Sunday 5 July 2009

love of my life





hari ini melakukan dua kesilapan yang mengecewakan. sungguh sedih sekali
pertama, di luar sedar menolak untuk menemani ayah menghantar abang ke kolej. ini betul-betul luar sedar. BETUL.

kedua, pada jam 10 malam, ayah minta buatkan nescafe. lepas itu, masak air. menoneng-noneng lalu terlupa lalu ayah pun naik tidur. mak kata ayah merajuk. saya betul-betul TERlupa. lepas itu pergi naik ke tingkat atas tanya ayah. dia kata dah nak tidur. kamu ini liyana *^%$%^&*(*%$%^&^%. performance tak baik. tsk~ habis reputasi.

***

banyak perkara yang nak di ceritakan. ayah telah mengkiwikan kasut saya. hoh. kasut yang berkusam itu seperti baru! tak pernah kiwi sepanjang beli. wah, sungguh terharu sekali! lalu, meminta saya memuat turun lagu zaman 70-an. queen. zaman rambut kembang. heh. lepas itu bercerita tentang lagu bohamian rhapsody berminggu-minggu menjadi top di UK. tapi di ban di malaysia. sebab? hehe. rahsia. ayah, kenapa penyanyi dia macam lembut saja. oh, inikan style zaman 70-an. oohh

hari itu mencuba resepi internet membuat pancake seperti dalam TV. wah, mendapat kritikan dari pemilik restoren nasi dagang yang berkunjung di rumah. katanya terlebih serbuk penaik. heh. dah buat macam dalam resepi. haih. tak apa tak apa. boleh cuba lagi. lalu mensuruh semua orang meletakkan honey dan chocolate syrup serta bluberry banyak-banyak untuk menyembunyikan rasa serbuk penaik itu. $%^&*&&^%$^ okay, isnin ini dan hari hari seterusnya breakfast pancake lagi! kakna nak berlatih sampai terer. hah?! taknakkk!! ceh. tak supportive langsung. lepas itu, ajak nasran, anak jiran sebelah rumah makan pancake itu juga. habiskan stock. resepi untuk 10 orang makan. banyak lebih. tiada komen dari nasran. hekhek~ nasran dengan kak suhana berborak tentang drama bersiri nur kasih. rasa macam lawak sebab perbualan antara wanita berkerjaya berumur 27 tahun dengan kanak-kanak lelaki sekolah rendah tentang drama bersiri?!! $%^&*&^% boleh masuk pula mereka berdua. tiba-tiba izzati pun boleh join. watte.. beralih kepada yuna dan seterus seterusnya. heh

hari jumaat harijadi izyan. dia balik dari asrama, sabtu, harijadi ayah. malam, satu keluarga buat makan-makan dan berBBQ. oh, abang juga pulang dari kolej. hasif sahaja di balik pulau. tidak cuti. ha ha best lah. kasihan itu orang yang di balik pulau. begitu jeles sekali ketika mentelefon rumah. tak apa, nanti boleh tengok gambar dekat facebook abang ada upload, he he. cis, baik tak payah ha ha. oh, ada juga jemput saudara mara dan jiran datang. heh. emak memang suka masak dan ajak ramai orang. ada nasi kerabu, laksa kelantan, dan side-side dish lain, serta kuih muih. orang kedah kena mengalah. ayah kata, tak kiralah siapa yang ada atau tak ada. tapi yang penting kita satu family berkumpul dan bergotong royong buat kerja sama-sama.








sudah sudah. gambar. cukup.

masih terasa ralat dengan diri. sedang berfikir macam mana nak betulkan keadaan. tadi abang demam setelah makan banyak malam itu. balik kolej dalam keadaan yang pendiam. eh, dia memang pendiam, tapi kali ini lebih pendiam lagi. izzati sihat. izyan, balik sekolah dengan gembira kerana mendapat banyak hadiah. ayah? tak dapat nescafe dari anak sulung. waaaa~~

*hargai keluarga walaupun kadangkala terasa seperti kehidupan dalam sitkom*

p/s: tadi minum air tebu. :p

9 komen disini:

Balqis Riza said...

slmt bercuti!! hehehe

Liyana said...

selamat bercuti jugak! heh dah sampai malaysia eh?

pencinta bahasa said...

salam kak..=D
cheere up..jgn sedih2..la tahzan..XD
kadang2 kita x sedar dan kadang2 parents senang ambk hati..insyaAllah ada banyak lagi masa nak tebus balik.

wahh,bestnye bbq dgn family. semoge seronok dan bahagia selalu di samping keluarga yang tersayang..=D

Liyana said...

pencinta bahasa: wsalam zati. he he..ada hikmat di sebalik kejadian itu sebenarnya. dan, akak tak dipersalahkan. yeeah..

apa pun dengan family mestilah seronok..
tapi apa pun, pahit manis suka duka dalam episod kehidupan mesti ada juga. kan3? tapi apa pun life is like a dream. family satu corak dalam kedihupan..

duha said...

salam..

besnye
besnye
besnye
besnye
besnye
besnye

p/s:kelmarin abah saya menelefon dan mengatakan "semalam ktrg buat BBQ kat rumah Ahmad (abg sulung)..best..ktrg makan smpai tergolek-golek kekenyangan"

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..
walaupun derang tak golek dan itu hanyalah lawak, tapi sy sgt jeles...nak BBQ di Malaysia jugakk~

"-____________-

Liyana said...

duha: bila bersama family, makan nasi kosong dengan ikan kering pun jadi best.

p/s: ha ha comel. saja nak duha jeles lah tu. supaya cepat2 balik..

jumlah BBQ di malaysia!!!!!!

duha said...

jumlah..
atau
jomlah...
??

haha..jom2..tggu kepulangan saya ya~

Liyana said...

haah ehh..jadi satu perkataan plak..haha hom2!!! lah.. hehe

boleh2..jangan lupa ajak..xsaba nk tunggu kepulangan kamu.. ohh ya, nk no talipon..oh ya lagi sekali no talipon saya 019***3727. lupa yg depan..sebab ini no baru

Liyana said...

typo: hom=jom ha ha ha