Sunday, 7 June 2009

ini bukan cerita pasal coffee

assalamualaikum! [alhamdulillah. bagi juga salam. kalau tak, main terjah saja biasanya]

memandangkan esok adalah hari periksa dan juga atas request jueann teringin baca entri pasal periksa saya nak tulis sesuatu untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang menyinggah. wallawei~ sepatutnya sekarang berpulun membuat dan mencipta soalan peperiksaan untuk dijawab sendiri. sungguh syok sendiri tapi berkesan! (ha, jangan close eh, mesti ingat ini tazkirah panjang lebar kan? baik baca sampai habis! tak baca, siap ah!)

hai semua. oh, semalam dan semalam kakak usrah datang bersama kak z [z bukan nama sebenar. mungkin ziana zain]. bagus juga. boleh lah sepak terajang orang yang tak sedar diri ini. dah nak periksa bermain-main jongkang jongket, lontar peluru dan tengteng. [oh, maaf ya mood semakin sengal sejak kebelakangan ini]

semalam ketika liqa' yang menseronokkan. [tak tahu kenapa bila liqa' mesti rasa semakin bersemangat waja untuk belajar. wiwit~] kami bertadabbur surah al-alaq. ini surah biasa dengar kan? tapi baru semalam saya tersentuh dengan ayat supaya mensedarkan diri. dalam-dalam kita mengejar cita, sibuk mengkorek segala ilmu yang kita dalami, perlu disedarkan:

Dia menciptakan manusia dari segumpal darah Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha Mulia Yang mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya Yang mengajar manusia dengan pena Sungguh, manusia itu benar-benar melampaui batas

[96:2-6]

beberapa potong ayat di atas cukup menerangkan. kita, manusia yang dilahirkan tidak tahu apa-apa tapi Allah ajarkan kita semua yang kita tak tahu. bagaimana? pena yang di jadikan perantara untuk di kita dapat semua ilmu itu. dengan cikgu, dengan buku dan pelbagai sumber ilmu lain. tapi terlupa. semua jenis ilmu ini adalah dipinjam dari Allah. tapikan adakah kita benar-benar kembali kepadaNya selepas menikmati segala rahmat yang diberi ini?

manusia yang melampaui batas bila terasa diri ini cukup. ilmu adalah hak mutlak dirinya. lepas itu tidak bersyukur. nau'zubillah. semakin berilmu semakin terasa diri sungguh pandai. [taknak!!!]

sebenarnya kita patut bersyukur sebab ada Allah. lepas apa-apa pun kita buat. kita ada Dia untuk berharap dan kembali. siapa yang yang tak tu memang ah. [warning diri sendiri]. macam zaman dulu kan, ibnu sina itu boleh belajar medic tapi hafal alquran dan hadith. saya sendiri dah 21 tahun, ilmu yang ada ini pun seciput nak hafal hadith dan sunnah yang berlemon-lemon. [motivasi diri: push diri sendiri. tekanan itu perlu]

macam mana ibnu sina boleh terer [rujuk: hebat]. sebab dia bila ada masalah cepat-cepat bersolat hajat dan meminta petunjuk dari Allah sebab dia memang yakin hanya Allah sahaja yang tahu segala jawapan kerana semua ini kan ilmuNya. dia hafal Al Quran dulu baru belajar ilmu lain.

dunia masa sekarang sering terhijab dengan siapa pencipta kita. buat kita terlupa tempat pengharapan yang sebenar-benarnya. bila sedih sebab keciwa makan panadol satu papan dengan coke 3 tin. [oh, kes juvana masa kini] macam tiada tempat mengadu. ya, normal. manusia itu sedihnya perlu tempat pergantungan untuk meluahkan rasa.

wahai manusia! kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah yang Maha kaya(tidak memerlukan sesuatu), Maha terpuji.
[35:15]

janganlah kerana terbuai dengan kenikmatan dunia, rasa semua sudah cukup dan merasakan segala apa yang kita ada adalah milik kita selamanya. dan ini lah yang menyebabkan kita begitu kecewa apabila kegagalan berlabuh dalam hidup. apa pun kena selalu ingat, Allah paling kenal kita. Dia paling tahu apa yang terbaik untuk kita. kita ini siapalah nak pertikaikan. kan?

ecece..cakap senanglah kan? oh, saya pun dah beberapa kali juga menerima kegagalan dalam hidup. yang paling tak best bila kita selalu berada di atas, sekali di uji berada dibawah memang sedih gila. lagi-lagi keluarga dan orang sekeliling memberi pengharapan tinggi. lebih-lebih lagi mak dengan ayah. lepas itu dibanding-banding dengan jiran sebelah rumah, anak kawan mak cik sedara [wattefish]. orang confirm tanya punyalah result nak banding dengan anak sedara. T____T lepas itu tengok kawan-kawan yang pernah kita kecapi kejayaan bersama sebelum itu tengah meraikan kejayaan mereka sambil bergambar gembira untuk masuk surat khabar. kita balik rumah makan pisang goreng sambil mamai macam tak percaya, rasa seperti mimpi menghadapi kegagalan [sungguh loser!] T_______________T

ayah sangat sweet masa itu. ayah kata, kalau kita tengok orang yang di atas memanglah kita rasa down. cuba kita sesekali tengok orang di bawah kita. tak ke kita patut bersyukur? wah, tQ ayah!

alhamdulillah. sekarang baru tahu erti redha. hah. itu pengajaran supaya berusaha lebih dan tidak manja. sekarang ini? gagal berkali-kali. boleh tenang dan tersenyum. [bajet kuat tapi kunun mantain] satu ujian sepatutnya buat kita sentiasa mempositifkan diri. sebab, kan taqdir kita telah tertulis. Allah memandang usaha kita. berzilionzilion kita berusaha. tapi tak dapat seperti yang kita nak, ingat, kepahitan di dunia, tak semestinya pahit di akhirat. dan satu kejayaan itu bukan satu titik nokhtah, tapi cubaan nak tengok kita ini seorang yang bersyukur, riak atau ujub. ahah! susah juga itu kan.

apa pun, bersyukur dengan ilmu yang kita ada ini. berusaha sehabis mungkin. belajarlah untuk Allah dan segala apa pun berharaplah padaNya. kerana kasihNya, kita ada disini. berpulun belajar ilmuNya. masih mampu untuk berpulun. masa belajar itu cuba rasakan kasih dan cinta Allah bagi kita peluang belajar ilmu dunia ini supaya kita jadi pandai. tak jadi macam manusia yang macam seketul daging yang kosong.

jagalah * .hati. * m.i.n.d.a * N A F S U*
jaga hubungan dengan Allah
jaga ukhuwah.
elakkan bergaduh dengan kawan-kawan dan jiran sebelah rumah
doakan kejayaan kita bersama kay! :) :) :)
tenang-tenang pun, cuak itu masih ada
okaylah okaylah tu je. tQ sebab baca sampai habis.

END

pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah mengering tintanya

nota kaki: tak ada p/s

eh, faham tak bahasa melayu yang saya gunakan?

-entri baca saja tanpa komen apa-apa-