Monday 30 November 2009

orthodontic: overjet

sekarang saya tengah belajar dalam blok DSP6. dalam satu blok ada pelbagai subjek dan dia akan bagi satu kes untuk dibincangkan. saya dapat kes keempat jadi doctor. sebelum masuk kepada case. kami kena buat simulasi macam mana nak buat general oral examination masa pesakit sampai klinik. cek semua, sebelum pergi kepada case. lymph nodes pun nak kena cek, wah.

pesakit berumur 12 tahun. tiada masalah sistemik seperti jangkitan pada mulut atau apa. cuma, dia rasa malu sebab asyik kena ejek sebab gigi dia terkeluar sikit.

jadinya, chief complain pesakit adalah... ORTHODONTIC! yay. saya suka ortho. kan cita-cita nak ambil orthodontic walaupun ada perasaan nak drop subject ini sebab susah. tapi sah2 tak boleh drop sebab wajib. semua subjek pun wajib. jangan berangan nak drop apa-apa. hmm, tapi kalau ada rezeki dan tak ada aral lah. hari itu tanya dr. dia kata specialist bahagian ini 5 tahun baru habis. sebab tunggu patient itu sembuh sempurna. ceh, membantutkan semangat saja.

okay sambung.

masalah ini biasanya disebabkan oleh genetic dari ibu bapa atau masa baby kanak-kanak ini selalu hisap jari atau gigit selimut. tapi, ianya boleh dirawat. apa lagi, braces lah kan. tapi masalah yang kami hadapi bila lihat x ray atau panoramic radiograph kanak-kanak ini, ada gigi permanent yang belum erupt. kalau main cabut mana-mana gigi bukan pada masanya, ia akan membantut pertumbuhan gigi dia.

sebab apa nak cabut? sebab, rahang kanak-kanak kecil, gigi besar. jadi. macam tak muat semua gigi nak mengisi ruang rahang. lalu, gigi belakang tolak gigi depan jadi terkeluar sikit dan ada berlapis. dan, bad oral habit thumb sucking. gigi terkeluar sikit. tapi budak ini dah severe dah. sebab dia sampai tak boleh tutup mulut.

kesan tak tutup mulut, oral mucosa kering, nanti senang kena ulcer, bacteria, caries, xerostomia dan sebagainya. dan yang paling penting, pertuturan tak sempurna, kunyah apatah lagi.

ini contoh. gambar sebenar tak boleh siar

fuh semua pun nak berkaitan kan?

makanya, treatment yang kami pilih, headgear, tarik rahang atas supaya tak terkeluar dan untuk rahang bawah, perlu guna alat yang meransang pertumbuhannya supaya rahang atas dan bawah compatible. rawatan untuk rahang bawah kami dah bincang nak guna activator, twin block appliance atau bionator.

macam charlie and the chololate factory masa dia kecik. tapikan, macam tak pernah pun nampak orang pakai kat malaysia. mungkin tak perasan. ahhah, jimmy dalam cartoon ed, edd and eddie.



tak ada gigi yang akan dicabut sebab sayang. budak ini baru 12 tahun.

jadi sebelum apa-apa. anak-anak kecil, janganlah bagi dia hisap jari, atau gigit mainan yang keras, masa tidur gigit selimut. semua ini akan bagi kesan kepada pertumbuhan. bukan saja-saja. boleh serius juga. sayang kan?

semua ini hanya ringkasan saja.

sebenarnya, seteruk mana pun gigi itu kena caries atau apa. cabut adalah last option sebab apa-apa hal kena selamatkan gigi. bukan main cabut saja. contoh ada lubang, tampal dulu. kalau tak berkesan, root planing. root treatment dan sebagainya untuk selamat kan gigi. even tinggal akar saja pun tak cabut tapi buat crowning and root treatment. tapi kalau dah sampai gigi itu non vital atau dah mati. dan boleh buat infection mengakibatkan cyst atau abcess, terpaksa buang.

heh ingat kerja dentist main cabut je ke untuk selesaikan masalah. huhu. makanya, jagalah gigi anda sebaiknya.

hari ini saya akan bentangkan case ini secara rumusan treatment dan sebagainya di hadapan lecturer dan rakan-rakan. hendak gembira saja hari ini.

2 komen disini:

Balqis Riza said...

ko rase gigi aku cantek tak?

Liyana said...

gigi ko same je kan. aku dah lama xnampak ko balqis. jap nak ingat balik
.
.
.
.
.
.
.
ok je kan?