Thursday 9 July 2009

baabun pintu


hari itu. angin begitu kuat menghempas dedaun pintu di asrama puteri. sudah menjadi rutin, di kala pelajar putera menunaikan solat jumaat, pelajar puteri diulit mimpi. itupun kalau tiada usrah dari ustazah yang menjadi warden ketika itu. jarang sekali ada.

hah, dengar bunyi ini. GANG!! kreeeeet GANG!! [ini bunyi pintu tertutup dengan ganas]

lagi beberapa minit waktu prep petang akan bermula. aku bingkas dari katil double dec [panggilan katil dua tingkat oleh eika, kawan satu katil dua tingkat] pergi buang plastik air teh ais yang tersangkut di tingkap. dibeli ketika balik kelas tadi. berjalan perlahan ke tong sampah. mamai tidur siang masih bersisa.

aku campak plastik air teh ais ke dalam tong sampah hitam di luar dorm dengan gaya menjaringkan gol bola keranjang. GOL!! bersorak dalam hati. aku buat pusingan tubuh 180 darjah berpaling ke belakang dengan penuh gaya untuk kembali ke dorm c2.4.

tiba-tiba..

kreeet GANG!!! tepat kekisi pintu kayu yang begitu gah lagi sasa fizikalnya mengena kepala. Aduh! aku hilang imbangan. terhuyung-hayang sekejap. pening lalat. cepat-cepat kembali keadaan waras. aku toleh ke kiri dan kanan. bimbang junior lalu lalang untuk ke bilik air. uish, kalau sesiapa nampak. memang jatuh standard! kakak senior langgar pintu!! KAHKAHKAH. (*&^%$@#$%^&(*&^ nasib menyebelahi diri, tiada sesiapa. syukur alhamdulillah. jika tidak, sudahlah sakit, ditambah malu pula.

tak semena-mena aku rasakan seperti sesuatu mengalir dari kening. merah. DARAH! panik! mula terasa pedih dan berdenyut yang teramat sangat di bahagian luka. aku tekup tempat luka untuk hentikan pendarahan. namun, gagal. cepat-cepat meluru ke dalam dorm. panik! rakan-rakan yang lain juga. mana tidak, darah tidak berhenti mengalir. eika, menghulur sekotak tisu. mardex dan yang lain mendapatkan aku. tanpa sedar aku menangis. menangis dengan dahsyat. tapi jujur aku katakan, aku menangis bukan kerana sakit. tapi terkejut. eh, tak. terkejut mungkin sedikit saja peratusannya. tapi yang paling aku ingat aku menangis kerana aku bimbang BERPARUT! wah, baru belasan tahun ketika itu tapi wajah sudah seperti samseng. Oh, TIDAK!!!!

mardex bawa aku ke bilik operasi pengawas ketika itu. kak ida, ketua pelajar ketika itu menyuruh aku berbaring, untuk mengelakkan darah terus mengalir. semua mengandaikan keningku perlu di jahit kerana bukaan pada luka itu agak dalam. warden bertugas yang membawaku ke klinik juga!! aku panik! serius. adalah satu dua ayat yang agak dungu aku keluarkan yang buat mereka tergelak. hah, aku tak mahu di jahit oleh sesiapa!!

cikgu warden yang paling di sayangi dan agak garang ketika itu membawa aku ke klinik. wee~ tak kena jahit! doktor itu tere sekali. adalah, cara dia merawat aku ketika itu tapi yang pasti beberapa hari juga kening berbonjol bandage. dan yang paling pasti, LUKA ITU MENINGGALKAN PARUT. tanda ingatan kasih sayang pintu dorm sebelah mahu aku simpan. mungkin. terima kasih incek pintu.

tulisan ini kenangan yang aku mahu semadikan di sini. ayat yang entah apa-apa yang aku keluarkan itu, biarlah aku rahsiakan. hanya mardex yang tahu. dan ianya sungguh memalukan. entah mardex masih ingat atau tidak aku tidak pasti.

7 komen disini:

Nooreena said...

Salam Yana. Bestnya berada di rumah! (jeles) Hihi.

Akak dapat rasa kesakitan Yana masa tu. Ditambah lagi, akak begitu takut dengan darah! >_<

PS: Akak pun ada parut juga. Parut sepanjang lebih kurang 50 cm. Jangan terkejut. :D

Liyana said...

wsalam kak reen! haha tiada tempat lain yang paling best selain rumah sendri..

akak takut darah? macam kawan saya boleh pengsan. tapi, dia seorang bakal doktor!

50 cm?????? saya terkejut. dekat mana?

Nooreena said...

Spinal cord. Seram kan? Huhu.

Liyana said...

spinal cord..!!

fsue said...

yana, c.2-4 tu bilik kita form 4 ke? knapa aku mcm tak ingat je insiden ni?

Liyana said...

haah! huhu~ ko xde da kot tyme ni...

mardexliciousSs said...

wahahahaha~~ aku baru bace post ni!!!! and aku tau ko ckp pe....

akak senior: eh ni mcm terok ni,kne junpe dokter,kne jahit ni...
yana: taknak kak taknak...kalu kne jahit mak saye blh jahit kan..
akak senior: mak awk dokter ke???
yana : *tak silap aku ko jwb camni* TAK,MAK SAYE CIKGU TAPI DIE PANDAI JAHIT~~~ *sambil nangis*
mardex: wakakakakakakakkakakaka~~~ yana,jahit kulit bkn mcm jahit baju la....wahahahhaha~~

durjana sungguh kan aku yana sbb gelakkan ko time tu...tp aku mmg ske la parut macho ko tu..i like it...huhu