Saturday 17 October 2009

kuah kacang seperti kuah spagetti

hari ini dirumah ada buat makan-makan kecil-kecilan. kami masak soto, bihun sup, nasi impit kuah kacang, rendang, pengat pisang, donat (ini beli dari ibu jual di jalan sukawening) , jelly manggo dan jambu, kek-kek dan sebagainya. kuih raya tinggal dua jenis saja. oh ya, berterima kasih kepada kawan sekelas yang menyambut deepavali lalu memberi kepada kami menjamu desert bernama "payasam." sebutannya "payasem~". bukan "balsem tiger" seperti yang amalyn sebutkan.

kuah kacang pun orang boleh tertukar dengan kuah spagetti. yang paling mencuit hati bila pengat pisang di campur dengan kuah kacang. ini kawan sekelas yang tak pernah makan makanan ini. tak pernah merasa. tapi sekarang dah tahu setelah ditegur rakan yang lain.

agak meriah juga. sebenarnya mahu jemput satu batch seperti tahun lepas. tapi disebabkan kami begitu sibuk dengan kerja rumah dan kekurangan tenaga kerja dan juga, jimat budget tahun ini kerana baru lepas bayar yuran tambahan sebanyak 27 us dolar tak tahu apa pasal. biasalah. huh tak biasa pun kena biasakan. ceh tak tahu masalah universiti atau bank.

hari ini baru berkenalan dengan lebih rapat dengan junior tahun 1. haha. hanya 5 orang saja muslim dan kesemuanya adalah perempuan. di mana pergi semua lelaki muslim??? oh mungkin mereka semua belajar di tempat lain dan tidak ambil jurusan pergigian di sini.

junior tahun 2 pula begitu havoc. sempat pula berdiskusi tentang assignment dan buku. sungguh intelek sekali mereka semua. terima kasihlah kerana sudi hadir ke rumah kami yang berwarna kuning ini.

semua nampaknya gembira kerana semangat muhibah yang ditonjolkan ketika memasak dan mengemas rumah kerana gelabah orang dah sampai tapi pisau dan chopping board masih di tengah-tengah ruang tamu.

sebenarnya, saya sangat rindukan emak saya sekarang. beliau sangat rajin memasak dan gemar membuat rumah terbuka. saya mula memasak malam semalam, sambung pagi ini. saya teringat emak. juga buat perkara yang sama jika ada rumah terbuka di rumah. tiba-tiba pula sentimental. huhu~ budu bukan makanan kegemaran saya, tapi saya makan di sini. sebab ia buat saya teringat emak saya. haha. padahal di rumah jarang sekali makan budu. ayah selaku ketua rumah tidak menggemari makanan itu. ikan singgang cicah budu yang ada cili api dengan hirisan bawang dan picit limau nipis. itu makanan kegemaran mak saya.

okay lah. nak sambung kerja lain pula. terima kasih rakan-rakan yang tolong kemas dan basuh pinggan tadi. sangat-sangat hargai.

ambil lah ini; love story; mozart.



walaupun saya rasa ini dari beethoven sebenarnya

8 komen disini:

hatim a.r said...

wah wah buat open haus!mane gambar?nak tengok food!!!!lapar neh

Balqis Riza said...

tak jemput pon~~
waaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Liyana said...

hatim: sorry tak de gmba yang fkus kat makanan ah..gamba orang2 ade ah. kalau ko makan org lain crite..

Liyana said...

balqis: aiya!!! dtg next weekend.

duha said...

:)

yum2

Liyana said...

thanks for comin

ashz_ami said...

that song is my fav ever..

Liyana said...

same here! :)