Friday, 11 July 2008

hoyeah~*


assalamualaikum wbt..

jam 0422 aku dikejutkan dengan deringan handfon ku..(adeih..pagi2 lagi dah bunyi..siang taknak pulak bunyi) "yana bukak kan pintu", suara kak suhana...haih...aku capai tuala untuk menutup kepalaku..

"pesal balik?"tanya aku
"tertinggal barang dalam kereta" jawab kak suhana

sepatutnya dia sudah bersiap-bersiap ke airport untuk travel ke padang, indonesia..kunun Rom..pehh perasan

aku sambung tidur semula..patutnya bangun kul 0430..hehe..lapan minit pon berharga...

sebelum tidur semalam aku buka hikmah 7 solat sunat utama...aku mahu solat tahajjud..last part tulisan buku itu tentang solat tahajjud..katanya..kalau nak senang bangun..bacalah 2 ayat terakhir surah albaqarah...insyaALLAH senang bangun..yeah berkesan alhamdulillah..kalau dah niat dan percaya pada Allah..insyaALLAH pasti Allah akan berikan...

diriwayatkan menerusi sebuah hadith bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Dua ayat di akhir surah al-Baqarah, barangsiapa yang membaca dua ayat itu maka dia akan terpenuhi (kemahuannya) kerana berkat ayat tersebut

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

sebelum tidur, kita niatlah untuk melakukan solat sunat ini..

sabda Nabi s.a.w ertinya:
"sesiapa yang mahu tidur dan berniat akan bangun mengerjakan sembahyang di waktu malam, tetapi ia tertidur sampai pagi, dituliskan untuknya apa yang diniatkannya itu dan tidurnya merupakan sedekah Allah baginya."

(Riwayat Ibnu Majah dan Nasa'i)


banyak hikmah-hikmah solat ini diterangkan dalam buku nih...actually aku pon xsure buku sape..terjumpa atas rak dalam bilik tidurku..

disebabkan terlampau boring..aku baca apa saja buku kat rumah nih..

satu buku berjaya aku khatamkan...judul "kerana cantik aku memilihmu" ingat kan buku untuk jadi seorang wanita solehah yang ideal...rupanya tips menjadi isteri solehah..segan den..but ok lah..hehehe(sengih bermakna) aku beli semasa islamic bookfair kat bandung..pergi bersama Teah..makasih Teah...3 cerita dalam satu

0 komen disini: