Saturday, 20 June 2009

diari: makan tahu



ciskek. tak boleh kecilkan lagi vid ini.
ini diari. sebenarnya tak nak tulis banyak-banyak.

sebetulnya periksa telah beberapa hari lalu berakhir. namun, tiba-tiba ketua kelas mengkhabarkan yang kami perlu menduduki satu lagi kertas yang semester lepas punya pelajaran. ha ha. kenalah berpulun recall semua. rasanya neuron ingatan untuk matapelajaran itu telah tertimbus dengan neuron-neuron yang pelbagai sudah. nak gelak sajalah. lawaklah kejutan yang cikgu buat. ha ha subjek semester sebelum pula tu. tak nak dah merungut. dah memang ni jalan yang di pilih. setiap apa pun pilihan pasti ada ranjaunya. entah apa. taknak lah tulis menda berfalsafah.

semalam pergi membeli belah. sangat penat. bukan beli barang untuk diri sendiri. tapi barang yang dikirim. hah. ke pasar baru. ada jual barang makcik-makcik yang macam kain batik, beg, langsir, kain baju kebaya, ala, senang cakap barang yang makcik-makcik akan suka. saya beli kain chifon terbaik untuk mak saya. dan juga telekung buat raya.

ramai sangat orang malaysia. shopping untuk raya agaknya. aduh, sakit pinggang. hah confirm pakcik itu orang malaysia. kerk kikiki~

lepas itu makan tahu berintik. entah lah apa maksudnya. mungkin ber inti tapi disebut ber intik. atau ada berintik macam rintik hujan. hm entah. tak tahu. tapi best juga. saya tak gemar sangat tahu. sebab itu saya tak masuk pertandingan makan tahu hari suka hari itu. tapi rasa tahu yang ini macam tahu tapi tak rasa sangat tahu dia mungkin rasa sikit je. tapi macam tak rasa tahu langsung. sedaplah. donut pun kata sedap. kami beli dua kali. makan tak ingat. habislah matlamat kecil sebelum balik untuk kurus. peh. bukan sebab tahu ini. tapi nasi apa entah merepek. confirm kolestrol tinggi sebab ada kambing. pergh~ hyperphagia.


semalam di depan FO heritage. ada seorang pengamen kanak-kanak jual surat khabar. kesian sangat cara dia approach kami kat dalam kereta masa itu. lepas itu sebelum bagi dia duit, nad tanya soalan, sebelum itu saya mahu tanya kamu 20 + 96 berapa? hm 109. eh salah, 119 lah. [budak itu dah risau] tak apa soalan bernilai 2000rp. cuba baca surah alfatihah. dia pun baca. pastu dapat duit dari nad. nad suruh dia pergi sekolah. banyak lagi tempat lain untuk beli belah. tapi macam boring nak cerita. sini memang banyak tempat menghabiskan duit. duduk rumah saja. jangan keluar. duit kamu akan selamat.

gambar. kawan satu kelas upload banyak gila gambar lama. masa tahun 1. bila tengok balik ada beberapa gambar buat saya rasa. hmm...malu? konflik dalam diri. uhuk. entah. untag semua! tapi terima kasih kepada kawan yang upload kerana mengingatkan memori lalu..termuhasabah sekejap. bahaya betullah benda tag2 nih. tetiba je masuk profile. a picture is worth a thousand words. T___________________T

tak tahu nak beli apa untuk ayah sempena father's day. susahlah orang fussy nih. penat fikir.

itu saja. diari beberapa hari ini. makan tempe setiap hari. duit habis beli belah.

p/s: kakak dentist dah msg untuk follow up pemeriksaan gigi. wee~

4 komen disini:

Balqis Riza said...

sedap!

Liyana said...

uits..mana ko tahu sedap? ha ha

Balqis said...

Terima kasih untuk video itu. Hehe... sduah dicuri!

Biasalah exam2 terkejut ni... be prepared!

Beli belah untuk balik mesia? Bila balik? sempat raya kat mesia tak? Uhuhu.... cuti berapa lama? (banyaknya tanya, balqis!)

Okay, tauhu berintik tu nampak sedap...

betul, duit paling selamat time exam, sebab jarang kelaur bilik dan kurang makan... so, loss of weight juga!

Tempe!! Teringat cerita KCB. Dah tgk kan? ^_^

Liyana said...

haha exam terkejut mengejut dikejut! wah!

haah. barang orang kirim yang banyak. nak beli untuk diri sendiri pun tak tertanggung. balik 29 hb ini. raya itu tak pasti lagi, tapi tak boleh lepaskan peluang raya di rumah! cuti sampai awal bulan 9 (dah jawab semua soalan ngaa~)

agak sedap. tapi tak tahu lah sedap sebab lapar atau memang sedap haha

oish~ ya betul!! nak keluar pun rasa bersalah. makan terlupa. tapi lepas itu terus terusan makan mantain..haha

tempe..haha cute. si penjual tempe yang begitu lurus. lawak sungguh.jujur. tapi kesian sngt. tak boleh fokus sebab kena buat tempe. last2 9 thn baru grad. kesian a...