Monday 1 June 2009

terima kasih kakak yang comel


okay. i break the rule. rule number 342 sila fokus

sebenarnya tengah baca topik temporomandibular joint disorder. tapi tak tahan sangat nak tulis juga. semalam dengan gembiranya pergi kedai baju Rabbani yang tengah promosi baju sempena cerita "ketika cinta bertasbih" iyalah, baju-baju pelakon dalam cerita itu. selepas itu dengan penuh semangat memilih baju yang ala-ala artis [eh tak delah. yang paling simple dan selesa adalah yang paling suka] mula-mula pilih satu baju, kemudian tiba-tiba kakak promosi kedai Rabbani telah berjaya mempengaruhi untuk membeli satu lagi baju yang kainnya begitu lembut dan selesa. maka telah membuat keputusan membeli 2 baju. serius dah macam tak ada baju saja. macam-dah-tak-ada. [oh, tak faham jiwa wanita. sila senyap]

lepas itu nak di jadikan cerita. seorang wanita yang bergelar naqibah telah membayar baju-bajuan itu. terkesima tapi masih bajet cool, menarik wang itu dari kakak cashier dengan automatik berkata "jangan!" insiden tarik menarik duit ini berlaku beberapa minit. akhirnya, terpaksa mengalah kerana kakak cashier di bantu keras oleh gadis-gadis disebelah. maka, dengan rasminya anda telah bergelar seorang gadis yang di belanja membeli dua helai baju ala-ala artis dalam cerita "ketika cinta bertasbih"

kalau tahu, dah lama ambil lagi dua tiga helai. eh, tak adalah! waaa... macam nak menangis saja. apakah ini semua? adakah kerana saya nampak seperti seorang anak kecil yang bersedih hati, jiwa nestapa. macam mana nak fokus kalau camni. terpaksa melirik jeling baju baru yang di belanja. gua sayang nak pakai.

oh, terima kasih. xie xie ni. post ini adalah entri khas mengucapkan terima kasih kepada kakak yang comel lagi bergaya. okaylah. itu sahaja. sebelum itu, kakak itu telah meninggalkan beberapa perenggan bermakna sebelum beliau pulang ke tempat asalnya.

Berjuang Menempah Susah,
Menanggung Derita Menongkah Fitnah,

Itulah Gelombang Hidup Samudera Duka,
Seorang Mujahid Memburu Syahid.


Dibuang Dia Berkelana,
Dipenjara Dia Uzlah Dibunuh Syahid,

Namun Jiwa Tetap Mara Menuju Cita,
Membara Demi Allah Dan Rasul-Nya.

Berjuang Tak Pernah Senang,
Ombak Derita Tiada Henti,
Tenang Tegang Silih Berganti,
Inilah Sunnah Orang Berjuang.

Malamnya Bagai Rahib Merintih Sayu,
Dihiris Dosa Air Mata,
Siangnya Bagaikan Singa Di Rimba,
Memerah Keringat Mencurah Tenaga.

Berjuang Memang Pahit,
Kerana Syurga Itu Manis,
Bukan Sedikit Mahar Yang Perlu Dibayar,
Bukan Sedikit Pedih Yang Ditagih.

Berjuang Ertinya Terkorban,
Rela Terhina Kerna Kebenaran,
Antara Dua Pasti Terjadi,
Tunggulah Syahid Atau Menang...
-khas utk awk-

sangat sesuai dengan masalah dan kerunsingan yang dihadapi oleh anak kecil ini sekarang. [air mata bergenang]


okay. boleh lah menyambung perjuangan harmoni membaca buku. periksa bermula pada 8 jun ini. sangat gembira. erk? sedang cuba untuk bergembira. terbaca post kak Balqis di blognya tentang rumus dari profesor Volchenco supaya tidak panik. okay2 baiklah. tidak panik dan sedang riang gembira meng update blog tanpa sebarang gusar. oh, okay, tipu. sedang cemas sekarang. tapi masih terkawal. baik, sila baca buku sekarang.

anda perlu mengukuhkan ilmu sihir! serius kena serius no matter what! [rujuk: hadith ghulam]

itu sahaja untuk hari ini. selamat maju jaya kepada semua yang akan menghadapi peperangan yang menduga minda dan emosi. gyabo!



p/s: memori semakin parah. sangat.

p/s2: kak suhana jual contact lense berharga RM35 sepasang. siapa mahu?

p/s3: mak dah tanya bila nak keluar shopping barang. selepas exam akan ku serang itu bandung.

10 komen disini:

Balqis said...

Wah, bestnya ada orang belanja baju. Yep, hati wanita sukar dijangka!

Lagu itu, lagu asri rabbani waktu dia dlm arqam... sgt best... dah lama tak dgr. Dulu kwn yangs edap suaranya kalau bernasheed selalu nyanyikan dalam kelas (erm, waktu lelaki tiada).

Akak exam 8/9 Jun. (Eh, apsal tak pasti tarikh exam ni, aduh!)

Chaiyo!

Liyana said...

best sangat! weee~! betul. wanita memnag susah di jangka, jangan cuba faham wanita, cuma faham rentaknya

la, lagu nasyid rupanya. he he
saya kurang arif lagu-lagu lama. but boleh cuba download nanti. zaman dulu..bila teringat, rindu

lebih kuranglah waktu exam kita. wee~ takot!! [cemana buleh xsure?]

ganbatte ne!!!

jueann^^ said...

ehem2..kate xnk update?

erm, nk roses x?

[saye yg dpakse komen..aka blik sblh]

Liyana said...

dah tuleh atas tu..tak tahan nk update jugak..cik kak, bace neuro! esok exam kan


nk, kalau awak nk bg saya nk a...

[lalalala]

duha said...

nak baju jugaaaaaaaaaaaakk!!

tak aci nih..patut datang kedai rabbani jugak time tuh..

(kesian pada yg membelanje kak yana)

ahakz~

saya nak contact lense..tapi mahal~

=nIZaWa^^= said...

bestnye!!!!
akak blanje la sye jugak..^^
hehehe (kidding!)

Liyana said...

nizawa: nak jugak die.. :-* good lak esok ya!~

Liyana said...

duha: tu la dia tak ikot. lalala~ buleh tompang sekaki..eh, all the best socca esok!!! :-*

bukan baru bli ke ari tu? wuwu~

Farid Rashidi said...

Baju ala-ala KCB itu macammana?

Hati-hati siapa yang pakai contact lens itu. :)

Liyana said...

farid rashidi: ustaz, baju yang fesyen seperti dalam cerita itu. ^^

baik!! :)