sedikit sebanyak saya ada tulis tentang ayah di post ini
ayah saya adalah seorang yang perfectionist. ini betul. marah di mana silap sedikit. lepas itu dia juga garang tapi ikut tempat. saya pernah hampir dipotong tangan kerana menggunting langsir emak saya. abang pun hampir kena potong tangan kerana conteng dinding bilik stor. ahah. berjiwa seni. kalau SPMnya tak cemerlang. ayah tak suruh dia ambil perubatan, mungkin sekarang menjadi pelukis dinding terkenal. ha ha namun begitu. ayah tak pernah pukul kami. cuma kata-katanya lebih menyakitkan dari di pukul. suara tidak tinggi tapi mampu menghiris.
sejak saya menginjak remaja. hubungan dengan ayah semakin tak berapa baik. faham-faham sajalah jiwa remaja. saya suka memberontak sikit. ayah pula seorang yang perfectionist [diulang 2 kali. maknanya memang perfectionist] lagi-lagi di sekolah asrama. pernah satu ketika, sekolah saya kena pakai baju batik setiap kali keluar masuk asrama. heh. saya tak suka patuh kepada peraturan. pakai t-shirt biasa. nak dijadikan cerita. dah siap nak balik sekolah. ayah tanya kenapa tak pakai baju batik? hm, tak bawa balik. huh? bukan ke peraturan kena pakai uniform? erk.. tak ada baju batik, pakai uniform sekolah sekarang. pergi tukar baju. uish~ bengang juga. tapi memberontak dalam hati. dalam kereta itu kena sedas dua kalau kita tak patuh peraturan, siapa nak patuh?
kalau kita tak patuh kepada peraturan. siapa yang akan patuh? ayah tahulah sekolah asrama. kalau ayah jadi warden dah lama ayah lempang.
cuak gila!!!! *&^%$%^&*
cuak gila!!!! *&^%$%^&*
sampai sekolah memang kena perli ah. wei skema gila. apsal pakai baju skolah hahaha skema. gua buat muka sebal je. peh.
bila saya merengek nak mak dan ayah datang melawat ketika hujung minggu. sure ayah akan kata ayah dulu dua kali saja paklong datang melawat. tok tak pernah pun. tapi ayah datang juga walaupun cakap macam itu.
habis sekolah. kena pilih matriks di kulim kedah sebab dekat dengan rumah tok. walhal kawan-kawan ramai pergi melaka, negeri sembilan. saya kulim. seorang pula tu. #$%^(*&^% eh, tak tak, ada lagi sorang yang sama. henen. tapi kawan satu geng tak ada. rupanya memang saja mahu saya duduk dekat dengan tok di kampung. uish, sibbaik saya flexible. duduk kampung, adapt je. setiap minggu balik kampung. best gila. tok dah lah tere masak.
lepas itu, bila cuti ayah suruh belajar berenang. yang masuk kelas itu makcik-makcik saja. saya paling muda. argh~ kurus sekejap. hakhak tipu gila. mula-mula boring. lama-lama best pula.
ayah suka minum air nescafe. sangat suka. lagi-lagi yang emak buat. suka makan pisang. suka kari juga. tok kata memang ada keturunan pencipta makanan kari itu. eheh faham sajalah dah duduk belah-belah utara camtu. kalau ayah balik kerja, rumah tak boleh bersepah. dilarang tidur petang. bangun mesti awal. semuanya mesti kena pada tempatnya. dulu saya selalu tak puas hati. biasalah, duduk asrama. balik rumah mesti rasa nak qada tidur. adik-adik yang lain pun sama. bila tanya kawan-kawan yang lain pun sama. uish~
sekarang saya terfikir. semua yang ayah buat. tidak terlalu dimanja. tidak terlalu tegas.
marah kerana tak mahu saya silap. tegas kerana tidak mahu saya terlalu manja. begitu berhati-hati mengawal kebebasan saya. makan minum saya juga betul-betul dijaga walaupun berjauhan. bila fikir balik. kalau ikut jiwa remaja, qada tidur menjadi satu tabiat. saya baru sedar sekarang. banyak sangat ayat ayah yang saya simpan dan begitu bermakna. setiap kali hantar saya balik asrama pesanan yang begitu sebati : dont do anything that i wouldnt do
saya memang degil. tapi apa pun, perkara pertama yang saya fikir sebelum buat sesuatu adalah ayah dan emak. taknaklah mereka sedih sebab saya.
degil pun, saya pernah takut tidur seorang sebab apa entah. lepas itu yang temankan saya adalah ayah saya. wuwu~ [tetiba rasa nak nangis pula] cuba bayangkan tengah-tengah malam menangis sebab mimpi takut. ayah dah lah kerja awal. tapi dia bangun temankan saya. T_T tsk~
pernah di matriks telefon rosak. kebetulan ayah ada mesyuarat di penang. terus dapat telefon baru. wallah~ sebab susah nak berhubungan. huh. terharu sangat. bukan sebab disogok kebendaan. tapi sebab katanya susah nak hubungi saya. T___T sweet
ayah selalu outstation. sekarang ini sangat jarang bercakap dengan ayah sebab entah. mungkin lebih senang bersembang dengan emak sampai mak kata ayah merajuk. huhu~ bukan apa, bila nak cakap dengan ayah saja. saya hilang kata. lepas itu terus nak nangis. entah kenapa. saya rindu tapi tak tahu nak cakap macam mana.
pernah satu hari saya call ketika ayah di pejabat. bila dia kata terpaksa putuskan talian sebab ada meeting saya rasa sangat sedih. sangat. padahal saya bukan nak cakap apa pun. entah ahh.
tahun lepas. mak kata, ayah kata saya semakin jauh dengan ayah, lalu saya dapat ini dari ayah:
tulisan pada kotak ini:
your smile melts my heart
love me not?
returning kiss
huruf L
your smile melts my heart
love me not?
returning kiss
huruf L
dalam kotak ini ada coklat. sweet gila. 9 bulan tak jumpa ayah.
ayah. selamat hari ayah. saya tulis ini jam 2 pagi. lepas liqa. semua orang tengah tidur sekarang. nak tidur juga ni. sebenarnya saya rindu ayah. ah, malu gila. okay bye.
10 komen disini:
sweet doh post ni..
buat aku rindu ayah aku je..
huhuhuhu...
salam..
kampung kita samalah kat kedah..=D
sweet sangat..ayah jarang sangat nak bersifat 'sweet' tapi boleh rasa dengan jelas macam mana dia ambil berat..
ayah zati pulak kalau zati ada, tak pernah sekali pun dia mintak orang lain bancuhkan air..ayah zati amat bergantung dengan zati..semua zati yang nak kene buat..best..=D
salam2
alahai yna...
reminds me of the days when we're sharing stories and thoughts..
mse kt kmk ske cite2 sume haha
slamt hari bapa utk ayah2 sedunia
saya sayang abah saya :)
balqis: tang mana sweetnya? call ayah ko cepat!! :)
pencinta bahasa: hehe kite selalu sama kan zati
biasalah, ayah memang selalu macam itu. jarang sekali tunjuk kasih sayang. perhatian yang diberi seringkali tersirat
wah, itu dah jadi satu pengiktirafan itu..gunakan sebaiknya! ^____^
anonymous: miss you la cik anonymus..
huhu~ saya tak sempat nk email awak
entah apesal entah. masalah dunia banyak nih
planat untuk diri sendiri dengan org sekeliling belum buat lagi
saya nk share something act. nk tanya pendapat kamu.
life can be very unpredctable and really complicated. i need support
esspecially from u wuwu~
lets have some word later..
zT__Tz
Wuhuhu...
sweet betul, tapi sedih sebenarnya. terharu. bab belikan hp n bila ckp ngan ayah rasa nak nangis. Sama. sama. Tapi bukan jauh dgn ayah, tapi sebab x tahu nak ckp apa. Huhu...
huhu...
sama lah...tak tahu nak cakap apa. lepas itu awkward sangat2. lepas itu lebih banyak diam dari cakap apa2..sungguh segan sekali. saya pun tak pasti kalau ayah baca apa yang saya tulis untuk dia ini apa responnya. uish2~ cuaknya.
sembang je ape2 pon..lame2 ok la kot..=)
huhu~ done!
Post a Comment