Tuesday, 14 July 2009

algoritma


dah la. malas nak cakap banyak. orang kata budi bahasa budaya kita siap ada lagu lagi. tapi adakah orang yang praktik. yang praktikkan tu bagus lah. yang tak ni ha. lepas itu kerja depan kaunter. cakap macam nak cari gaduh. kalau nak marah-marah, tak payah kerja depan kaunter. pergi jadi komander lapangan. hek eleh. tadi kan, nak dijadikan cerita tengah beratur nak beli tiket LRT dekat KL central [banyak kenangan kat tempat nih. T___T]

kat belakang ada beberapa pelancong. bercakap-cakap "salamat, hindek, malayo, mahal kita-heh~ tipu :p" sah philipines. sebab dulu-dulu pernah tengok cerita pangako sayo. tahu lah sikit. tanya kat mana stesen LRT yang terdekat dengan pudu. heh gua panik gila (-_-)". sebab mana tahu selok belok KL ni. naik kereta pun sesat. tahu balik rumah je. then tanya orang kaunter. sekali dia bombangbungcincaicaubalalu. hek eleh. sombong sekali. tensen pulak. nak mengamuk juga ini. kak, kalau nak kerek, silalah pergi kerja di belakang tabir seperti backdrop crew. bukan menjadi penjaga kaunter tiket LRT. sekian

satu lagi dekat imegresen nak buat passport. time nak bayar itu. bagi surat tawaran universiti, dapat murah. sekali kena sembur "hish, bukan nak bagi dari tadi" heh, cik, mana saya tahu. akak kaunter sebelum ini tak minta apa-apa pun. lainkali tulis dekat papan kenyataan tampal depan kaunter. tulis besar-besar sikit bagi orang yang pertama kali datang macam saya ini boleh baca dengan terang jelas dan nyata. sekian.

sungguh tiada mood. tak jadi jumpa teha si anak jati terengganu yang turun KL. balik. baca buku. maafkan aku kawan-kawan.

dah lah tak sempat pergi rehlah. :( di putrajaya.



berkaitan dengan video. perhatikan elok-elok. baca buku tajuk ini. [terjumpa dekat rak buku kat rumah buku ini.] tapi kenapa masih ada yang nak bunuh diri dekat stesen LRT sebab putus cinta. lepas itu, lari dari rumah ikut kekasih hati, lepas itu ambil dadah rompak makcik tua. bunuh makcik tua dengan cucu. semuanya muda lagi. jadi begitu desperate sebegini. mengapakah mengapakah. mengapa????? aneh sekali. hanyut. pendek sekali pemikiran. terpengaruh dengan drama agaknya. mana datangnya drama entah. ingat ini kisah hindustan ke. tak pun macam novel. ada orang hensem nak selamatkan. ape kes? argh~ tensen sekali melihat berita sekarang ini.

kadang-kadang media massa ini selalu nak tayang berita-berita panas. yang paling tak boleh belah tentang dera-dera pembantu rumah, habis yang pembantu rumah dera orang sampai pijak-pijak itu? lepas itu semua orang menganggap orang berpembantu rumah adalah keji dan kejam. tak puas hati betullah dengan berita ini kadang-kadang. yang baik tak nak cerita. yang kejam-kejam itu yang dihebah seantero dunia. lepas itu orang yang tiada kena mengena bergaduh. astaghfirullah. apa nak jadi dengan jiwaku ini. begitu marah sekali kini.

lepas itu semua orang terlalu memikirkan bangsa dan negara. lupa tentang islam itu bersaudara. hek eleh. negara lain, bangsa lain, walaupun sesama islam. boleh berdebat dan bergaduh di mana-mana.

hah. teringat cuti tahun lepas. masa itu baru lepas belajar pasal buku shahadatulhaq tulisan Abul A'la Al-Maududi. balik rumah semangat masih berkobar, begitu terkejut dengan orang perempuan yang merokok lalu buang puntung rokok di atap belakang rumah. emak begitu histeria kerana takut rumah terbakar. izyan bengang bajunya berbau asap tembakau. kemudian dia mempunyai 3 orang boyfriend lalu keluar berpacaran dan menghilangkan diri secara senyap-senyap. tidak pandai solat. membaca alquran apatah lagi. ibu ayah tidak pernah peduli. beragama islam. begitu banyak sekali kerja kita untuk membetulkan semua ini. trit trit. kasihan sekali orang sebegini. tensen sekali memikirkan tanggungjawab seislam di bahu. terasa seperti ingin menangis. tak tahu nak buat macam mana. lalu bercakap dengannya dengan lembut seperti sesi kaunseling. dia pun menangis. doakan beliau bertaubat. solat telah di ajar. sebenarnya orang sebegini adalah mangsa keadaan. lahir, tak ada siapa ajar. kemudian terpengaruh dengan kawan sebaya yang mat-mat motor. mana saya jumpa orang ini? rahsia. sekarang dia dah pergi jauh.

okaylah. nak pergi basuh pinggan.

2 komen disini:

ain said...

salam~
sabar yana..
xpelah, orang nak marah2, biarkan dia...
janji kita jgn terpengaruh ngan emosi negatif itu( wlpn sedikit sebyk ter' efek' juga)..
aku sendiri rasa, org msia ni xseramah kat indonesia (maaf2 semua)..
susah sk8 nak senyum. kalo pergi kedai makan pn,layan xlayan je..
kalo kat indonesia laen, diorg siap senyum ramah, layan pelanggan baik2..
tapi..
xpelah..
kalo diorg tak senyum, kite senyum dulu. kalo diorg xbalas, anggaplah senyum tu utk dinding jua kiranya..
kawan aku ada ckp:
'xpenting apa yg orang buat utk kita, apa yg penting ialah apa yg kita buat kat orang lain'.. aku tgh nak praktikkan, wlpn kayaknya payah sih..=)
ganbatte!

checoredogpee_sung said...

huh
mmg disuatu sudut organ(xdpt dikenal pasti bah.organ mana) terasa sakit

difahami yg kita semua ni adelah manusia,yg kadangkala terbawa2 oleh emosi
bukan spt robot..yg sudah dprogram
xpenah rase penat-buat bnda sama stiap hari
tapi kalo dperhatikan manusia nih mmg dah mcm robot pun..asyik ulang kitaran sama lam hidup
tapi apasal sifat robot yg baik nih x pulak kita ikut..yelah i mean kawal emosi kita(sbb robot nih knsisten)

perasaan marah,sedey,hepi,jeles,cool..ini sume ALLAH kasi..ALLAH Xzalim nk suruh kita buang
ALLAH just nak suruh kita kontrol.
sume bnda nih kita pnye..so bila dah jadi milik kita..mksdnya kita leh kontrol.
mcm tangan(walau milik sementara)..kita leh gunanya tuk make nasi bila2 masa kita nk..x payah nk kene isi borg tuk booking/appoinmnt

penah ada sorg shbt..yg x penah nampak die marah (sampaikan nk imagine muka die masa marah pun x bleh)..bila die trasa tau (mgkn marah)yg amat, dia akn masuk bilik dan nangis sorg2.. x penah lepas prasaab marah kt org len..senyum je
mmg respek kat dia
ya dia mmg HEBAT

p/s-kpd cik counter LRT tu atau kpd sape2 yg akn atau trngn nk keje dlm bidang yg sama dgn bliau(include dr gigi)..plez,blapang dada la sentiasa,berlembut dan bersopan santun walau anda letih @bosan
skiranya anda marah,ya kami faham..tapi kami akn lebih mghargai dan memahami anda skiranya anda thn rasa marah anda..

harus ingt org yg kita jumpe ni bkn org yg sama

p/s2-kpd yg berkenaan(tn pnye blog)-jgn biarkan emosi mpengaruhi anda