sini cakap berani lah ha ha]
oh, sebab pelajar sekolah ini nampak lemah.kan? nampak macam semut je kan? boleh di tonyoh-tenyeh kan? senang lah nak lepaskan kemarahan kan?

p/s: yeah. dapat update satu cerita.

p/s2: baru tahu, kerana seorang perempuan boleh membawa kerosakan kan? bacalah paper rakan-rakan. hari itu, lab partner, bocah kecil dan titina kena dengan orang karoke pasal kes refelisia ini. saja je kan mereka nak marah, tempias kena pada semut-semut yang belajar kat sini.

p/s3: esok isnin. lab. presentation. discussion. seronoknya [erk~]

p/s4: dialog di atas dah di translate. monaco adalah negara kedua terkecil di dunia. [saja nak bagitahu sebab saya pun baru tahu. haih. general knowledge]

*tahniah encik-tak-kenal-siapa. kamu berjaya menakutkan pelajar sekolah*

8 komen disini:

Balqis Riza said...

haa...kalu ko nk tau, aku selalu kne..
tyn yg pompn tu btol ke kne pkul la tu la ni la..
aku fed up weyh!!!
argh!! stress la ngn org sini..
ckp lagak nk hebat je...
argh!!!!

dolat said...

i wrote bout dis also kan.
semua kene kan.
dr ato pon buat kat kite kan.
blup btol.

Liyana said...

BaLQis: diorang patriotisme tu. tak naklah rakyat senegara kena buli. semangat! tapi kan..paper mesia takdelah kecoh pun pasal ini. kat sini macam semua orang tahu pasal ini kan..even makcik2 pun..

Liyana said...

donutcokelat: haah..saja update sebab terkena dekat pasar baru..aaa takot juga..sibbaik lif tu cepat..

dr ato tu tak tahulah apa sebab dia buat kite..takkanlah sebab cik reflesia ni jugak kot.

yep2 blupblupblup

nurul amalina said...

aku rasa kan. mereka memang mengambil serius ttg perempuan itu lah. pelik sungguh. hal yg sebegini sgt digembar gemburkan.

aku juga dapat merasakan semua benda yg belaku di sini atas sbb kes ini.

kalau dah benci tu, mcm2 lah kes yang dicari utk membencikan lagi.

o_o

Balqis said...

Hehe, thanx tu Liyana atas infonya semalam... skrg baru tahu...

kawan2 di Indonesia, jaga diri baik2 ya!

Liyana said...

nurul amalina: aku suka cara cikgu bahasa sunda kita tadi. betullah..perkara begini mahu dibesar2kan..sengaja nak mencari gaduh.

:.( bila nak aman

Liyana said...

BalQis: ha ha sama-sama. saya pun tahu sikit-sikit saja.

wuwu~ sekarang buat-buat tak tahu saja. nak selamat.