Friday 12 June 2009

tag dan award dari kak balqis


post ini adalah untuk membayar hutang tag dari kak Balqis. saya pun tak pasti perlu buat keduanya sekali atau salah satu sahaja. tapi di sebabkan saya bermood rajin. saya buat keduanya sekali. :)

award pertama


Rules:
1. Put this badge in your awesome blog.
2. Award this badge to 10 bloggers whom you think are inspirational and friendly.
3. Make sure you put the 'recipients' names here, along with their links.
4. Let them know about this.

okaylah. saya tak tahu nak senaraikan sampai sepuluh. nanti bias pula. lagi pula saya pun tak pasti penulis yang saya nak senaraikan itu selesa ataupun tidak. tambahan lagi saya tidak rajin me link semua. maka. saya hadiahkan award ini kepada semua bloggers yang berkunjung ke sini. tahniah kerana anda penulis tegar yang yang masih bertahan menulis hingga kini. [erk] tahniah! bukan mudah untuk gagahkan diri dan istiqamah dalam dunia berblog ini.

award kedua

a) Copy badge "Vespa 3logger Award Friendship" di atas untuk diletakkan di blog anda.

done

b) Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

oh, kak Balqis ini. saya baru saja berkenalan dengannya melalui blog. pertama kali singgah ke belognya saya tertarik dengan entrinya tentang BUKU. yeah, nak kata saya ini ulat buku tak lah sangat. mungkin saya suka baca buku saja. dan keinginan mempunyai buku itu tinggi. saya cepat teruja bila pergi pesta buku. atau kedai buku yang penuh buku. tak kisah lah duit habis pergi pesta buku. kan ada orang dia sanggup berhabisan beli baju dan sebagainya. tapi saya ke arah ini. okay sambung balik, ada bukunya yang saya dah baca. so saya jadi excited sebab saya suka discuss tentang buku yang dah dibaca. then, tak sangka buku yang saya baca of courselah kak balqis dah baca. bestlah juga share pendapat tentang penulis dan buku! [mood bertukar excited]. okay lagi satu. entrinya senang untuk difahami oleh semua. umum. tentang cotton bud, common, tapi ada somthing. tentang sawan, semua boleh faham. then saya terus follow tanpa teragak-agak, dan tak bagi salam tiba-tiba saja menjadi follower. sungguh stalker saya ini. ha ha maaf ya. ^^ tapi sebenarnya saya seganlah. [blush]

c. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri.

opsss sebelum apa-apa. sila berlapang dada. saya tahu kalau nak bercakap tentang diri mesti nak puji diri. ha ha. apa-apa pun bersedialah membaca saya mengangkat bakul sendiri. huh? okaylah okaylah..tak..saya tak puji diri.

1. saya suka pink. maaflah sila geli sekarang. katalah apa saja. tapi betul. donut pernah kata, saya nampak saja brutal, tapi suka pink. sungguh tak masuk langsung. saya hanya menjawab, brutal di luar, dalam hati lembut okay. he he.. sungguh perasan. tapi saya akan gembira bila dikelilingi pink. bukan yang shocking! tapi yang soft. what everlah. tak terlalu obses. mungkin sikit. hehe

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.


dapat dari sini

2. saya tak berapa gemar bila orang yang tidak mengenali saya atau mungkin baru kenal. tapi suka membuat kenyataan seperti dia mengetahui tentang diri saya sejak saya dilahirkan termasuk apa yang ada dalam hati saya. bila ini berlaku. mood saya yang riang akan berubah serta merta menjadi garang dan ganas. kalau kamu boleh membaca fikiran saya. sila simpan dalam hati. tak perlu beri tahu saya. nanti saya amuk. [dalam hati]

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya." (Qaaf: 16)


see, hanya Allah saja yang tahu semua. even parents pun tak faham semua tentang kamu. manusia susah dijangka. jadi jangan senang-senang judge seseorang dari pemerhatian luaran okay!

3. saya degil tapi manja. ini bukan saya cakap. mak saya yang cakap. tak boleh ulas banyak. nanti lain pula jadinya. saya rasa saya gagah dan patuh kepada undang-undang sekolah. [erk] desire. saya akan buat apa saja untuk dapatkan apa yang saya nak. tak ada siapa pun boleh halang! mungkin sebab itulah di tabal sebagai degil agaknya. tapi kena ingat ;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. Al-Baqarah (2) : 216


4. tak suka bangun lambat. mood tak berapa baik jika bangun lambat atau tak cukup tidur, tidak suka menunggu. bangun lambat, terpaksa menunggu. ahha, faham-faham sajalah. jadi pendiam seharian.

5. pertama kali jumpa, nampak macam pendiam dan antisosial. tidak akan menjadi ramah jika tidak di approach. [testimonial dari beberapa orang]. sangat terbuka jika saya selesa dengan seseorang sebagai sahabat. tapi tolonglah jangan sekali-kali hancurkan kepercayaan saya. siapa pun. sejak sekolah memang begini. tak suka bersosial sangat, berbaik dengan senior atau adik junior untuk di jadikan jambu atau adik beradik angkat. itu bukan saya. tapi kalau saya sudah senang dengan seseorang, sayalah orang yang paling mesra dengan orang itu. no doubt! [yeke? eh, bagi saya mesra la. orang lain tak tahu pula] hi, selamat berkenalan!

6. tak pandai baca map, selalu sesat. eheh. merisaukan mak dan ayah. sebenarnya, takut melintas jalan dan memerlukan kudrat dan keazaman yang tinggi untuk melintas jalan besar.

7. saya agak sensitif, clumsy dan senang cemas tak tentu pasal. donut kata maybe ini penyakit anxiety disorder. tak seteruk itu rasanya. tapi jangan risau. saya akan cuba tidak membuat kerja last minit untuk mengelakkan saya pengsan mengawal rasa cemas. manusia perlu. PERLU berubah untuk menjadi lebih baik

8. memakai cermin mata sejak darjah 5. mata kiri lebih rabun dari mata kanan. sekarang sudah mencapai kuasa 450 mata kiri kanan 325. suka baca buku sebelum tidur. [hah maybe sebab ini lah kot rabun bertambah-tambah. baca terbaring-baring dengan lampu terpaling deem]

9. right handed yang TAK PANDAI MASAK. wiwit~

10. tidak memilih kawan. tapi memilih kawan untuk dijadikan contoh tauladan. saya mudah dipengaruhi aura. aura negatif. saya turut bernegatif. aura positif, saya akan positif.

banyak lagi nak tambah ini. sepuluh je ke? semoga kamu berubah liyana. hmmm...nampak macam banyak sifat negatif saja. bagi banyak positif terasa macam perasan pula. ambillah apa yang ada ini.

d) Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

donut cokelat.
bagi banyak sikit koleksi tag kamu. amacam?

balqis riza
you are the best lah.

amalyn
sila buat.

nisa'
kawan sekolah menengah. jangan malas okay!

shaera
ex dormate yang lawak.

fatin surayya
kita pernah jadi dormate masa f1 kan?

tambah lagi dua orang
duha dan has.
hari tu kata nak buat sangat. ambillah!

ha, dah kena tambah. kan dah cakap. tapikan lain dari statement di atas. kata taknak link. cakap tak serupa bikin. sorrylah, 6 nampak kurang dari sepuluh. alih-alih kena tambah lagi dua. wuwu~

PESANAN: tak wajib buat. suka hati. entri ini sebenarnya entri penghargaan dapat award ni. first time dapat award. sangat-sangat hargai! kalau kali kedua dah tak special. award yang pertama selalunya akan selalu ingat kan? terima kasih kak Balqis!!

p/s: jangan salah taip blogspot tu tau. nanti pergi link ke web pelik. try klik ke sini drgliyana.blogpot.com.

okay bai.

4 komen disini:

Balqis said...

panjangnya... =p

betullah, dah klik pada link tu dan dia pergi ke lain... boleh pulak?

bahaya, bahaya...

Liyana said...

sebenarnya buat dah lama. pastu bila teringat nak tulis apa 10 tu, tambah2..lama2 jadi panjang n banyak..

ahhah..magic kan..cuba buat akak punya adress but salah eja blogspot tu..nant pegi sana x.

Balqis Riza said...

wah..saya ditag...
sabar yaa teman..
exam la..hehe

nurul amalina said...

x perasan di tag. nnt lah kalau free.

selamat study~