Thursday, 10 July 2008

sahabat?




Bismillahirrahmanirrahim..

Bagaimana harus aku mulakan..

selesai study tentang mycetoma,chromotrimycosis,phaeohyphomycosis etc..aku bersiap2 untuk tidur..membaca doa tidur,ibu bapa,selawat..aku pejamkan mata…tapi…aku tidak bisa tidur..ada sesuatu yang menganggu fikiranku..tentang sahabat…

Aku tidak tahu apa ertinya sahabat pada masa sekarang..kerana apa yang aku lihat..sahabat boleh dikutuk belakang apabila melakukan kesilapan..sahabat hanya untuk menjadi teman ketika gembira..di kala sedih..sahabat akan terumbang ambing sendirian..apa ertinya sebuah persahabatan sebenarnya?

Aku agak kesal sebab…bila seorang sahabat melakukan kesilapan..kita terus menghukumnya dengan mengeji perbuatannya..ya memang benar kita patut menegur..tapi apakah kena pada caranya..?

16:125. Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.

ayat Allah sendiri mengatakan supaya kita menegur mestilah dengan cara berhikmah..bagaimana nak menegur secara berhikmah? Sudah pasti ikhlaskan diri..ikhlas bermula dari qalbun..bagaimana perasaan kita terhadap sahabat kita?sayangkah kita padanya?jika kita sayang padanya..kita akann anggapnya seperti saudara semestinya kita akan menegur dengan cara yang paling baik agar tidak mengguris hatinya..bukanlah dengan cara teguran yang hanya lepaskan batuk ditangga..asal “sound” lepaslah tanggungjawab..macam tu ke? Berkesan kah?selain mengguris perasaannya..rasa hormatnya pada kita juga pasti akan hilang!

Kalau kita mulakan dengan rasa kasih..dari hati..sekeras2 mana pon hati teman kita tu..pasti akan lembut juga..bersabarlah..untuk berdakwah ke arah kebaikan..bukannya boleh berlaku secara serta merta..semua ini berlaku dalam proses yang sangat panjang..

Kenapa kita perlu ceritakan keburukan sahabat kepada orang lain dulu?maruah dan air mukanya juga perlu dijaga..cepat betul kita mengeji dan mengata dibelakang…layakkah kita hendak menghukum sahabat kita sedemikian rupa? Cerminkan dahulu diri kita..kita semua manusia biasa…pasti akan melakukan kesilapan..sedangkan Rasulullah kekasih ALLAH pun boleh memaafkan sekeji-keji perbuatan umatnya yang insaf..inikan kita manusia biasa yang setiap hari melakukan dosa..astaghfirullah..dimanakah ukhwah yang patut terjalin erat antara umat islam…lagi satu..tahukah yang hanya ALLAH yang tahu siapa tersesat dan siapa yang akan mendapat petunjuk..janganlah kita terlampau sombong menganggap kita lebih baik dari orang lain…

"Dan Sesungguhnya syaitan-syaitan itu tetap menghalangi mereka dari jalan Yang benar, sedang mereka menyangka Bahawa mereka orang-orang Yang mendapat hidayah petunjuk."
(Az-Zukhruf 43:37)

tidakkah dia akan berasa keseorangan..tiada sahabat yang boleh dipercayai..fikirkanlah apakah langkah kawan kita yang terumbang ambing ni?dalam keadaan sedih dan keliru..adakah dia akan kembali ke pangkal jalan dengan automaticnya..dan boleh berfikir secara rasional sekelip mata? Cuba fikirkan sekiranya kita di tempat dia..

Tidak terfikirkah kita perasaannya bila mengetahui kita mengejinya di belakangnya? Adakah sahabat kita itu akan mempercayai kita lagi? Pasti hancur lebur kepercayaan tersebut..adakah akn berkesan kalau pun kita cuba untuk mengajaknya kearah kebaikan kelak? Fikirkanlah…

Sudah tiadakah persahabatan seperti Abu Bakar dan Rasulullah..Abu Bakar yang sanggup menahan diri dipatuk ular..kerana tidak mahu mengganggu tidur rasulullah..

Tiada lagikah persahabatan yang suci..sanggup berkongsi suka duka bersama..ikhlas dalam bersahabat..sahabat yang saling kasih seperti saudara sendiri..

"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.Sahabat sejati menjadi pendorong impian.Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah"

aku dengarkan lagu hadith 35 yang pernah diberi padaku oleh seorang kenalan..hadith yang tentang ukhwah dan hak-hak muslim..yang bermaksud

Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda:

"Jangan saling menghasud,saling menipu,saling membenci,saling membelakangi, dan janganlah sebahagian dari kalian membeli barang-barang yang telah dibeli orang lain. Jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.

Orang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain,maka jangan berlaku aniaya kepadanya, jangan menelantarkannya, jangan membohonginya, dan jangan merendahkannya. takwa disini,(beliau mengucapkan ini sambil menunjuk ke dadanya dan mengulangi sehingga 3 kali). cukuplah seorang dikategorikan jelek apabila dia merendahkan saudaranya sesama muslim. darah, harta, dan kehormatan setiap muslim adalah haram bagi muslim yang lain" (HR Muslim)

Allahua’lam…

0 komen disini: