Tuesday, 22 July 2008

perempuan merupakan fitnah bagi lelaki?

"seindah hiasan adalah wanita solehah"
salam

disebabkan aku dah tak de keje nak buat..aku nk post something yang aku fikirkan..iaitu tentang FITNAH

pastu aku juga pernah ditanya bertubi2 ape maksud fitnah tu...cuak den...

kadang-kadang aku terfikir..apa maksud wanita merupakan fitnah terbesar bagi lelaki..kalau orang yang tere mesti rasa ape la aku ni..tu pon xtau..

aku wonder..fitnah tu ade ke macam..

sorang laki dalam bas pastu sorang pompuan ni kata die ni PERVET walaupun die xbuat pon..

atau..

sorang laki ni die pegi mall dengan mak die..pastu ttbe sorang makcik kata die pegi dating..

atau..

situasi lain..sorang laki tengah chat ngan sorang pompuan..pastu mak die ternampak..pastu mak die ingat die tengah chatting ngan girlfren die..

aku xsure sume itu..

pastu aku pon tanya la sorang sis...melalui Y!M..kak yus.isi-isi yang aku tanya ialah:

(actually kadang2 soalan-soalan yang aku tanya nmpk cm silly...tp itulah hakikatnya..aku mmg slalu curious..ak sememangnya jahil..aku akui itu)

liyana: salam kak yus ada masa x?
liyana:
sekarang?

kak yus:
ada., inshaAllah

kak yus
: kenapa dearie?
liyana:
saya nk tanya ttg fitnah

liyana:
ape mksdnya?

liyana:
i mean

liyana:
fitnah ni kan..antara laki n pmpuan..ape mksdnya...

kak yus: hm...soalan yg menarik
kak yus
: one moment pls
liyana: ok
liyana:
no prob

kak yus
: http://www.almanhaj.or.id/content/2050/slash/0
liyana: kak yus..macam mana saya nak mencari jawapannya

kak yus
: sorry..td dpt tak link akak kasi?
liyana:
dpt

kak yus
: hope that helps
liyana: Maksud fitnah pada ayat ini adalah ikhtibar, imtihan (ujian) sehingga jelaslah siapa yang benar siapa yang dusta, siapa yang bersabar dengan bersyukur. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.
liyana: yg ini ke?

kak yus
: yup
kak yus
: tp akak tak sure dgn fitnah antara lelaki dan perempuan
kak yus: tp ada hadis yg kata wanita adlh fitnah terbesar
liyana:
meaning..

liyana: wanita jadi fitnah terbesar bg laki?

kak yus
: yup...seingt akak la..
kak yus
: tp akak tak tahu ttg maksud "fitnah" dlm konteks hadis tu
kak yus: tp inshaAllah...setahu akak..itu hadis yg sahih
kak yus: allahu a'laam

pastu kak yus pon bagi la satu hadith:

Kategori : AKIDAH Akhlak
Tajuk :
Fitnah terbesar
Hadith :
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Huraian
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah SWT telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah SAW menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.
makanya dsini..fitnah tu ialah satu imtihan atau ujian..kalau perempuan merupakan fitnah terbesar bagi lelaki...kesimpulannya..perempuan adalah satu ujian terbesar bagi lelaki...hmm ok..thats help..thanks kak yus..

p/s:disini inginku ucapkan
all the best!! juga kepada beliau yang nak menyambung honour yearnya di Queensland..

"Adab dan akhlak adalah ibarat pokok dan kemasyhuran adalah seperti bayang-bayang. Tetapi malangnya, kebiasaan orang lebih melihat bayang-bayang daripada pokoknya."

Allahua'laam...

0 komen disini: