Monday, 10 August 2009
how i met your mother
hoyeah!!!
liyana telah berjaya mengabaikan blog selama beberapa lama.
ek eleh...lamalah sangat.
di sini saya ingin melaporkan apa yang saya telah lalui sepanjang mengabaikan belog. eh bukan sengaja. tapi kerana tak berkesempatan. rasa macam seronok pula. sekurang-kurangnya seperti ada life. tak adalah bosan tahap platipus jawa barat sampai satu hari publish 5 post. hoyeah.
mula-mula. saya balik ke kulim ke rumah tok. tinggal bersamanya seminggu. sempat juga memerhati personality and behavior seorang nenek yang sedang melalui usia lanjut. tak mengapa. ini lain kali saya bagi pendapat.
lepas itu saya pergi kelantan. KONSIS 3 hari, kemudian tinggal rumah mak long dan ayah long di kelantan. di kesempatan ini saya lawat kampung lama yang bernostalgia dengan sepupu-sepupu ketika kami masih kecil. rumah itu dah macam dah nak runtuh tak terjaga. semak samun. apa pun, setiap hari makan nasi berlauk. sungguh boncet sekali.
kenduri doa selamat atau kesyukuran. untuk abang yang bakal terbang melanjutkan pelajaran. ramai juga kawan-kawan emak erk emak punya kawan pula yang ramai. but okay je. sangat happy. kami sama-sama kemas dan prepare semua. semua mak masak sendiri. macam tak percaya. tapi percayalah. eleh mak memang suka buat open house. so, no problem punya.
oh ya, sabtu pergi walimah kak eka. kakak usrah online pertama saya. masa itu beliau masih di ireland. tahniah. juga kepada seorang sahabat yang saya kenal melalui yM. juga sudah menamatkan zaman bujang. uish~
itu sajalah. sepanjang perjalanan saya menaiki bas ekspres. cayalah. sangat bernasib baik duduk disebelah perempuan.
semasa pergi kedah, duduk sebelah akak pendiam. kata-kata pertama terakhirnya "sorry" sebab terpijak kaki saya
pulang dari kedah, pak njang yang hantar
pergi kelantan duduk sebelah seorang yang ramah jugalah. boleh tahan. bolehlah bercerita tentang rambutan dan buah-buahan tempatan serta tayar bas yang lambat pancit. (adeke patut bas lambat 2 jam setengah!!)
pulang dari kelantan. duduk sebelah nenek yang nampak muda. bercerita tentang salasilah keluarganya. percaya atau tidak, saya dah tahu anaknya berapa orang dan semuanya tinggal di mana serta tentang cucu-cucunya. apa dia bawa untuk kesana dengan sekotak buah duku langsat segala. huiyo~
tapi saya layan saja. mak kata saya ada bakat melayan orang tua.
okay itu saja. sekian terima kasih
p/s: tahniah abang kerana mendapat result straight A's untuk A level. terima kasih kerana menggembirakan mak dengan ayah.
hadiah, tunggu kakna kaya macam bill gate baru dapat.
di sumbat dalam
diari,
merapu sendiri,
my life,
my writing
9 komen disini:
huhu, ini bes...
salam..
wahh, bestnye kakyana gi jln2..
patutlah dah lame x update blog..
hanafijaafar: hepp~ tQ.
pencinta bahasa: heh~ saje nak bizikan diri bergerak. :)
aku tau.yang 1st komen tu mesti hanafi.sebab aritu die pg delete sampai 4 komen die kat post aku. nmpk cam bnyk je orang komen.hahhahhaha..aku pon busy ah cuti tak macam kat bandung seminggu boleh update 4-5.(xmacam liyana sehari 4-5 pot) hahahaha..
yana bagus la ade bakat nak melayan org tue bole jadi calon menantu pilihan hoho =P
dolat: haah..mmg die pun..kiki
hep22 ape plak sehari 4-5 post..nampak sgt ko tpu!
nur_amalina: tq amalina... :)
Post a Comment