assalamualaikum wbt..
hari ini aku bangun dengan perasaan berbelah bahagi..termimpikan seorang sahabat yang menjauhkan diri dariku(xtahu kenapa) mula berasa seperti tidak disukai masyarakat..bak kata nor.."yana,ko selalu konflik identiti camni..xpaham aku..hahaha" hehe..mungkin kerana aku agak sensitive memikirkan tentang orang lain..aish...mungkin sebab woke up at the wrong side of my bed..entahla..serba xkena hari ni..pemadam hilangla...sakit mata la..macam2..walhal tak ada apa2 pon..
macam kak eka kata semalam..untuk tenangkan hati..banyakkan berzikir kepada Allah..semalam aku menceritakan kegundahan dan kepanikan ku selepas rak toiletries terbakar atas kecuaian ku...katanya lagi..tentang hadith 19..jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kita..cepat2 aku buka buku hadith aku beli bulan lepas di islamic book fair di bandung..hehe...ada benifit besar buku nih...perasaan ni xboleh dilayan sangat nih...mesti syaitan je nih...tak nak bagi aku fokus..
hadith 19: Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan. '
hari ini hari ahad..teringat semasa di sekolah..ada satu aritcle ditampal di surau annur...zikir harian..untuk ahad..ya hayyun, ya qayyum..
rindu makanan malaysia...nak makan lompat tikam...sudah 4 hari berturut2 aku breakfast dengan indo mi goreng..aish..sungguh xteratur diet ku sekarang....
<---indomi yg xmenyelerakan...
p/s: post ni da lama tulis...br paste kat cni
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
12 hours ago
2 komen disini:
ahaha yana ko ni pemalas betol~ makan mi jer? hmm tak bagus la
ko cubela makan mende len roti k ish3 kesian die. (macam la aku makan bagus sgt kat india ni) huhu
weh2 roti kat indon mahal..hehehhe
Post a Comment