Wednesday, 4 November 2009

If you want to be happy, be.

hari ini bangun jam 3.30 pagi. sebelum tidur semalam dah set dalam minda yang nak mulakan hari ini dengan keceriaan dan kegembiraan serta semangat baru (eceyh~) semalam sebelum tidur terbaca zabrina A Bakar tulis dalam buku dia ada orang (tak ingat nama) quoted: "in the midst of winter, i found there was, within me, an invincible summer".

subuh di sini jam 4 10 pagi. buatlah apa yang patut sementara tunggu subuh. semalam dah siapkan report untuk presentation hari khamis. jadi, pagi ini siapkan powerpoint pula. dah siap send kepada N. sebab dia yang compilekan. lepas itu baca buku "bagaimana menyentuh hati". sambung yang hari itu page 47. lambat kan. sebabnya kena bahagi-bahagi masa. sikit-sikit baru boleh habiskan semua buku yang masih dalam pending list. satu bab saja hari ini. tapi saya sukalah buku ini. serius. hari ini hari rabu, kelas macam lambat.

call emak, sebab nak minta izin balik bulan januari. mak kata okay. buatlah apa yang terbaik. harap-harap lab selesai. baru boleh balik. kalau lab tak siap, tak boleh balik. huwu~ rupanya, kat rumah sudah jam 6 pagi lebih. mak tengah breakfast somtam. nak pergi kerja. pelik betul somtam buat breakfast. haih..mak..mak.. sedara dari kelantan datang. kak yah dan cik. tere (atau terel atau terror?) betul masak. teringat masa kak yah tinggal dengan famili kami. masa itu saya sekolah rendah. selalu masak best-best wooh!

okay kembali kepada topik asal. lepas itu study topik dsp5. scanning saja. tiba-tiba terdetik nak tanya KY melalui YM lab radiologi jam berapa. nak confirmkan. saya tahu jam 9. tiba-tiba KY kata kelas DSP6 dah start hari ini start jam 7. saya ingat blok baru start next week.

jam sekarang pukul 6.17 pagi. okay. muka tukar kaler pucat. tak-tak. hari ini kan nak bertenang dan gembira saja. baru nak mandi. haha. teruk betullah dia ini. lepas itu apa lagi bersiap secara rakus dan garanglah. sekarang dah simpan satu semangat nak jalan kaki pergi kelas. sebab nak excercise. nak pergi main badminton tak ada masa. sekarang dah macam kurang stamina. balik kelas petang saja mesti penat sangat terasa nak tidur. nak tak nak jalanlah juga. dengan Teyya dan Nor.

sampai kelas DSP6 hari ini tentang pedodontic (kanak-kanak). semangat dan ceria betullah lecturer. saya suka. mungkin sebab dia doctor kanak-kanak. sebenarnya kan, saya takut sikit kanak-kanak yang suka gigit atau yang mengamuk. macam masa cuti hari itu, pergi klinik. tolong mak afiq. uish, tendang kerusi. saya duduk jauh-jauh. doctor itu yang pujuk. macam mana nak handle. tapi doctor ini ajar macam best pula kanak-kanak ini. kena pandai handle. sebab mereka takut. eceyh. tiba-tiba rasa macam minat pula pedodontic. itulah, dulu masa kecil saya tak takut pun jumpa dentist. tu lah pelik. apalah yang mereka fikirkan sampai betul-betul anti dengan doktor gigi. takut sakit? kan ada ubat kebas rasa strawberry? tak sakitlah. kalau gigi kena cabut kan nanti akan tumbuh lagi. lek la..ehe

yang best lagi dari kata-kata lecturer ini kan..dia katalah. anak-anak ini sangat penting. jangan ceroboh. maksudnya jangan main redah saja. semuanya kena penuh kasih sayang dan berhati-hati. lagi satu, apa pun yang kita buat. buat dengan ikhlas. janganlah anggap pesakit itu geli. tapi terima saja. dia kata anggaplah ini sebgai ibadah dan lagi satu, jangan sombong. anggap semua orang saudara kita. cewah. penyayang betul. dan yang paling saya bila dia kata, kalau kita nampak orang itu macam susah dan tak mampu. tak payahlah charge. walaupun orang lain tak kisah pasal ini tapi Allah kisah dan nampak. nasihat doctor ini macam keibuan juga. suka lah. suka sangat. haha tetiba saja. oh, sebab positif. semua benda nak suka. tapi ini betul-betul suka.

habis 2 lecture yang tak berapa menarik tapi saya nak suka juga lah. sebab hari ini kan hari positif. lab radiology pula. saya punya turn tekan butang yang keluarkan radiation untuk ambil gambar xray gigi. fuh. cuak betul. sebab deal dengan radiation. tahu sajalah. tapi pakai apron yang bukan untuk masak tu. but okay je lah kan. positif positif..tak paranoid. okay je. sebab dah tutup pintu. then cuci gambar xray itu. alhamdulillah semua gambar kami satu grup jadi minggu ini. haha kalau tak asyik kena ulang balik sampai jadi. leceh masa nak cuci sebab kena duduk dalam bilik gelap. lepas itu rendam dalam cecair developer 10 saat saja jangan lebih atau kurang sebab nanti tak ada image. basuh. lepas itu rendam dalam fixer. basuh. keringkan guna hair dryer. saya nak suka juga subjek ini tapi macam tak ngamlah dengan jiwa. jadi, kurang suka.

balik, beli nasi padang. makan depan TV dengan Nazi dan Fatinad. nak masak. tapi dalam fridge ada tempe dan telur saja. tak apalah. bagi can hari ini makan nasi padang.

malam ada usrah. ada peristiwa yang agak malu berlaku. tapi lain kalilah cerita. sebab dah panjang kut ni.

detail betul bercerita.

apa yang saya belajar selepas melepaskan perasaan dekat post sebelum ini kan. kadang-kadang kan, (banyak betul kan) Allah nak tegur kita dengan pelbagai cara. kalau tak dari orang yang rapat dari kita, mungkin dari orang yang tak kenal kita pun kan. itulah, inqilab. sifat hati yang berbolak balik.

teringat satu ketika dulu, saya tak kenal pun sorang ini. dekat Ym tetiba saja. dia macam bagi ayat tentang Allah. islam. muslimah. masa itu saya sebenarnya kosong. lepas itu saya sakit, tak sedar diri. Allah saja yang tahu sakitnya dah teruk baru admited pergi hospital. masa itu lah saya sedar something. ini lain kalilah cerita. tapi rasanya sakit apa pun dah pernah cerita juga dalam blog ini. waktu lama dulu. tak jadi lah cerita. haha tapi itulah titik permulaan untuk saya.

kesimpulannya, walau siapa pun buat kita terfikir sesuatu. simpan dalam minda dan jiwa yang semua itu dari Allah. orang itu hanya datang dengan taqdir untuk sampaikan. tapi itulah. berbaik sangka dengan semua orang. kadang-kadang orang yang tak kita duga pun yang buat kita belajar sesuatu.

itulah saja. sekian untuk hari ini.

2 komen disini:

Sultan Fauzee ibnu Mazuki said...

Komen anda akan menceriakan hari saya... ;p ... yey..saya menceriakan hari anda...

positif positif positif..
exercise exercise exercise..
inqilab inqilab inqilab (eyh??!!)

ulang banyak2 kali nanti jadi la tabiat (yang baik aja)

awak ok la dengan kanak2..sbb awak pandai bercerita..

Liyana said...

haha...
tQ!~ yeke pandai bercerita. kang tercuak2 kang.