semalam kan. jadual saya macam penuh. macam. macam saja. maksudnya saya tak berhenti bergerak pun. pagi, saya belajar sikit. lepas itu tulis blog tentang caries. lepas itu saya turun tingkat bawah sambil menjamah nasi goreng yang adibah buat, sambil tengok maid of honor di televisyen. lepas 10 minit saya terus bersiap untuk ke bandung.
masa bersiap, nak basuh mangkuk ala-ala korea berwarna pink hadiah harijadi dari kawan-kawan tahun ini dan mug kementerian pelajaran kesayangan sebagai peneman belajar. dah pecah. ya PECAH. sungguh mensedihkan. tapi nak buat macam mana. itu tandanya hayatnya sampai situ saja. tragis sungguh pecah terbelah dua. huwu~
lalu pergi bandar bandung dengan menaiki bas damri. bertuah betul semalam masa saya naik itu dapat bas aircond. saya pergi berseorangan saja semalam. sebab ada dental control dengan kakak senior yang dah clinical. ini perjumpaan terakhir kami.
selepas hampir 2 jam perjalanan, tertidur juga dalam bas. kalau terlepas destinasi pun tak sedar. tapi tak apa sebab damri memang akan berhenti sampai tempat yang saya tuju. lepas itu terus pergi singgah surau solat zohor dan asar. jamak. mesti tak sempat punyalah kalau tak solat awal-awal. tiba-tiba hujan turun mencurah-curah seperti hujan batu. lepas solat tak sempat baca doa. ambil kasut. dah basah lencun. haih.
tak apa, itu bukan nasib malang. sebab bukannya kasut hilang dicuri. lepas itu tunggu beberapa minit sebab hujan memang lebat juga. tapi sambung baca doa. haha. lepas itu jam 1 tengahari baru jumpa kakak dentist di klinik. habis treatment jam 2 lebih sikit. lalu pergi barang lab di kedai pembekal barang lab seperti gloves getah. asyik menjadi parasit kepada fatin farhana saja. gloves beliau sudah hampir habis saya kerjakan. juga beli lampu spiritus (pelita untuk lab. pelita?? tak tahu nama apa). 50 000 saya habis. nasib baik rupiah. tapi ianya ibarat 50 ringgitlah juga. haih
lalu terus pergi ke stesen bas tadi. baca nota nutrition sebab peperiksaan sudah semakin hampir. kali ini bukan bas aircond tapi bas yang tak boleh buka tingkap dan bocor kalau hujan turun dengan lebat. macam bas tongfong SMSS dulu saja. tapi lebih besar dari bas tongfong itu. ruang tempat duduk agak sempit juga sebab kaki saya panjang. lepas 2 jam dalam bas sure terasa seperti osteoporosis.
nasib baik saya awal. dapat tempat duduk. ada juga orang berdiri. huish macam manalah gayanya berdiri hampir 2 jam untuk sampai jatinangor nanti. sampai saja di stesen bas jatinangor sudah jam 4.10 petang. saya perlu kejar masa untuk usrah waktu lepas maghrib. cepat-cepat saya ambil angkut ke rumah. jam 415 petang singgah di gerai murtabak telur pinky, order saja. lalu saya berjalan laju ke rumah, singgah beli nasi padang. terlupa pula belum makan tengahari.
balik terus mandi dan bersiap untuk usrah. makan nasi padang. jam 5 petang terus keluar, ambil murtabak telur. terus ke masjid. solat maghrib di sana, usrah sampai pukul 7. pulang ke rumah. haha. takut juga jalannya agak gelap. saya pun telefon fatihah sebab cuak. dia tak angkat. saya pun buat-buat tak takut. walaupun jalan tak ada lampu jalan. sebelah kiri ada semak yang dulu ada anjing. kanan pula padang bola yang kosong. seram juga. tapi bajet berani. dalam hati nyanyi lagu bohemian rhapsody. eh tak tak. berdoa.
jam 9 baru start susun jadual untuk ulangkaji subjek peperiksaan kemudian jam 10 tidur. pening pula kepala. mungkin kerana hujan lebat tadi. pagi ini bangun jam 4. solat semua-semua. belajar. kemudian sekarang saya sedang menulis diari untuk hari semalam.
sekian.
p/s: sengaja perenggan tentang mangkuk di hilite merah sebab nak minta hadiah harijadi mangkuk baru tahun depan.
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
1 day ago
0 komen disini:
Post a Comment