dah jumpa dua2 ayat yang saya terdiam.
bila tengok balik. tak tergelak. serius. ceritanya bagus. abaikan mood saya yang banyak bergelak itu. haih. tak habis lagi ke dengan cerita ini? hah. tak tak. post ini tak nak cerita pasal ini semua.
mula-mula tak puas hati juga, kenapa cerita yang menerapkan tentang islam mesti dimasukkan unsur cinta. bila cinta berlandaskan islam, kenalah kahwin. bila fikir balik, dah memang zaman sekarang orang lebih tertarik dengan cinta. nak dakwah melalui lagu pun kena masukkan unsur cinta. baru tertarik. teringat dulu saya begitu anti dengan nasyid yang berunsur cinta. sampai tak nak dengar langsung. walhal, lagu-lagu lain yang saya dengat pun ada unsur-unsur itu juga. cuma genre yang berbeza.
cinta cinta..semuanya berkait dengan hati. hati itu. saya rasa hati saya bernoda. kotor. kenapa? sebab saya ada admire orang. hmmm, adikku, perasaan itu lumrah manusia. kita tidak boleh menafikan perasaan itu. Allah telah menciptakan manusia itu berperasaan. cuma, ianya harus dikawal mengikut apa yang telah digariskan supaya kita tidak mengikut hawa.musibah.
saya tak suka cakap pasal ini semua sebenarnya. saya teringat dulu kawan baik saya ketika tingkatan 3. kami berkongsi semua cerita. tapi bila berkaitan kisah cintanya, dia tidak ceritakan kepada saya. sebab dia tahu, saya seorang yang negatif berkaitan ini. tapi, lama-lama buat dia semakin jauh. lama-lama saya belajar sesuatu. hait hait~ tutup cerita ini.
saya bimbang apa yang saya cakap di sini akan memakan diri saya sendiri. dan saya akan menyesal.
sometimes, something is better left untold
manusia memang mudah mengkritik segala kesilapan orang lain. tapi selalu terlupa dia juga boleh melakukan kesilapan yang sama.
mudah menerima kebaikan dan mudah juga melupakan kebaikan itu. sangat mudah menabur janji tapi lupa untuk kotakan. suka memberi nasihat dan saranan tapi lupa laksanakan untuk diri sendiri. sebab dia hanya melihat dan menafsir apa yang dilihat. tapi belum pasti dia melihat dirinya sendiri.
lagi satu yang saya belajar. kita selalu belajar dengan orang yang kita rasa begitu baik. tapi terlupa dia manusia biasa. bila dia silap, kita akan rasa sangat kecewa lalu meninggalkannya. sewajarnya, kita bersyukur kerana Allah memberi peringatan kepada kita melalui sesiapa saja yang kita belajar.
seseorang yang tak baik pada pandangan kita, tak bermakna buruk pada pandangan penciptanya. boleh jadi, orang ini yang banyak mengajar kamu mengenal erti hidup dan boleh menyentuh hati.
mudah mentafsir seseorang melalui cara dia berfikir, cara dia bertindak, tapi kita lupa, mereka punya hati untuk dibaca. bukan mudah membaca hati seseorang kerana sesetengah orang bertindak melalui hati, bukan fikirannya.
ahh, bila cakap pasal manusia. manusia mudah buat silap. manusia tak sempurna. selalu lupa. tapi tak bererti kesalahan wajar diabaikan lalu diulang ulang ulang ulang ulang ulang kali beratus ribu juta lemon.
puding
dysphoria
jatuh cinta dengan lagu ini. ^_^
kuiz di facebook kata hati saya hati pasir. ha ha. pasir boleh buat kristal.
12 komen disini:
saya rasa hati saya bernoda. kotor.
kenapa?
sebab saya ada admire orang.
hmmm, adikku, perasaan itu lumrah manusia. kita tidak boleh menafikan perasaan itu. Allah telah menciptakan manusia itu berperasaan. cuma, ianya harus dikawal mengikut apa yang telah digariskan supaya kita tidak mengikut hawa.musibah.
deep..=)
eh..aku lupe nk update..aku dh tak sgt suke kpd dia..krn, ayat sorg teman, bebaskan diri drpd rasa terikat dan memiliki..
hihihihi
nway, best ke cite tu? aku nk tgk tp exam blom abs...n takde kwn nk tmn..
kwn2 aku, aku ajak, sume cm tak mnt
melancholia - mental disorder characterized by extreme depression, severe depression etc.
fuh! dahsyat sungguh penyakit ni.
balqis: oh, tu dialog mane tah aku dapat..
betul juga kata kawan ko tu. bebaskan dirimu~ cewah!
ahha..exam dulu..tengok cd pun bleh.nak kate best tu oklah..ramai org kate best. tapi aku rasa mcm xde perasaan pula..
ibnu yazid: kadang2 orang yang sakit ini akan rasa macam dia sakit tapi sebenarnya tak sakit.
rajin betul cari maksud. cuba cari dysphoria tu apa.
Dysphoria (from Greek δύσφορος (dysphoros), from δυσ-, difficult, and φέρω, to bear) is generally characterized as an unpleasant or uncomfortable mood, such as sadness (depressed mood), anxiety, irritability, or restlessness. Etymologically, it is the opposite of .
Dysphoria refers only to a condition of mood and may be experienced in response to ordinary life events, such as illness or grief. Additionally, it is a feature of many psychiatric disorders, including anxiety disorders and mood disorders. Dysphoria is usually experienced during depressive episodes, but in people with bipolar disorder, it may also be experienced during manic or hypomanic episodes. Dysphoria in the context of a mood disorder indicates a heightened risk of suicide.
Thanks to Babylon Pro! Now, all in a single click. (^__^)
p/s curious tul dgn words yg pelik2 nih. haihh..am i obsessed?
walla!!!
it is the opposite of euphoria.
hah obses. tak lah kot. ade personaliti suka mencari misteri dalam perkataan.. (^_~)
kamu buat sy na tngok n bce this very story
tpi when it comes to buku in indo version, me lambat sket nk paham hahaha... very challenging hehe
nice post :)
anonymous: im sure there will be the translated version like the previous book AAC. eheh.
secara jujur. saya pun tak faham dan tak pandai cakap. merangkak-rangkak. huu~ dulu pun kena paksa baca AAC. tapi yang dah translate la. ngee~
tQ~
sometimes, something is better left untold
saya suka ayat ini~
uhuk~ ehe.. ^_^
tentang entri kamu. akak kadang-kadang keliru mahu mula komen dari mana... haha...
oklah, sudah baca KCB tapi belum dapat nontonnya lagi.
tapi pada akhirnya, memang akan ada sesuatu yang boleh akak bawa pulang.
heh, tersangat bersetuju dgn beberapa perenggan terakhir kamu. Undoubted.
Padahal macam rasa diri sendiri dah baguslah. (akaklah) sebenarnya bila kita fikir ttg org begitu/begini. Orang pun sebenarnya ada fikirkan benda yang sama ttg diri kita juga, kan?
So, treat people the same way we wanna be treated. Suka kata2 ini. never look down on anybody, for to Allah, they may be better than you.
Rasanya kamu pernah baca dlm entri pertama blog akak, kan?
^_^
Jom +ve!
ini namanya entri rojak dari pemerhatian yang dikumpul dalam beberapa ketika. ching! hee.., mesti keluar di malaysia masa akak cuti.
betul2..treat ppl as u want to be treated.
cemana tahu saya ada baca dlm entri pertama?
^_*
jom!
Post a Comment