Thursday, 5 November 2009

bulan


beberapa hari ini bulan nampak cantik sangat. walau di mana pun kedudukan kita, mesti nampak bulan yang sama. mood jiwang dah datang...mood jiwang dah datang.. sebenarnya tak perasan. tapi sebab tengok status kawan baik dekat fb suruh tengok bulan masa 15 zulhijjah hari itu. ini sebenarnya muqaddimah saja. tak ada kena mengena dengan isi pulak tu. haha

hari ini saya terkocoh-kocoh bangun. jam pukul 350 pagi. tapi saya memang selalu terkocoh-kocoh pon. dah nak subuh. semalam saya mimpi. (tidur 5 jam. sempat pula dia..) benda yang menyedihkan. kan sebelum tidur, kita kena fikirkan sesuatu azam supaya hari esok lebih baik dari hari ini. dan memaafkan semua orang. fikirkan perkara-perkara positif. ini bukan saya reka. sebab saya suka tengok rancangan dekat astro yang bersama dato'. dr fadhilah kamsah itu. pagi-pagi selalu ada jam 7 pagi dekat astro oasis (tetiba saja jadi pemberi intisari rancangan televisyen)

semalam sebelum tidur, ambil masa baca satu part tentang tahajud. buku zabrina a bakar lagi. suka lah tulisan dia. okay kembali kepada topik asal. sebelum baca buku ini saya ada sesuatu yang sedih berlaku. tapi abaikan. lepas itu, tertidur. mimpi semalam...tentang di sekolah. saya rasa kenangan di sekolah banyak beri impak besarlah kepada kehidupan saya. haha. masa itu di sekolah. ada pertandingan hias kelas sempena minggu kemerdekaan rasanya. lepas itu saya tak ingat tapi isi yang paling penting. ada orang kelas sebelah tak puas hati lepas itu dia letak sampah sarap atas meja saya. dalam mimpi itu saya cool sangat. buang sampah itu dan buat macam biasa saja. macam mana usaha kita, tak berjaya nak buat orang lain bersetuju dengan kita. oh, dah ingat. saya cabut banner bola sepak dekat notice board belakang kelas. haha tah apa apa. ada orang tak puas hati. padahal niat saya nak tukar dan hias untuk pertandingan. notice board itu dah berapa bulan kot dengan banner itu. tapi yang peliknya. apa pasal orang kelas sebelah pula yang datang sibuk buang sampah kat meja saya? haha merepek betul mimpi. gangguan syaiton je semua ini. persyaitonkan saja.

macam entah apa-apa. tapi secara pengajarannya. orang selalu tak boleh puaskan hati kita walaupun orang itu cuba berbuat baik. tapi kita masih nak mencela walaupun benda tak baik atau baik ( apsal macam ulang2?)

teringat pula, oh, ini bukan mimpi. ini dah masuk realiti dah. pernah satu ketika itu saya dengan A dan N pergi Jalan Tar masa cuti. nak beli tudung. jubahlah. saja je shopping. tapi dekat kedai jubah, tengah cuba-cuba. kawan saya cakap lah pasal dia belum bersedia nak pakai tudung bidang 50 atau 60.(sebenarnya baru je tahu pasal bidang bidang nih haha) tapi tiba-tiba makcik kedai itu cakap macam ini.

tak apa. zaman sekarang ini tengoklah apa yang orang pakai tudung bidang 50 60 buat?

maybe sebab tengok kami pakai tudung biasa saja. sebab itu dia ingat kami akan bersetuju kot. tetiba saya dan kawan saya itu berpandangan. kami macam kagetlah kan. lepas itu kawan saya tu cover la dia cakap; "itu bergantung pada persepsi orang dengan individu itu sendiri. ikut orang juga. tak semua orang macam itu" macholah A. :p makcik tu pun cam cakap hmm yela..ikut orang..

jadinya, kesimpulan di sini. bagus apa orang itu pakai tudung labuh sikit. tapi orang lain bagi persepsi negatif sebab orang lain. kasihan kan? ish ish.. kalau benda tak baik heboh sekampung. benda baik tak lah pula nak ingat. cewah. dan erm. ini pengajaran untuk diri sendiri juga. macam post sebelum ini. berbaik sangka dengan semua perkara. kadang-kadang kita tak perasan pun orang atau sesuatu yang kita tak duga yang mengajar kita sesuatu.

lagipun, semua orang sedang menjadi seorang yang lebih baik. kita tak boleh nak judge dia ini berpura-pura baik sebab dia ada saja buat sesuatu yang tak baik. cubalah fikir. semua orang bukan malaikat. ketika dia buat silap, mungkin dia sedang belajar sesuatu dengan kesilapan. kita yang nampak ini. bagilah nasihat. beri tegur. dengan berhikmah ye. bukan mengeji di belakang. kalau dia terima baguslah. kalau tak, nasib dia lah.

uish kesimpulan pun dah 2 perenggan. stop it liyana..stop it!!

jadinya. tegurlah saya kalau saya silap. okaylah. saja tulis nak sedap kan hati. kelas hari ini pukul 7 okay. pukul 7. bukan pukul 9.

dengan ini saya akhiri post ini dengan nyanyian wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. (padahal masuk pun tak bagi salam)

10 komen disini:

Balqis Riza said...

bulan cntk..betul~

Liyana said...

kan kan?

hatim a.r said...

aku ingat post pasal datang bulan tibe2 terjiwang emo syahdu semenjak dua nih haha.uish aku pun skarang tgh belajar utk tidak judgemental.kdg2 kita terus kutuk orang tu tanpa tau ape tujuan die buat satu perkara. walaupun aku hoohah sikit mungkin satu hari nanti akan jadi lelaki paling soleh di dunia haaa mane tau.hati kan boleh berubah2,eh komen terpanjang pulak

Sultan Fauzee ibnu Mazuki said...

setuju..

tapi saya tak setuju kalau orang tu nasihat yang baik2, tapi die buat aja bende yang opposite apa yang die nasihat. kerana, bagi saya itu hipokrit. tapi mungkin die luper, tapi die kene la tunjuk contoh nasihat dia. ini umpama ketam yang mengajar anak die berjalan betul.

maksud sebenar saya ialah memang tugas setiap manusia untuk nasihat, tapi untuk mengingati dan mempraktikkan apa yang dinasihat juga tanggungjawab mereke.

Liyana said...

hatim: bulan satelit la wei..
haha .. orang yg hoohah pun boleh jadi soleh. mana tau..sebab semua itu disisi Allah. dia yang pandang kesolehan org tu kan. yg pasal hati boleh berubah2. benda ni buat aku takut sgt klu2 sekali kite ni tersedar tp ttbe kite lpe. aku bukan rasa ape. takut Allah tarik nikmat iman dan percaya. nauzubillah

eh tereply panjng lak kan...

Liyana said...

sicomelpintar:

org yang pakai tudung labuh.
klu die lupa. nasihatlah balik. instead cakap die hipokrit kan. tp point saya kita jgnla judge die ape2 tp ambil apa yg dia nak sampaikan itu. macam kisah imam ghazali belajar something dgn perompak. padahal itukan perompak.

'memang tugas setiap manusia untuk nasihat, tapi untuk mengingati dan mempraktikkan apa yang dinasihat juga tanggungjawab mereke.' --> manusia. maknenye tugas kita jg nasihat die balik kan?

sebab itulah kita xboleh judge org itu apa2 sebab nnti kita tak dpt kebaikan yg die smpaikan. benifit utk kita juga.. berlapang dada. abaikan apa yg pernah dia lakukan. sebab manusia tak pernah sempurna. tak akan pernah. klu nk ikutkan. tunggu lah ulama saja yg boleh beri nasihat. org biasa. xboleh.

siapa lah kita nak hakimi seseorang itu sebab segalanya disisi Allah swt.

pencinta bahasa said...

salam kak...
suke entry ni..ha'ah,bulan nmpk cantik akhir2 ni..

setuju dengan apa yang dikatakan. ada pula yang bila nampak orang yang memakai tudung tapi tidak menutup aurat dengan begitu sempurna, orang akan cakap lebih baik tak yah pakai tudung. sedangkan dia pakai tudung tu dah ok dah,cuma perlu 'upgrade' sikit supaya lebih sempurna.

Liyana said...

pencinta bahasa: zati, haah kan. itulah.. akak pun terfikir juga. sebab satu perubahan kepada lebih baik itu bukan secara drastik . macam slow2 juga. ini normalnya la. so kadang2 biarla org itu dalam proses pembelajaran dia. kita ni xle nk jadi judgemental sgt.

Nooreena said...

people will notice there is a dark spot on a white paper. depa x nampak pun bahagian putih selebihnya pada paper tu. huhu..

Liyana said...

kak reen: ya la kan..mmg cantula kot. dah lumrah (bernada pasrah)