Saturday, 30 May 2009

tak ada tajuk


MAAF
saya rasa saya dah ada simptom virus nak exam. saya rasa tidak tenang. tak tahu di mana silapnya. saya nak minta maaf kalau-kalau ada terbuat salah di mana-mana. hari ini pelbagai perkara yang saya kesalkan. beberapa perkara yang bukan diri saya. betul emak kata, kita ini lebih baik banyak mendengar kurangkan bercakap. diam lebih baik. hari ini saya belajar ada sesetengah situasi, satu kepandaian itu bukan di nilai dari jawapan yang di beri. tapi soalan yang di ajukan. sebenarnya ini bukan cara saya meminta maaf ketika musim exam. saya selalunya minta maaf bila-bila saya suka. tapi saya betul-betul tak suka perasaan ini.

bila saya tak tenang, konflik dalam diri. saya rasa nak delete belog. rasa macam lawak pula. jueann dan nizawa selalu dah dengar phrase nak delete-delete belog ini. hehe..mekasih.

BALIK
oh ya, saya nak beritahu berita sedih untuk saya. tapi belum confirm. ketua kelas kata mungkin cuti 2 bulan ini tidak boleh balik sebab kena buat lab...lagi. tapi saya pun tak kisah sangat. tiket dah book sebenarnya. saya tahu, apa yang berlaku adalah yang terbaik. untuk masa depan juga. nanti masa klinikal year, tak lah terlalu bermasalah. tunggu cikgu-cikgu meeting hari rabu ini. kasihan emak. mesti dia dah tunggu saya. kasihan ayah dah belikan tix. (pasal kes semalam pasal lab tak siap tu dah buat mak risau. rilek la mak. yana yang emo tak pasal.) hmm, tapi bazir duit ayah saja beli tiket. alah, belum confirm kan? takkan lah tak balik. biar betul. popoyo je kot pihak atasan ini. nak bagi gempak sikit. jueann pun kasihankan kami. tapi bila fikir balik. dia dan nizawa lagi lah, cuti sikit. tiket dia pun, berapa kali kena beli. ya lah. pelajar perubatan. ah, semua ini saja nak alih perhatian daripada fokus exam. selalu dah bila nak periksa, ada saja perkara timbul, kalau tak bab konflik dengan kawan-kawan, terasa hati dengan oranglah, cikgu nak marahlah, kuali hilanglah, periuk bocorlah, makcik dobi minta duitlah. saja je kan? tak pe, mari kita lari jauh-jauh dari semua yang mengusutkan fikiran! gua tak heranlah. [ya Allah, selamatkanlah aku]



PILIHAN
semalam ada solat hajat dan bacaan yassin untuk senior yang nak clinical dan untuk semua yang nak periksa. tak ramai yang datang. tahun lepas pun sama. saya teringat kisah Kaab bin malik yang tidak turut serta dalam perang tabuk. padahal semua jenis perang dia join. beliau tidak uzur mahupun golongan munafik. dia cuma tak nak. konflik dalam diri untuk berjihad dan dia memilih tidak pergi. tapi beliau tidak memberi alasan kepada Rasulullah SAW. jujur dia terus terang dengan konflik dalam dirinya. kesannya, Rasulullah tak marah pun, tapi suruh dia balik rumah. lepas itu dia di pulaukan. bukan dengan orang biasa saja. malah Rasulullah juga tak nak layan. sedihnya!

lepas itu betapa nekadnya beliau bertaubat. memang tegar. cerita penuh, baca sini

sebenarnya kisah ini saya cuba relate kan dengan kehidupan seharian kita. bila nak buat kebaikan atau apa saja yang membawa ke arah islam. apakah dalam fikiran kita? kalau kaab dia betul-betul ada 2 konflik. yang pergi atau tak pergi. dia dah siap dah sebenarnya. tapi tak pergi. syaitan itu di mana-mana. even dalam darah kita pun. sahabat yang dekat dengan Rasulullah boleh tewas, inikan pula kita. tapi kita tak terima balasan atau dipulaukan. kan? tak perasan pun, sebab tak nampak consequences nya. akhirat nanti Allahua'lam.

tak kisahlah apa pun, kita terpaksa membuat pilihan setiap hari. SETIAP MASA. sama ada pergi kelas atau tidak, keputusan untuk tidur di tilam empuk lagi bergaya atau belajar, keputusan untuk bangun solat atau sambung tidur. perci ceramah atau duduk di rumah. ziarah sahabat atau berehat di rumah. ah, terlalu banyak. bergantung kepada tahap kekuatan kita untuk berjihad melawan nafsu. berbahagialah sesiapa yang berjaya.

cerita sahabat ini kan, saya terfikir pasti ada sebab dan pengajaran. bukan sekadar fairy tale atau kisah-kisah kanak-kanak. bedtime story. tapi kisah yang boleh kita kaitkan dengan diri kita. patutnya adik kecil, ceritakan kepada mereka kisah-kisah ini. barulah dekat sikit. ini cerita fairy tale yang penuh angan-angan tu. haiya. serangan minda. kasihan zati. adik saya yang bongsu. asyik-asyik suruh saya ceritakan fairy tale sebelum dia tidur bila saya balik cuti la. nanti kakna cerita pasal kaab bin malik pulak ye?

okay lah. itu saja untuk hari ini. selamat bermujahadah. kakak nak datang! hati dah kering ni.

p/s: gambar atas tu ambil masa sesat. nampak 2 orang ni main telefon rosak agaknya. entah lah tapi nampak comel. adik, pakai selipar ye lain kali. nanti kena lava helminth baru tahu. oh, saya paranoid dengan semua jenis cacing itu.

p/s2: hari ini mesti. MESTI habiskan general surgery. tak ada kelas tapi tak tenang. sungguh tak best.
p/s3: sabtu bukan hari berehat! FOKUS!!

8 komen disini:

Balqis said...

Eh, eh..

entri kita hampir sama pembawaannya...

tetpai Liayan lagi bagus - elaborate panjang lebar. terkesan membaca...

Semuanya di tgn kita - mahu atau tidak sahaja.

ganbatte Liyana!

Liyana said...

ahha..musim nak exam agaknya..aura dan pembawaan sama..he he..

ye betul, semua di tangan kita, nak atau taknak. tepuk dada tanya iman.

ganbatte kak balqis!!

pencinta bahasa said...

salam..
nak dekat exam ye?
all the best 4 u..bittaufik wannajah..
name adik kamu sme dgn nama saya n saya pun pggl kakak saya kakna..=D
hehe..

jom kita berjihad melawan nafsu!!!!

p/s:saya doakan supaya kamu dapat cepat2 balik rumah..=D

Liyana said...

pencinta bahasa: wsalam..
haah lagi seminggu..waah, sangat gemntar. terima kasih banyak-banyak! ^^
same? haha sangat kebetulan kan?
hehe

marilah..jihad melawan nafsu jihad terbesar! hiyark2~

p/s: terima kasih..doakan dipermudahkan segala...runsing juga bila fikirkan..

Anonymous said...

assalamualikum..
so many things happened to u recently..
i wish were there
huu
sya doakn sumeny baik2 aja utk kamu
ap pn yg tjadi sy tahu kamu psti akn mncri hikmahnya.. rindu kamu:)
munnmu yg anggun :)

Anonymous said...

assalamualikum..
so many things happened to u recently..
i wish were there
huu
sya doakn sumeny baik2 aja utk kamu
ap pn yg tjadi sy tahu kamu psti akn mncri hikmahnya.. rindu kamu:)
munnmu yg anggun :)

Liyana said...
This comment has been removed by the author.
Liyana said...

anonymus:

waalaikumussalam...
waaa~ ada yang tak boleh tulis kat sini
miss u too..and everyone
tq~ tetiba nak nangis.

semoga kamu sentiasa di bawah redhaNya munaku :-*