Wednesday, 21 October 2009

orthodontic: angan-angan yang harapnya boleh jadi kenyataan



bila tengok video di atas mudah, senang dan bergaya saja orang itu bermesra dengan dawai yang pelbagai diameternya. tapi secara realiti, jangan harap nak siap selama 5 minit. berjam-jam untuk membengkok dawai. tangan tak terluka, tidak sah. pasti ada tusukan dawai satu dua. jauh sekali untuk bercita-cita mempunyai tangan lembut dan tulus seperti iklan losyen bayi. setiap hari bergelumang dengan gypsum aka plaster of paris aka simen yang orang buat balut tangan atau kaki yang patah. muka bertempek-tempek simen. uish selekeh sekali. simen ini nak buat model gigi seperti video diatas.

hampir juga berputus asa untuk melanjutkan pelajaran hingga specialist bahagian orthodontic. kenapa orthodontic? secara jujur.

  • tidak mahu terlalu sibuk tapi boleh caj rm4000 satu pesakit.(actually it based on the complexity of the treatment and the material used during the treatment..haha im not that cekik darah)
  • pergi klinik ketika ada appointment saja supaya lebih banyak masa bersama anak-anak dan keluarga. mahu memasak sendiri dan mencuba resepi terbaru di televisyen setiap hari di rumah (cewah!!! kononnya tidak mahu mengabaikan keluarga)
  • tidak mahu on call. sebab itu tidak mahu dental surgery.
  • juga mahu mensenaraikan diri sendiri diantara muslim terkaya juga. (sungguh keduniaan. tapi tak apa..alat..ALAT..jangan lagha)
  • mahu kalahkan oprah. tak perlu jemput Dr. Oz yang jewish untuk melariskan rancangan tentang kesihatan. oh, sungguh racist sekali. (erm.. ini tipu saja)
  • mahu memastikan orang biasa boleh tersenyum dengan yakin tanpa rendah diri kerana gigi terkeluar, berlapis, atau bercakap selalu tempias terkena orang lain dan dapat menutup mulut dan mengunyah dengan betul.
  • mahu melihat orang yakin dan gembira dengan diri sendiri serta boleh tersenyum nampak gigi dengan gembira. orang lain gembira, hati menjadi puas.
  • mahu membayar kembali hutang pengajian kepada ibu bapa supaya mereka boleh mengerjakan umrah berkali-kali dan menunaikan hasrat emak yang mahu mengusahakan perniagaan telur masin di kampung halamannya, kelantan dan tinggal di sana di hari tua bersama ayah walaupun ayah orang kedah. sungguh comel perancangan mereka. (tak tahu kenapa telur masin, emak ini pelbagai..biarlah, asalkan mereka bahagia.)

okay, tak jadi berputus asa. membuat dawai ini perlu latihan. bak kata lecturer: ianya ibarat sukan menembak atau memanah. bukan sekali tembak dah kena sasaran. ia perlu latihan. makanya. mulai hari ini. ingin berlatih bersungguh-sungguh. insyaALLAH.. biarlah tangan tidak selembut bayi seperti dalam iklan, asalkan boleh mencapai cita-cita. huahua.

perjalanan masih jauh. sila berusaha dan bertabah! nak senang di hari muka perlu bersusah di hari belum muka (ini untuk diri sendiri)

sebenarnya ini hanya pandangan ketika belajar. padahal, modal membeli "dental chair" juga sudah beratus ribu. apatah lagi barangan-barangan lain. makanya, 10 tahun pertama perkerjaan, harus makan tempe setiap hari dan menaiki LRT atau berbasikal saja jika mahu kemana-mana. perlu merancang kewangan juga. haih. tiba-tiba tak jadi. nak belajar sampai habis saja sekarang. (matlamat jangka pendek)

okay. cukup dengan angan-angan jangka waktu 20 tahun akan datang. pergi belajar.

*be a good muslim by seeking knowledge*

6 komen disini:

aeinzaharuddin said...

sedang mengharungi saat2 ini juge. sabar jela. sem ni je kot ;p

hatim a.r said...

eh eh bestnye kau ade harapan jadi kaya.aku sampai mati tak kaya kot huhu.baru nk kumpul duit dh habis buat kawen bila nk antar mak bapak pergi umrah n melancong????

~*puding caramel*~ said...

aenzaharuddin: sem ni dan clinical year dan tyme kerja..huwu~ unless nk grad jadi surirumah

~*puding caramel*~ said...

hatim: takde ah..actually, ape2 pun kena kerja keras. kat atas tu angan2 je. aku bukan nak kaye sangat pun. cumenye, dot dot dot tp itulah dunia. org nampak materi je.

weh, kalau ade rezeki, bolehnye lah!

hatim a.r said...

xdelah nk kaya sgt giler2 sampai rumah 20 bijik ke ape tapi atleast boleh menyenangkan mak bapak lepastu boleh tanggung adik bongsu belajar.bapak aku pun lagi 2-3 taun pencen le.so xknlah nk suruh dia habiskn duit pencen sara adik aku blajar hehe.teringin jugak nk berbakti pada famili cewah

~*puding caramel*~ said...

wah2 same ah. lagi2 ak anak sulung. hehe tak sangka ko ini berjiwa mulia kepada ibu bapa juga. tapi aku tahu doc banyak boleh cari pendapatan tmbahah seperti buka pusat dialisis. satu bulan bnyk juga incomenye.

tp mcm dah silap konsep pula. doc itu bukan sebab nk pendapatan lumayan tapi untuk berbakti kepada masyarakat. cewah. tak pasal aku bercakap seperti yb