Monday, 26 October 2009

take me out indonesia



bagus betullah siapa yang upload dekat you tube ini. sharing is caring ye tak. tak boleh diterima dek akal. jam 5 pagi meninjau youtube dan bending wire. dua minggu lepas jam 330 pagi bergelumang dengan gigi berkalkulus. bersihkan.

cara-caranya, rendam gigi berkalkulus dalam clorox. calculus=kalkulus maksudnya. plaque yang sudah berkembang biak menjadi seperti karang batu melekat di gigi. ini adalah phase sebelum berlakunya caries. masih boleh diselamatkan menggunakan dental instrument seperti explorer.

okay-okay. selepas rendam dalam clorox. tapi lupa nak bagitahu. sebelum clorox. letak dalam detol dulu. antiseptic. langkah keselamatan. baunya, tak usah cakaplah. darah campur aliliur campur campur pelbagai mak nenek. hasilnya bau detol campur darah sikit campur bau tok nenek segala macam bau.

okay lepas itu pakai gloves dan topeng muka untuk elakkan time bersihkan itu terkena muka. uish ingat senang sajakah orang lab nak bersihkan lalu kita ambil dan pasang pada phantom..? tak dapat. tak dapat.

masa tahun pertama. baru dapat satu gigi manusia, nak pegang pun geli. pegang guna tisulah. sekarang? hah! ambil kau.

semalam telefon abang, borak-borak. brother and sis talk saja. nak hantar buku tortoralah, anatomylah apa-apa lah. tiba-tiba credit habis. whatthefisherman's friend?! (*&^%&^%^*

sekali dapat mesej :
habis kdt ke? lain kali abang call pulak ye. sekarang save kredit untuk gf.


OMG! you are sooo unfair!

teringat.. pada satu hari bersama teman serumah. makan malam depan tv. ada satu rancangan tempatan: take me out indonesia

realiti tv yang dia letak sebaris gadis-gadis seksi yang cantik la juga. kemudian seorang peserta lelaki akan keluar. gadis-gadis tadi akan vote lelaki itu. lampu merah atau hijau. merah, rijek. hijau accept. tapi kalau gadis itu seorang saja. terus dapat lelaki itu. tapi kalau ramai gadis yang vote hijau, makanya lelaki kena pilih yang mana dia nak.

nak dijadikan cerita. ada seorang lelaki ini chef makanan jepun. muka pun boleh lah tahan. boleh lah je. tak lah kacak sangat sebab muka jambu. not my type ah. cewah. lepas itu, ramai lah yang vote dia. then dia tunjukkan bakat buat sushi. semua yang vote 'yes' untuk dia dapat rasa. lepas itu setiap seorang akan komen. yang menarik minat kami satu rumah ialah seorang ini namanya vita. dia cakap camni "saya sebenarnya allergi udang. tapi apa pun rasanya sedap. saya suka" cewah

kami dah start suka dia. jujur.

lepas itu rancangan ini call mak lelaki ini di jepun, tinggal di sana. then dia pun cakaplah gadis yang dia pilih akan dapat pergi jepun dan segalanya di support olehnya.

yang lain semua bagi komen. boleh je. nak ikut apa semua. tapi vita tu cakap : "saya tak kisah, tapi apa pun kena tanya parents saya dululah ye"

macam dia pentingkan juga ibubapa dia kan?

lepas itu laki itu rijek la beberapa orang. tinggal 3 orang. vita itu pun ada. soalan last. kalau dia penat bekerja. apa yang gadis itu akan buat? vita jawab. "kalau penat sangat dia akan biarkan berehat, kalau tak sangat dia akan hiburkan." -saya rasa hiburkan means. mereleasekan penat agaknya.

betullah kan, kalau penat sangat pun mestilah nak rehat dulukan. consideratelah sikit.

yang lain ada yang jawab nak urutla bla bla

soalan lagi satu. apa yang buat diorang ini vote laki ini. vita ini jawab: "kali pertama dia keluar dia dah menarik perhatian saya". cewah

sweet tak sweet tak

satu rumah macam dah suka sebab nampak lah dia ini ikhlas. dan jujur.

but the end. laki ini pilih orang lain yang jawab

"sedap lah sushi tu. saya suka sangat"

"biasanya kalau penat saya akan urut"

"saya tak kisah kalau dia nak bawa pergi jepun"

"saya suka dia sebab cara dia pakai cool."

OMG!

apalah cara lelaki ini nilai agaknya. diba kata ini the ugly truthnya baca men from mars women from venus.

kalau ikutkan rancangan macam ini entah apa-apa pun ada. zaman dah berubah, cari pasangan melalui realiti tv. kalau ikutkan, siapa nak ambil pasangan dari realiti tv dengan pakaian tak semenggah semua itu. tapi kami tengok dari segi, apalah yang ada dalam mind lelaki tentang cara dia nilai seseorang itu

ternyata mengecewakan. dan tak berfikir panjang. in the end. ambil yang paling seksi dan paling cantik saja. haih. itulah. haih. siapa suruh tengok cerita tak berapa nak produktif ini?

ok, dah panjang lebar. sekian.

dah lama tak call kawan lama

14 komen disini:

hanafijaafar said...

anda sudah lihat movie "the ugly truth"? movie itu byk kotornya, tapi terlalu byk pengajarannya untuk kaum perempuan. movie yg sgt bagus...

balqis said...

weyh! haha..sku suke post ni..
betul dowh..laki bajet je ckp nk amk yg hati baik, ilmu ade blablabla, tapi percayalah, laki tetap amk yg seksi, cantek n ada rupe..
tolonggg laa..laki cmtu takde dowh..
bullshit belaka so that pompn akan rasa better..haha!

cm cite the ugly truth..laki tu sndri ngaku tariken sex semata..kalau pompn tu takde cool n sexual cmtu, laki tu tak pndg dowhhh..

mybe ade laki yg mmg amk hati..tp laki2 yg baik la..baik means alim la..tp kalu laki zaman skg yg BIASA, ckp je nk pompn baik tp in the end berkepit dgn pompn seksi n cantek..haha!
lepas tu kata nk pompn baik, sndri baik sgt ke nk yg baik? g jahanam! hahahaha

donutcokelat said...

haritu lab partner kamu buat status ym pasal ni. saya pon pernah tgk cerita ni tapi sumpah xsuka. dari mula sampai habes asik ktutuk je. tah pape (I) suka buat rancangan yang tidak bermanfaat dan macam lucah2. huh emo!

~*puding caramel*~ said...

hanafijaafar: tentang movie itu, doubt kesahihannya. tiada lagikah lelaki yang betul-betul rasional dan berfikir secara bijaksana di dunia ini?

~*puding caramel*~ said...

balqis: haha aku pun terfikir juga pasal cerita itu. tapi macam tak percaya. betul ke lelaki punye pemikiran secetek itu. macam susah nak faham

tak apa balqis, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.

~*puding caramel*~ said...

donut: kan kan? macamlah tak boleh nak cipta rancangan yang baik2 sikit. semuanya unsur provokasi dan hiburan melampau untuk menarik penonton. kalau kanak2 kecil dah dididik dengan rancangan camni, sampai besarla jadi camni. bukan apa, sekurang2ya. yang besar pula suka menonton benda camni. sebab memang dah mentaliti suka tengok hiburan. baru aku perasan. golongan yang jenis baik2 sikit xtengok langsung tv

tp klu ikutkan, takkan xtengok langsung. sekadar ambil tahu untuk buat kita xignorance tp bila tgk rancangan tak semenggah baik tak payah

nurul amalina said...

wow. dashat nya liyana update blog. byk sungguh post2 nya.

akhir kata, liyana, tolong jangan pakai sandal jepit ya. hahaha.

duha said...

haha..best la post ni :P

macam saya ada di sebelah kamu pada hari membersihkan kalkulus dan menonton rancangan tah ape2 tuh..hehe~

menjiwai~

hanafijaafar said...

filem itu menunjukkan keadaan sebenar, seperti yg diperkatakan oleh cik/puan balqis. klu setakat lelaki biasa, hendaklah jangan disandarkan apa-apa pengharapan. saya lelaki dan saya rasa filem itu banyak benarnya.

saya tidak lihat filem itu di wayang malaysia. jadi pernah juga terfikir, bagaimana agaknya filem itu selepas dipotong-potong, atau berapa banyak babakkah terpaksa dihapuskan. haha, masih lucu bila terketik begitu.

~*puding caramel*~ said...

nurul amalina: bukan saya yang pakai sandal jepitlah. oh post itu sebenarnya hanya nak sembunyikan kerisauan

~*puding caramel*~ said...

duha: menjiwai ke? haha semua mende duha jiwa-jiwa.

~*puding caramel*~ said...

hanafijaafar:

oh, adakah encik juga tidak terkecuali? haha

kalaulah wanita boleh membaca fikiran kaum lelaki.. pasti dapat tahu fikiran jahat atau baiknya seseorang itu.

filem itu di indonesia ini sudah berleluasa. tapi masih meragui kesahihannya walaupun dikata ianya ada benarnya. haih. tiada lelaki baik dan suci hatinya. terima kenyataan

hanafijaafar said...

mungkin anda mengharap ada lelaki baik ddi luar sana untuk anda bukan. ye, sume org harap mcm tu kn......?

~*puding caramel*~ said...

tipulah kalau saya katakan mahu yang pervert dan kotor mindanya.

tapi mungkin ni sudah lumrah yang cara lelaki berfikr sebegitu.

tapi kalau semua macam the ugly truth. memang tak boleh nak terima. baik tak tahu apa yang mereka fikirkan. tapi masih xboleh terima kenyataan,