Tuesday, 23 June 2009

i love you mr. M! oppps..

AMARAN : post ini terlampau 'pendek'. ni mesti sebab blog 3 colum. semak.



hai dan salam. oh, sebelum terlupa. terima kasih kak balqis kerana berkongsi video ini. sangat-sangat terima kasih. setelah berhari-hari dan berbulan-bulan menulis tentang diri sendiri yang entah memberi contoh yang baik atau tak. saya pun terasa lost beberapa ketika. lalu melihat-lihat entri entri lama yang berkepam. tapi masih lost lalu tersentak dengan video ini.

tujuan hidup. purpose of life. ramai yang mencari. adakah tujuan hidup ini untuk mencari pasangan hidup? atau untuk menjadi kaya raya? atau menjadi seorang yang terkenal? menjadi seorang yang dihormati? menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya? rasanya semua itu akan sampai ke mana? sebagai seorang islam. hidup kita bukan sampai di liang lahad saja. tapi kita ada satu kehidupan yang kekal dan infiniti iaitu akhirat. ah, boringlah dia ini. asyik nak berceramah

eh betullah. cuba fikir balik eh, adakah tujuan kita sampai ke mati saja kejayaannya? kata syed qutb dalam muqaddimah fi zilal alquran:

maut bukannya penghabisan perjalanan hidup manusia, malah ia merupakan suatu peringkat perjalanan di tengah jalaan. segala sesuatu yang di capai oleh seseorang di dunia ini bukanlah merupakan seluruh habuannya, malah hanya merupakan sebahagian dari habuannya sahaja. segala balasan yang terluput di dunia ini tidak akan terluput di akhirat nanti.

ching! nampak tak? hah? tak?

hah itu tak bererti kamu perlu jadi ustazah. tak-tak. teruskan urusan duniamu. tapi perlu diingat yang ia bukanlah satu matlamat utama.

berbalik kepada video di atas. seronok bukan bila islam berada di atas. solat berjemaah sebaris. siapa pun gentar. zionist pun takut. siapa berani sentuh palestin. sekarang? orang islamlah yang termiskin harta, orang islamlah yang paling lemah, dalam pusat serenti, orang islamlah yang paling ramai. kenapa? kenapa? kenapa? ask yourself first before you blame others. macam mana dulu islam boleh berada di atas. adakah mereka seperti tamadun yang diatas sekarang? tak. mereka tetap kuat dengan pegangan iaitu Allah yang paling utama dalam hidup ini. malah semakin kuat bekerja untuk berjaya dan berjaya di dunia dan di mata ALLAH SWT. mereka menjadikan kejayaannya sebagai alat untuk capat matlamat.

macam mana? kawan-kawan. marilah kita perbaiki diri. yang miskin iman, miskin akhlak, miskin segala peri. bukan nak kata saya ini baik sangat. saya tengok gambar lama saya, baru perasan. baju saya lagi seksi dari kawan-kawan yang lain. sungguh dahsyat sekali. dulu tak rasa apa-apa pun. sekarang saya rasa sangat malu yang teramat paling bila tengok balik. malu sangat. seriusly. dah tak ada apa untuk dimisterikan lagi. saya suka lah jadi misteri sebenarnya. eh, kembali kepada topik asal.

pernah seorang kawan bukan muslim bertanya kepada saya. itu pun sebab baca blog saya yang miskin ini. hey, saya juga banyak soalan tentang hidup ini. betulkah ada Tuhan. kalau ada kenapa begitu banyak peperangan kerana agama. betulkah hidup selepas mati atau kita akan jadi hantu. dan banyak lagi soalan panjang. berpeluh juga masa itu. terima kasih kawan, kerana baca blog saya. marilah kita pergi program comparative religion. ching! ha ha. soalan sebegitu perlu di jawab personally. dan memberi kesedaran kepada saya betapa ceteknya ilmu saya dalam agama ini. sebab itu berpeluh tak ingat. islam sejak lahir tapi gentar dengan soalan berkaitan pegangan sendiri. watte.. (&^%$%^&*&^%$%

baiklah. macam mana nak baiki diri? marilah kita pergi usrah. ha ha. bosanlah dia ini. usrah untuk ustaz ustazah saja. taklah. usrah itu keluarga. keluarga sama-sama membentu individu muslim. ingat, hidup ini bukan sampai mati saja. cuba kita kira approximation umur mati kita

mungkin sampai 60 tahun bahagi akhirat yang infiniti. berapa? apa? syntax error? calculator pun tak boleh kira. maknanya infiniti. cukupkah amalan belajar mengenali pegangan selama hidup 60 tahun nak bayar balasan yang infiniti? cukupkah? mujur Allah itu pengampun. tapi kalau mati kufur? sempatkah diampunkan? nau'zubillah.

nak mengenal agama? belajar dari sejarah kita. belajar bagaimana sahabat dulu mengabdikan diri demi islam dan patuh. mereka boleh saja berjaya. belajar dari orang yang dekat dengan Rasulullah. kenali mereka. bagaimana? belajar lah sejarah kita. KITA.

tarbiyah diri. di samping mentarbiyah orang lain. supaya kita tak di kata selfish di akhirat kelak. ahha tengok video ini. panjang sikit. tapi menarik juga



sambungannya klik sini

sebab tak boleh embeded. ha ha

ya Allah tetapkan lah hati dalam mencari redhaMu.
tetapkanlah hatiku di jalan ini
sampai akhir hayatku
bukan sampai habis belajar saja
ameen
doa lagi panjang. baca sendiri. takyah tulis kat sini. malu ah.

okay okay serius serius. tak ada cara lain ke nak cari redha Allah? entahlah. awak cari lah cara lain yang membersihkan hati. dan menenangkan. lagi satu. boleh buat awak semakin rajin baca Alquran dan rasa seronok untuk solat. dulu kan saya selalu tak suka usrah itu. saya pun tak joinlah sebab saya ingatkan usrah itu sesi ceramah nak tegur kesilapan orang. tutup aurat, jangan couple, ah, panas saja telinga. tapi sebenarnya sekarang, bila jumpa saya sangat suka dan semakin bersemangat belajar. rujuk matlamat di atas. di samping boleh makan free. erk..haha saya belajar banyak. Alquran, siapa lagi nak tegur salah baca. belajar tajwid dan hafal sikit. dulu tak kenal pun al ma'tsurat itu apa. hadith itu ingatkan ulamak saja perlu belajar. islam itu hanya pada belajar hukum fiqh. hah kamu silap! rujuk usul 1 hassan al banna.

matlamat itu, nak kaya? semua ini hak milik Allah, cari redhaNya supaya diberi rahmat dan rezeki yang melimpah hah money minded punya orang $$$$$. rezeki kan dah tertulis di luh mahfuz sana. nak pasangan hidup? carilah redha Allah supaya disayangi dan kasih dan rahmatnya itu disalurkan melalui orang yang menyayangi kita. kita mana tahu siapa yang sayang kita dunia akhirat. Allah tahu. cari hormat dan terkenal? carilah redha Allah supaya supaya hubungan denganNya baik. baik hubungan denganNya insyaALLAH baiklah hubungan kita dengan makhluk lain walaupun kucing mahupun platipus.

oh ya. nak kongsi tak dengan saya tentang matlamat sila hubungi talian bebas tol 600 85 2022 smart shop. tak tak. hubungi saya. email. nombor talipon tak boleh tulis kat sini. heh~

maaf maaf maaf maaf kali seratus juta sebab terlalu panjang. sorry eh. terima kasih banyak banyak sebab baca sampai sini. ker...baca skip2? heh

dan lagi satu. bagi yang rasa dirinya daie. cukuplah nak berbalah sesama sendiri tentang sesuatu yang remeh. kerja banyak. okay bai.

8 komen disini:

Balqis said...

Pergh!!!

Betul, betul, betul...

x perlu tunggu jadi ustazah tuk bagi ceramah dan peringatan.

Seorang guru pernah berkata,

"Believe it or not, we were born Muslim! And Alhamdulillah, we are still Muslim now. So don't take it for granted. Do something with your Muslim's title. What's a title for then?

Suka dengan ayat ini;

adakah tujuan hidup ini untuk mencari pasangan hidup? atau untuk menjadi kaya raya? atau menjadi seorang yang terkenal? menjadi seorang yang dihormati? menjadi seorang yang berjaya dalam kerjaya? rasanya semua itu akan sampai ke mana?

ching!

dah tak ada apa untuk dimisterikan lagi. saya suka lah jadi misteri sebenarnya.

mungkin sampai 60 tahun bahagi akhirat yang infiniti. berapa? apa? syntax error?

bagi yang rasa dirinya daie. cukuplah nak berbalah sesama sendiri tentang sesuatu yang remeh. kerja banyak.

Bukti akak baca sampai habis, huahuahua....

Thanx peringatan di pagi hari ini. Cukup kenyang rohaniku! Alhamdulillah...

nak gi tgk video bidayatul hidayah. Ta ^_^

Liyana said...

kak balqis...haha tQ2~ komen anda sering buat saya nak tergelak..ha ha

ching pun dikira satu ayat ke? haha

apa pun terima kasih kerana baca hingga ke nokhtah terakhir pewit..really appreaciate it :-*

video itu tak silap sister yang study di rusia yang buat. kalau tak silap..

pencinta bahasa said...

salam kak..=D
zati pun dulu kalau ikutkan dari segi pemakaian boleh dikatakan 'seksi' walaupun bertudung. tapi bila lahir kesederan untuk berubah, zati pun berubah secara perlahan sampai sekarang ni zati bertudung labuh tak sepenuh masa sebab kat sekola takde yang bertudung labuh. masih mencari keberanian untuk menjadi lain daripada pelajar2 lain. nak wat baik pun susah. bukan soal bertudung labuh atau tidak tapi macam mana nak berubah ke arah kesempurnaan bagi manusia.

Narrated Abu Huraira: "The Prophet said, 'Religion is very easy, and whoever overburdens himself in his religion will not be able to continue in that way. So you should not be extremists, but try to be near to perfection and receive the good tidings that you will be rewarded; and gain strenght by worshipping in the mornings, the nights." (Al-Bukhari)

SangMentari said...

Entri panjang tapi amat berkesan. Sungguh manusia amat memerlukan sentuhan tarbiah dan peringatan yang berterusan. Manusia sememangnya makhluk yang alpa. Namanya pun insan, pelupa...

p/s Mulanya saya juga seakan penentang tarbiah(mula-mula sahaja) dulu. Namun, setelah tahu apa itu tarbiah, usrah dan sebagainya, saya rasa seronok. Dan pengamalan di sekolah dulu mampu dijadikan teras untuk dipraktikkan sehingga hari ini. Alhamdulillah...

Liyana said...

pencinta bahasa: wsalam.. huhu~ sama lah juga. bila kita punya surrounding tak menyokong susah juga. bila kita terasa sangat asing. walhal kita asalnya dari kalangan yang sangat jahil tentang itu semua. tapi bagi akak, satu perubahan itu xboleh drastik sgt. tkut nnti kembali kpd diri yg dulu. take it easy.. slow2~ heh :) xleh rigid sgt.

Liyana said...

sangmentari: betul betul. manusia memang perlu selalu diingatkan. kerana itu perlu tarbiyah secara konsisten

p/s: betul ke pernah menjadi penentang? wah, tak sangka. apa pun alhamdulillah...

hansuke said...

nice video.
zaman kegemilangan islam suatu ketika dulu.
islam kalah pada kristian pon sebab tak bersatu, dihalau kluar dari andalus.
kalu tak europe tu kompem majoriti nya islam semuanya..

Liyana said...

lalai sekejap. sebab bila alat di utamakan berbanding matlamat. huh~ ceh.

tapi apa pun islam pasti akan bangkit semula. pasti.