Sunday, 6 December 2009

bahagia

satu hari saya blogwalking. lalu terjumpa satu blog yang penulisnya saya kenal. satu sekolah rendah dengan saya dulu. adiknya satu kelas dengan saya. dia pula dua tahun lebih tua. tapi apa yang saya ingat, kami pernah sama-sama mewakili sekolah ke pertandingan bercerita. jadi, saya kenallah juga sikit-sikit. dia pengawas, saya pun pengawas juga. kelakarlah bila teringat zaman sekolah rendah. lepas itu dia dan adiknya berpindah sekolah.

saya pernah juga tinggalkan jejak di situ. bertanya tentang adiknya. tapi tak tinggalkan link lah. apa kes tiba-tiba macam nak promosi.

tapi apa yang menariknya, dia dah jadi seorang presiden dalam satu organisasi di fakulti universiti. tulisannya juga bukan main-main. bagaimana jalan dan kehidupan seseorang pilih itu mendewasakan seseorang. walhal, ramai lagi orang yang seusia dengannya yang saya kenal. tapi penulisan yang tidak sematang ini. setiap pilihan yang dipilih, ada hikmah di sebaliknya.

pilihan. dilema dalam memilih. ada banyak situasi dalam kehidupan harian yang memaksa kita membuat pilihan kecil. contoh; rakan-rakan mengajak pergi menonton cerita 2012, atau keluar membeli belah. kalau saya pergi, apa concequences yang saya akan terima. kalau saya pergi, memang benar, saya bersosial. masa bersama akan lebih mendekatkan kami. tapi, saya memilih untuk tidak pergi atas alasan tertentu.

satu pilihan itu perlu beralasan sama ada untuk diri sendiri atau kepada orang sekeliling. disebabkan selalu menolak, mereka sudah faham. tapi, sedikit sebanyak mempengaruhi juga.

tapi sebenarnya, ada rasa itchy sikit. tapi nak buat macam mana. mana-mana pilihan pun akan ada perasaan tersebut.

saya pun tak tahu apa kaitan blog kawan sekolah rendah itu dengan point pilihan ini. haha

ada satu masa itu, lecturer radiology. tanya setiap seorang dari kami dalam kelas. apakah matlamat hidup kalian. pelbagai jawapan yang diberi. dan jawapan dari lecturer matlamat hidupnya adalah wang dan keluarga. katanya dia mahu membahagiakan keluarganya dengan bekerja keras untuk mendapatkan wang.

tapi, pilihannya ini. dia harus berkorban masanya dengan keluarga. bekerja dari pagi sebelum anak-anak bangun tidur. pulang selepas anak sudah tidur.

apa yang saya nampak, memang benar, anaknya boleh bahagia dengan kekayaan. tapi bagi saya masa dengan ayah sendiri adalah paling berharga.

ini pendapat orang yang tiada pengalaman dalam membina keluarga. dengan kesederhanaan, anak-anak akan terdidik dengan kepayahan mencari rezeki. mengahargai apa yang dia ada.

kedua, masa bersama adalah sangat penting lagi-lagi ketika masih membesar. mereka akan ingat bila sudah dewasa, ayah yang ajar ikatkan tali kasut masa nak joging bersama. masa kecil selalu cuci kereta dengan ayah depan rumah. petang sabtu main basket dengan ayah. walaupun ia hanya secebis ingatan. walaupun setakat ajar ikat tali kasut, yang berharganya ia diingati ketika dewasa kelak. dan itulah yang paling mahal untuk dicari.

ayah saya juga sibuk. tapi dia tak akan bawa pulang kerja ke rumah. hari jumaat dia akan pulang lewat sedikit untuk siapakan segala hal supaya hari minggunya tak terganggu. ayah yang teman emak ke pasar beli barang dapur. nampak tak. kadang-kadang orang terlepas pandang. sebab ayah luangkan masa dengan emak. tapi kalau ikutkan, mana ada lelaki suka pergi pasar beli ikan. siapa tak terharu suami sanggup bangun pagi teman beli ikan.

sebenarnya, ini juga nasihat ayah saya. dulu, saya kan berada di sekolah berasrama penuh sejak tingkatan satu. bila balik, bukan nak bergaul dengan adik-adik yang masih kanak-kanak. lepas itu, ayah minta saya tolong adik saya yang kecil buat kerja sekolah. ayah kata, nanti, adik akan ingat kakna pernah ajar dia masa dia kecil. adik akan ingat.

macam mana saya dan abang masih ingat, hari ahad ayah akan bawa kami ke jusco. picnic. cuti sekolah, bercuti ke pantai. walaupun bukanlah percutian mahal. tapi masa bersama itu yang paling mahal.

main kad, semua macam serius. tapi yang menang adik yang paling bongsu yang sekolah rendah itu. tergelak sebab ayah dan abang pun kalah. nampak gelak tawa semua orang pun dah kira bahagia.

apa pun yang kami nak, tak semua akan dapat macam magic. semuanya perlu usaha. ini mengajar supaya menghargai setiap apa yang diperoleh.

kalau nak ikut, tak semuanya boleh dapat dengan wang. betul. wang penting. tapi bukanlah matlamat utama untuk dicapai untuk beli kebahagiaan. kaya mana pun kita itu, janganlah didik anak-anak dengan wang. tak elok sangat. bagilah mereka faham apa erti bersyukur dulu.

saya rasa, itulah pilihan yang ibubapa buat. perlu kerja keras untuk ada masa dengan keluarga. kerja keras untuk beri nafkah supaya keluarga hidup senang. penat itu memang penat. sebab itu perlu ada pengorbanan. dan hanya orang yang layak dan bersedia untuk tanggungjawab sebagai ibubapa akan fikir tentang pengorbanan yang bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang yang disayangi.

ada lagi nak tulis. tapi nanti nampak macam over pula. :p

p/s: segan pula rasa tulis tulisan random yang macam memula nak cakap lain lepas itu terpesong.

4 komen disini:

Tirana said...

Tak semua kebahagiaan boleh dibeli dengan duit...

Liyana said...

kak tirana: benar. :) pandangan material. dengan wang boleh memiliki segala.

Balqis Riza said...

honestly, aku setuju money cant buy happiness..
but being w/o money cant give u peace at heart jugak...

kena balance kot..

and betul..ko ckp tu atas dasar belum ade pengalaman cari duet..so ko ckp time dgn ayah lg penting..

tp ntah la..kdg2 ayah aku cari duit aku tak jumpe die 2-3 hari jugak..tp aku tau je hargai ayah aku n takde pulak aku menyimpang kemana-mana..mgkn hasil didikan..

papepon, kalau lect tyn matlamat hidup aku, aku pon akan jwb keluarga n kekayaan..

mgkn juga, tu hasil ckp org yg takde pengalaman..hehehehe

paham tak ape aku merapu ni?

Liyana said...

balqis: betulla tu. ikutla. sebab skop yang aku nmpk xsama dgn org lain. org lain life dia lain2 kan. lgpun tuntutan dunia ini berbeza setiap org.

then last tu aku kata; pape pun. mase ank kecil2 jgnla didik dengan material sgt klu kaya mana pun kite, bg dia tahu erti syukur dulu.

thanks bg view sendiri. balqis.