soalan kejutan public health. siap!
tiba-tiba pak furqan mengumumkan yang dr sazali nak buat periksa 100 soalan. [sebenarnya tak tahu ini subjek apa, mungkin epidemiology atau demography atau biostatistic -teruknya awak ni liyana-]
hah sudah! tak belajar langsung. tak tahu bila kali terakhir kelas bersama dr sazali itu. soalan pun entah bila belajar pasal begitu banyak persamaan kimia diantara asid dan fluoride. stanum fluoride bla bla. fluoride bercampur saliva watte *(&^%$%^&* okay okay tak nak merungut kan.
baiklah! ini semua latihan untuk bila sudah kerja, sering ada kejutan. bila perkara kejutan sebegini terjadi tak kira kamu tidur atau tak malam itu, kamu harus berkorban dan laluinya juga. takkan nak mengadu kepada emak, ayah, blog. merungut dengan kakak sedara, atau pun sahabat handai yang begitu rapat. berdikari!
saya rasa sangat penat. tapi, tak berani nak cakap penat. orang lain ada yang lagi dahsyat dari ini. ini baru ringan. okaylah. lepas ini ada periksa kejutan lagi tak? silakanlah.
terima kasih dr sazali
p/s: tadi jawab ikut common sense saja tentang fluorosis, penyakit abiotic dan biotic. maafkan saya wahai diri sendiri. kerana tak bersedia.