assalamualaikum wbt..
12 Sifat SAHABAT
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas
baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan
sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan
menerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan
menutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan
mengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan
kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang
mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki
sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama
kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.
setelah ku tinggalkan alam blog buat beberapa lama atas sebab2 kebizian yang melampau ketika exam..disini ada secebis risalah yang ingin aku kongsi..kredit untuk cik muna liyana...beliau yang bagi mail tentang12 sifat sahabat ini..
selesai dari exam lab dental material jumaat lalu..jam menunjukkan pukul 4pm..aku bergegas pulang kerana teksi yang kutempah akan tiba depan rumah ku jam 430..aku berlari-lari anak pulang ke rumah..mandi dan solat asar..teksi tiba awal 15 minit..haih..terkocoh-kocoh aku dibuatnya..(aku carve gigi dengan pantas juga..alhamdulillah..aku berpuas hati dengan hasil kerjaku)
dalam hatiku..aku memang bertekad untuk ke jakarta petang ini juga..ini adalah janjiku pada diri sendiri sejak awal bulan lalu..aku mahu sertai program ini..tidak peduli kata-kata orang tentang betapa semangatnya aku..sebenarnye meraka risau kerana aku berseorangan..
sampai di chihamples..aku berjumpa sahabatku..Dib dan rakan2..lalu kami menaiki shuttle ke jakarta..perjalanan yang jauh..aku dibawa ke tempat penginapan kami di Taman Mini Jakarta malam itu..kami tiba disana jam 930pm..program telah lama bermula..aku masuk ke aula..(dewan) kudengar juga sedikit ilmu yang ingin disampaikan..(lapar pon ada_xsempat makan sebab sangat bizi ari exam..makan 3 keping roti dalam teksi)
nasib baik..ada makan malam disediakan..hooh..memang hari yang sangat hmm panjang..aku tidak berasa penat..pelik..mungkin sebab xsempat nak fikirkan tentang penat..tapi..bila sampai bilik..terus tertidur..(penat la tu sebenarnye) lagi2 bilik berhawa dingin..selesa benarla untuk tidur..
program berjalan seperti dirancang shingga hari ahad..aku berasa sangat gembira..banyak perkara yang menyedarkan aku..aku juga menjadi semakin bersemangat..matlamat dan tujuan hidup aku semakin jelas..
disini hubungan antara semua muslimah dan sister2 disini sangat akrab..aku rasa sangat gembira dan bahagia..walaupun baru beberapa hari berjumpa..kami seperti telah lama mengenali antara satu sama lain..waktu yang paling aku sukai ketika kamu beramai2 solat bersama, bersalam dengan erat..membaca surah almatsurat ketika selesai solat ketika berzikir menyebut nama Tuhan bersama..dan yang paling aku tersentuh ketika bacaan doa rabitah dari sister jakarta...aku tak tahu kenapa air mata aku mengalir..aku sangat berharap hubungan kami tidak akan terputus sehingga aku akhir hayatku..semoga ukhwah kami semua kekal..
petang ahad..dib mengajak aku ke rumahnya..bermalam di sana..sebab sudah agak lewat untuk aku pulang bersendirian..hehe~malam tu aku dibawa ke KL Village..restoran makanan Malaysia..akhirnya..Nasi Beriani berjaya masuk ke dalam perutku..yeah..bukan saja nasi briani..aku order roti tissue juga serta teh tarik..haih..nampak sangat mengidam..hahaha!~banyak benar makan..(sebenarnya..aku dapat rasakan yang aku semakin gemuk)
isnin..dib dayah n ekin..ada kelas..aku tinggal di bilik dib..jam 3pm aku bertolak ke bandung..dengan shuttle..dayah n ekin menghantarku..aku tidak sempat berjumpa dib sebelum pulang..dia ada kelas..dari bandung ke rumahku..aku tumpang fatin, nor, atina, amal dan lain2 yang kebetulannya shopping waktu tu..
syukran jazilan semua yang banyak membantu aku sepanjang di sana..berkongsi ilmu bersama..sememangnya banyak perkara yang tidak aku tahu kalian ajarkan..terima kasih sangat2..semua ini sangat menyentuh hatiku..
Allahua'lam..
"Teman yang paling baik adalah apabila kamu
melihat wajahnya, kamu teringat akan
Allah, mendengar kata-katanya
menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya
teringat mati.."
0 komen disini:
Post a Comment