Monday, 13 July 2009

blog ini akan menjadi blog rahsia tak lama lagi..


...mungkin [sambungan dari tajuk]

beberapa hari yang lalu saya telah menghabiskan hari-hari di rumah dengan menjadi surirumah sepenuh masa di samping membaca buku-buku ringan. empat buah buku yang saya baca secara marathon. satu yang menjadi satu buku fiksyen ranking pertama. terlalu banyak yang cuba diketengahkan oleh penulis yang telah lama bermain-main dalam fikiran saya.

seringkali saya terfikir untuk mengubah masa silam. membetulkan apa yang tidak supaya ianya boleh menjadi satu permulaan baru yang lebih baik. bunyi macam saya tidak bersyukur dengan apa yang saya ada bukan?

make yourself useful and live life the fullest, jadikan kita berguna untuk orang lain. bila di fikirkan lagi. saya ini bukan lah seorang yang begitu pandai untuk berkongsi apa yang saya tahu. apa yang boleh saya ceritakan hanyalah tentang hidup. tentang apa yang saya lihat melalui kaca mata sendiri. saya bukan contoh yang baik, saya bukan penulis yang baik, saya bukan pendidik yang baik. saya hanya orang biasa. namun, kadang-kadang terkandas di dunia sendiri.

malu bila silap yang begitu jelas namun tidak betah menyedarinya.

bulan di langit yang hilangnya memberi kesan kepada alam semesta, sistem cakerawala, ditemani bintang menghias dada langit malam. namun si kerdil yang sedang menulis ini, hilangnya di dunia ini, adakah kesannya?

lemah seluruh badan memikirkan. kan best kalau blog ini blog rahsia. maaf selama ini mencuri masa anda yang menyinggah. menulis tentang hidup yang mungkin tiada manfaatnya.

Api padam puntung hanyut, kami tidak di situ lagi...

2 komen disini:

Anonymous said...

rasia2 la plak

Aiman said...

"Semalam ialah impian. Esok ialah bayangan. Namun hari ini hidup berguna akan menjadikan setiap semalam itu impian yang bahagia dan setiap esok itu bayangan harapan." - Peribahasa Sanskrit

Kadang-kala, kita tidak tahu, apa yang kita lakukan, sebenarnya mampu menginspirasikan insan lain di luar sana.