ini sekadar merapu nak lepaskan perasaan. jangan baca. tak suka tulis panjang lepas itu merapu lepas itu buang masa orang lain. tolonglah jangan baca. (siapa suruh awak publish)
kenapa begitu stress dan bersifat negatif dalam beberapa hari ini? (to be specific, musim exam)
sebab ulcer tanpa trauma. BUKAN juga disebabkan serangan virus, bacteria mahupun fungus. susah nak makan. tak ada selera tapi bahan saja nasi padang dengan sambal hijau. nasib baik amal ada bonjela. tQ amalyn. tapi rasanya disebabkan dehydration ataupun hormon.
semua benda nak sensitif. tengok orang lain punya status di mana-mana pun nak terasa. entah apa-apa kan?
terasa sangat negatif dan tak sanggup berada di sekeliling orang lain sebab bimbang akan terguris perasaan orang lain. walaupun dah nyanyi lagu lemon tree banyak kali. isolation..is not good for me..isolation i dont want to sit on the lemon tree..
sensitif sangat melampau sampai call ayah pun nak menangis. emak call pun nak menangis. makan nasi padang pun nak menangis.
situasi sensitif ini menyebabkan satu peristiwa memalukan berlaku di lab. phantom untuk tanam gigi. tiba-tiba doctor suruh tukar gigi punya posisi sebab sebelah buccal (dinding pipi) dengan lingual (bahagian sebelah gigi) macam tertukar. padahal last week dah suruh tuukar pada gigi yang sama. tak faham? tak apalah..abaikan saja. senang cerita. macam kena buat perkara yang sama. dah lah nak tukar itu kena cairkan glue. lepas itu bakar bagi berkilat. buat kontur atau lekuk gusi. letak pencuci toilet bagi bersih dan berkilat. kemudian gosok gigi itu guna berus gigi dan ubat gigi akhir sekali ambil floss supaya ruang antara dua gigi tak terlekat gam. dan last sebelum hantar letak hand santizer. sebab bau pencuci toilet terlebih kuat pula.
bila kena tukar. macam kena ulang semua methode dari awal. lepas doctor tak approve. nak cepat siap sebab dia kata nak start dah preparation untuk lab ini. tiba-tiba jadi sangat vulnerable. terus cari kawan yang ada bawa spiritus (api pelita or anything we call it). nak jadi cerita S bawa. pergi jumpa dia nak pinjam sebab nak tukar gigi dan tanam kena panaskan glu bagi cair. lepas itu time minta. termenangis depan dia. wei malu wei. cepat-cepat lari pergi meja lain, betulkan phantom. N, S datang tolong lah apa yang patut. terharu tapi malu tak boleh nak cakap lah kan. huwu~ entah apa-apa kan? padahal, orang lain ramai saja tak pass juga. haih. tak suka sebenarnya jadi seorang yang leceh dan kuat menangis.
lepas itu binding wire. tangan dah la tak kuat. pegang playar selalu terlepas. wire pun asyik terbang je. nasib baik W sudi ajar and bagi pinjam playar dia. playar sendiri tak apa-apa. siap ada sesi tutor bending wayar. tq la ye W.
end of the story.
punca semua ini adalah bila, pada minggu exam, ada presentation dan kertas kerja sampai dua tiga satu minggu. dan kena submit cepat. lepas report, study lagi. dalam minggu yang sama result baru keluar. padahal benda ini semua orang rasa. kalau satu dua okay lagi. ni bila dah masuk tiga empat lima enam tujuh..i cannot. i cannot..
sebelum ini saya ada tulis pasal yang sebelum balik sini di KL central. ayah, tak sempat jumpa. sepanjang itu tak call langsung ayah. cakap dengan mak saja. entah kenapa saya lebih sensitif dengan ayah. dengar suaranya pun saya nak menangis. hari itu call ayah sebelum beliau keluar bertugas ke luar negara. masa itu hari sabtu. ayah di pejabat. kerja. huwu~
kelemahan saya adalah. saya tidak boleh mengawal satu tekanan dengan tenang. saya tak boleh orang tanya. atau minta saya terangkan apa-apa sampai saya reda. tak apa untuk mengambil berat tapi bukan waktu saya sedang tertekan. samada saya melenting atau menangis. nasib baik kawan-kawan tak tanya. tapi bantu. uish~ dah menangis macam apa saja. memanglah orang tak tanya. buat malu saja dengan Repa anak pak agus.
lagi satu, dalam waktu itu pelbagai lah pula perkara-perkara picisan kiri kanan yang saya pun tak tahu nak handle macam mana. saya dah tak selesa dengan facebook juga. ada situasi buat macam biasa saja tak ada perasaan. ada situasi kena delete sana dan sini sebab fitnah itu merata-rata. dan ada juga situasi macam terpaksa sakitkan hati orang lain demi kepentingan diri sediri. adalah, satu acara yang buat game pasangkan laki dan perempuan. lepas itu game itu kena cakap'baby, if you love me, please smile' buat gaya sampai orang tu senyum. then saya switch dengan orang lain sebab tak sanggup nak cakap benda itu dengan entahsiapasiapa. lepas itu orang itu macam entahlah kan terasa atau tak sebab dia keluar tak masuk-masuk. kalau orang lain fikir, bukan kena pun lagi. sebab game tu macam bila pass kotak then music berhenti, orang itu kena. macam kotak beracun. kena atau tak, kalau kena macam mana? nanti bila dah kena, ada orang lain nak kisah tentang perasaan awak tu? ade? TAPI. this is me. tak suka. lepas game nanti menyesal gila cakap menda-menda camni kat orang laki. lepas itu pasangan hidup dia jeles. macamlah tak pernah. masa tahun pertama. masa baru sampai di sini. hari kedua. tak kenal siapa siapa kawan-kawan atau makcik kantin. tapi dah 1st impression dengan orang ini tak berapa nak ngam. sampai bila-bila i cannot okay. katalah, tak open minded ke apa. biar biar..
lepas itu tak suka juga masa dalam angkot yang dah sempit lepas itu kena duduk sebelah entahsapesape lepas itu pakcik angkot nak jugak sumbat sampai penuh. lepas itu berhimpit dengan entahsapetah. seriusly masa tu terfikir. betulla, pemrintahan islam. boleh tak jaga sikit batas-batas kemudahan awam. masa itu dah la paranoid sebab baru lepas belaja infectious disease. candidiasis histoplasmosis birds bat sh** watsoever.
saya seorang yang negatif. suka komplen. tapi sekarang dah kurang sebab dah belajar bercakap itu biar berlapis dan fikir dulu ikut keadaan. (donut, kalau kau baca ini, terima kasih sebab selalu ingatkan) tak suka berada berhampiran orang negatif sebab nanti saya turut sama negatif.
perasaan yang bercelaru juga bila ayah dan mak dah tak bagi pergi jakarta. dulu kalau tak tenang saja pergi jakarta. sekarang mak dah nak sekat perbelanjaan bulanan. nak buat macam mana pelajaran di fully support oleh mak dengan ayah. belanja juga. wajar ke kalau orang yang berbakti banyak kepada kita tetiba kita buat mereka terguris sebab tak dengar cakap. tapi itulah. result pun tak sebagus mana. yela kan. bayangkan. dah buat exam confident saja boleh score, lecturer hilangkan kertas periksa. bamm keluar result macam tak payah datang belajar pun tak apa. dah lama dah sabar tentang hal ini. bukan satu paper. lebih dari itu. bukan dua. lepas itu, tolonglah beri ruang. rasa macam tak adil sangat. bila orang lain yang resultnya okay, wang perbelanjaan bukan ibu bapa yang pegang, nak kita ikut cara dia. setiap orang ada caranya. sekarang dah tak boleh bergerak ke mana-mana. berilah ruang. tolonglah. bila ditekan. ada satu masa. terasa nak berhenti. astaghfirullah. jangan pernah berhenti. ilmu sihir masih kurang. sama juga ilmu pendita.
tak suka merungut tentang fakulti. sebab ini mengajar. jangan negatif sangat dengan penerimaan sesuatu. jarang sekali saya merungut tentang ini sebab mereka bagi saya ilmu dan saya yang pilih ke sini. tak ada sebab nak merungut itu ini. selalu rasa sesal, kenapa tak pilih oaklan sebab tarbiyah di sana lagi baik dan di sponsor. tapi entah. dah cita-cita dan ayah yang suruh juga. masa itu tak tahu tentang semua ini. kalau tak dah lama lupakan cita-cita. dan pergi sana. senang gerak.
cikgu-cikgu okay. mungkin management yang kadang-kadang tak okay. orang-orang seperti pekerja am anggap leweh aja tentang kertas blok book. tak bagi. then report tak lengkap. lepas itu kena buat report baru. padahal cikgu dah bagi pada makcik par itu untuk bagi kami. kan dah.. haih. itulah. kalau semua tahu tanggungjawab sendiri dan buat kerja cepat-cepat bukan tangguh-tangguh. tak jadi macam ini kan. bazir kertas dan pokok-pokok di hutan. dah la banyak hutan kena tebang lepas itu bandung yang kononnya macam cameron highland dan panas membahang sekali sampai nak keluar rumah pun takut terbakar.
nak topup kredit tak sempat sebab kena pergi bank dulu. sebab kredit habis masa usrah guna fon. lepas itu tak sempat nak call ayah sebelum ayah pergi korea. ayah suruh email. maybe dia faham saya tak boleh cakap dengan dia. tetiba nak menangis. teringat ayah selalu nak anak perempuannya yang sorang ini punya pakej kebolehan. dimarah jika saya malas ke dapur. tapi tak pukul. bilik tidur mesti kemas sendiri sejak tadika. padahal itu mendidik. belajar berenang. belajar menghormati orang tua. bagaimana treat nenek tua atau makcik-makcik. observant tentang perasaan orang lain dan yang paling penting jaga air muka mak dan ayah. tak boleh duduk bilik time orang datang rumah. take part in everything. ayah tak pernah pukul pun dah nak nangis sebaldi. ape kes ini. liyana sila senyap. senyap sekarang! saya selalu terfikir. ada ke dalam dunia ini orang yang macam ayah. ya la. anak perempuan sulung paling lama dengan ayah. me. tapi selalu buat something tak fikir. clumsy, careless. semua saya. lepas itu yang bestnya kalau down saja walaupun takut, ayah sure bagi ayat filosofi yang buat kita okay balik. saya yang kurang tenang pun okay kalau dia cakap. tak pernah rasa nak memberontak. hua sedih pula.
lepas itu tak suka betul dengan orang yang kenal dan tak faham apa yang kita rasa lepas itu nak komen tentang diri kita ini macam kenal kita ini sejak darjah lima. please okay. ada adabnya berkawan. jangan main redah saja. lagipun tak pernah pun declare sebagai kawan pun. itulah dunia tanpa batasan. hilang dah semua ethic segala. mind u. bagaimana saya urus masa, leisure, belajar, tidur. atau apa yang ada dalam fikiran ini jangan main sedap suka hati predict okay. awak tidur malam. saya tidur siang tapi tak tidur malam. berapa lama saya ambil masa menulis ini. ada awak tahu? awak ke yang stalk jam saya? huh? huh? jawab sekarang juga. jangan lah suka hati nak kata orang itu ini padahal awak bukan kenal sangat dia pun. kalau ibu bapa yang besarkan kita 21 tahun pun tak berapa nak faham kita. inikan pula awak tu yang baru je kenal. please okay. apa pasal semua benda hadir dalam waktu serentak macam hujan batu menghentak berkali-kali.
agak-agak, berapa kali cakap tak suka dalam post ini. okaylah. nak belajar. esok sambung lagi nak bernegatif feeling.
kalau post ini boleh di protected kan. dah lama dah buat password. buat malu saja.
10 komen disini:
Lapangkan hati..tenangkan fikiran..beristighfar banyak-banyak..
salam..puding xpe...saya juga benda yg sma...exm je msti mcm2 dtg..rsa nk guit je..itulah..kita manusia..normallah...teruskan berusaha.. sya jgk sdg brusaha melwan negatif feeling nih...^_^
with luv aziraliyana....
yana...jgn la cmni..sedeyh la baca..aku pon nak nanges dh ni..
ye3..mybe sbb exam..serius ni sbb stress ni..serius kne byk2 sabar n istifar n sabar lagi, byk2..
nak tau? aku kan ade lab chem kan..yg asyk kena identifikasi sampel tu kan..aku dpt 20 je..yg lain dpt 100..tak ramai la tp ade je dpt..ade gak yg dpt 0..sbb slh sume..
time tu lecturer dh ckp dh mmg dh biasa dh org dpt terok 1st time..tp aku cm stress gile aku lari g tnds nanges..penat la kwn aku suh kuar, aku tamau kuar..aku nanges je sorg2..siap kunci pintu tandas..liyana n syaza sebok la ketok2 pintu suh aku kuar..hahahaha..
bl bkk pintu muke sememeh je..tp tu la.org ckp sng suh sabar n jgn stress tp perasaan kite tak dpt sgt nk control kan? kalu control pon di ambang2 je..ssh sgt..
aku call mak aku pon nanges..haha..smpai mak aku ckp taknak call dh..call nanges..cm bdk kecik..
ntah yana..nk nasehat sgt pon aku tak berapa betul gak hormon aku 2-3hari ni..mmg stress memanjang..
yg aku pk, takpela..ni la cbrn dugaan..aku je leh tlg aku..mybe ko pon kne pk cmtu kot?
1st, dont swaet the samll stuff..2nd, everythng is small stuff..ok? aku baca kt buku..haha..
humm..cb ko pk satu hari nnt bile ko dh keje, ko tgh betulkan or whatsoever ngn gg org, ko byg blk ko pnh kne marah ngn lecturer n kne buat blk semua yg ko kne buat tu blablabla..hehe..mesti gelak kan? but that one day is not today..today kite stress dulu..ok?
chill..i pray for u..pray for me too tau! nnt dh abs exam kite menjoli smpai lebam..hehehe..
sabar eyh~
uish ni yg nak quote slogan perwira nih;dont crack under pressure hehe.
serius dowh biase je tensen time exam.even aku pown hambik kau tekeluar satu post jiwang haha. cuma mayb aku tak ambik kisah sgt pasal perasaan nih so mcm jiwa kental sikit.aku taw ko fragile.aku kenal kau.
so aku harap kau tabahkan diri.aku ada tips.bila kau berdoa lepas sembahyang kau mengadu dengan Allah macam cakap dengan emak kalau nak nangis2 pown takpe.lepastu lepas habis nangis mesti rasa better.itu kalau akulah.haha kantoi pulak pernah menangis huhu
:)
Buat air dan berdoa k ~
Kalau x cukup buat air, kemas rumah ker, sental periuk ker..
ader saluran utk hilangkan stress~
kak tirana: terima kasih
azira liyana: trima kasih. mungkin dah tak dapat nak handle emosi, inilah jadinya
hatim: macam mana nak berjiwa kental macam kau ni hatim. jiwang2 pun still boleh lah menghiburkan. tapi touched.
trharu weh!! cara yang ko bagi itu berjaya! hebatlah. eh, ko memang selalu buat ke? tak sangkanya..hatim walaupun ko nampak saja seperti brutally cool. tapi menangis juga atas tikar sejadah. bangga dengan ko hatim! serius.
sicomelpintar: terima kasih dengan tips itu.
balqis: terima kasih sangat-sangat balqis. apa yang ko tulis ni kan, walaupun panjang tapi buat aku terfikir juga semua orang menghadapi perkara yang sama. tapi macam mana orang itu handle sesuatu yang tentukan die berjaya atasi ke tak. kenapa kita sensitif sangat ehh? huhu~
tapi kan tulisan kau kat atas ini betul2 masuk jiwa. betul ini. maybe sebab condition atau ak pun tak tahu lah kan..tapi terasa juga. tQ
ill pray for u too balqis. serius. semoga boleh hadapi semua perkara dengan tabah. dan err gagah.. :) thanks sangat
Post a Comment