Tuesday, 15 September 2009

esok balik


esok balik mesia. tak pack lagi. perkara yang paling tidak rajin dilakukan, pack barang untuk mengembara. eceyh. bunyi macam begitu adventure sekali. tak bawa balik kerepek, kuih muih mahupun brownies. bawa badan sahaja. tapi mungkin beli brownies esok sebelum ke airport.

hari itu, naik teksi. cuaca panas tak boleh nak cakaplah. bulan ramadhan. tetiba pakcik teksi keluarkan satu botol mineral yang besar. lepas itu cakap camni

maaf ya, saya ga puasa.. * bunyi air diteguk berteguk-teguk*


tengok dashboard, nama nur ahmad. erk. tak mungkinlah bukan muslim kalau dah nama nur ahmad. kalau nama masjoko agusti budiono bambang boleh diterima. mana tahu kristian. dahsyat gila. kalau ye pun. consideratelah sikit. minum depan-depan orang muda belia. buat malu saja. dulu masa kecil mak kata, makan depan orang puasa, akhirat nanti kena berenang dalam aliliur orang puasa. euw. tak sanggup. eh, tak patut tak patut. puding, mungkin dia ada masalah perut. husnuzzon. husnuzzon.

memang tak wajib puasa untuk orang bawa kereta setiap hari ke? mungkin dia gastrik.

oh yang tentang pasar baru itu. rasanya tak jadi nak tulis. dah tak ada feel. makcik-makcik kat sini baik aje. sesetengah yang pelik-pelik saja nak buat havoc depan pasar baru, ajak konco2 menyanyi lagu matta ada yang marah lepas itu cuit2 kami dengan jari. geli gila. (bukan geli yang geli hati itu. ini geli yang bermaksud perasaan yang menjengkelkan terhadap sesuatu.) sambil gelak-gelak. sayup-sayup cakap pasal keamanan dengan nada sinis. campur dengan bahasa sunda. eleh ingat orang tak faham ke. (memang tak faham pun) semua ini disaksikan orang di tangga depan pasar baru macam grandstand. orang dari tangga teratas nyanyi ramai-ramai. seorang tu datang cuit-cuit buat muka berlakon gedik-gedik macam nak menganyi kami 3 orang. dah la ramai-ramai kat tangga itu tengok. kang ramai-ramai itu baling batu ke, baling mercun atau pukul ke kan. tak balik raya. padahal puncanya. kami taknak naik teksi. lepas itu dia dah angkat barang masukkan dalam teksi dengan rakus. macam paksa. ergh~ orang kata taknak, taknak ah. jangan ah paksa. boleh imagine tak, kami 3 orang saja. di ketawakan dan dikacau orang ramai yang ergh taknak describe.

eh tercerita pula. padahal tak jadi cerita. tapi memang benci ah dengan laki itu. nasib baik puasa. rasa nak ambil gigi kapak dia buat lab nanti. sedih dan marah pun ada. pelik sebab kena jadikan kami macam elien. elien workshop. padahal muslim. duduk atas planet yang sama. berjalan guna kaki bukan guna tangan. kulit pun bukan kaler hijau atau purple. yang chinese layan lagi okay dari yang muslim. itu pun sedih juga. kata je muslim bersaudara. lagi nak cerita. lagi sedih. dengan tak puasa nya dengan gediknya. boleh tak berfikiran jauh sikit.

dah la. jangan ungkit lagi. jangan sebab seorang dua yang pelik kita nak cop semua orang sama. ingat itu. semoga mereka berfikiran matang cepat sikit. baca paper bukan paper local yang berat sebelah, baca semua jenis paper seluruh dunia. buka internet, google news. cari kebenaran, bukan ikut perasaan. assabiah sangat pun sampai buat kita berfikiran tak rasional baik tinggal kat hutan. tetiba mood bertukar nak marah. kang terkeluar perkataan pelik pula. **&%%&#&%**(*(()

berbalik mood nak balik malaysia esok. lalalala~

oh, kena study. ada exam 4 hari selepas balik raya. gigi tak dapat cari semua lagi. lagi-lagi gigi incisors. mana ada orang cabut gigi kapak yang perfect. nak taknak memang kena beli pasaran gelap. gali kubur. ergh~ sekarang ini pandang orang, nak minta gigi. dahsyat dah ni. kronik. lecturer lab konservasi kata tak boleh masuk lab kalau tak bawa gigi. huwu. tertekan. strict sangat lecturer yang satu itu. kalau muka demonstrator lab disection hatim macam gwyneth paltrow dengan liv tyler, lecturer lab konservasi saya macam muka allahyarham yasmin ahmad. fuh, serius sangat

p/s: ayah kata macam melancong. 2 minggu saja lepas itu balik beraya. uish, kawan-kawan semua balik, takkan xbalik pula.

p/s2: esok balik sendiri dari LCCT. berbuka dulu disana. bas ke KL central ade ke yang malam?

14 komen disini:

Balqis said...

Uish, dapat balik beraya mesia ker? uish... ini ga adil lho!

ga adil! Hehe...

Selamat hari raya Liyana aka puding caramel.

p/s: Suatu hari, saya mahu bertemu kamu dan makan puding caramel buatan kamu, bolehkah?

BaLQisRiZa said...

sempit la pkrn dorg..aku takot la nk blk..hummmmmmmmmmmm

takpe la..rayer dulu!!
welcome home dear!!
happy raya!!

Anonymous said...

kakna!ni yan!

kakna nk balek da esok???
bwk balek bende tau!!

nur_amalina said...

salam.. tabahkan diri tempat org yg sebegitu yana.. hmm salam aidilfitri juga dari aku di india ni.. smapaikan salam pade parent ko gak yer.. k take care maaf zahir dan batin ^_^

Nooreena said...

camat ari raye yana! ;)

Dolat said...

Ada yang marah hey~~
hahaha. thanx berbuka ngn aku. terharu!!!!!!!!!!!

munnamu said...

salam yana
sudah pulang mungkin kamu...
ehh... layout yang baru
sangay COOLio hehe
adore
sory yna
hilangkn ur address
my bad

~*puding caramel*~ said...

kak balqis: oppps! jangan gitu dong.

selamat hari raya n maaf zahir batin kembali kak balqis!

oh, boleh saja. cuma masa dan tempat dan ke availability an (broken sekali) ceh, pasal puding buatan saya? kena berlatih bagi rasa macam kat kedai dululah ye. segan nya..ada rezeki dan panjang umur. pasti kita berjumpa insyaALLAH..

~*puding caramel*~ said...

balqisriza: lek weh. jatinangor ok je. cuma certain orang pelik saja, ko beraya dulu, nanti barru fikir oki

~*puding caramel*~ said...

yan: takde mende. ari tu dah bagi jam kan?

~*puding caramel*~ said...

nur_amalina: hehe insyaALLAH. beraya di perantaun itu, telefonlah orang di tanah air... ari tu dah beli brooch n tudung siti kan vouge lah ko tahun ni

~*puding caramel*~ said...

noreena: camat ari raye kak reen!!!

~*puding caramel*~ said...

dolat: kalau tak aku nak angkut ko balik ngan aku sekali. haha..act aku xmo makan mcD!!!

~*puding caramel*~ said...

munnaku: takpelah..huhu~ i email u. cek inbox sekang!